sueperb pages

Jun 30, 2011

Melatah ke?


Korang melatah ke? ada yang kata melatah tu sesuatu yang spontan dan orang yang melatah tu tak sedar apa yang dia cakap.. melatah bukan dikalangan makcik-makcik je... orang muda pun ada melatah jugak.. ada yang melatah sejak kecik dan ada yang melatah sebab berjangkit.. macam penyakit berjangkit lah pulak kan..

perbuatan melatah tu kadang-kadang menjadi satu hiburan orang yang melihat.. tambahan lagi tengok aksi dan perkataan-perkatan yang keluar dari mulut orang melatah ni.. pantang orang kacau mesti ada je benda yang dilatahkannya.. kelakar tu memang kelakar, tapi bagi orang yang melatah tu macam mana pulak ye?

orang kata jangan dikacau orang melatah, nanti berjangkit kat diri kita sendiri.. aku pun tak berani nak kacau orang melatah.. kang tak pasal-pasal kena belasah.. ye la kan kita tak tahu apa yang orang fikir.. kalau dia tengah fikir pukul orang ke bunuh orang ke tak ke membahayakan diri orang sekeliling..


Semalam lepas tengok 360 kat TV3 pasal orang melatah, aku bersemangat pulak search kat youtube nak tengok video gelagat orang melatah.. macam-macam gelagat.. laki perempuan, tua muda semua ada.. tapi bila dah tengok banyak-banyak tu aku rasa macam kesian sangat kat orang yang melatah ni.. dia macam menjadi bahan mainan dan bahan ketawa orang lain.. penat kot melatah.. kalau tak henti-henti boleh pengsan tu.. 

so aku ni melatah ke? di sini aku nak buat pengakuan (aceceh).. aku rasa aku melatah sebab kawan aku pernah tegur.. "eh sue kau melatah ek?" haha... tapi melatah ringan-ringan je la.. kalau orang cucuk pinggang, aku tak kan melatah.. tak geli pun kat bahagian tu.. kalau orang baling barang ke jatuhkan barang ke, terkejut kan aku ke aku rasa aku tak kan melatah jugak kot... 

aku termelatah bila aku sendiri yang jatuhkan barang... so jangan la bagi aku jatuhkan barang ye.. tapi melatah aku pun setakat sebut-sebut perkataan je.. perkataan apa? haha... itu rahsia la.. tak tentu.. mak aku tau la apa dia.. hihi..

oklah, layan jap la video orang melatah ni.. 





ps: aku tak pernah tengok mat saleh melatah lagi.. adeke??









12 komen SUEPERBS...:

Nasz said...[Re perbs]

kesian orang yang latah tu..penat dorang..

MOHD NASER.com

Syahir Ramli said...[Re perbs]

mmg pnat klo melatah neyh..bhaye pon ade jgk..lg2 kt tgn dorg tu, ade bnde tjam...

Unknown said...[Re perbs]

haha..tau takpe, tp best pulak tgk dorang latah..eh, kita pun pernah wat entry latah jugak..boleh lah tgk2 nanti :)

Mylady said...[Re perbs]

hhehe..latah sket2 tu ok..kalau latah yang teruk tu, memang kesian org yang melatah..penat...tapi, ada gak orang melatah yang membahayakan orang lain..

Sue..thanks ek sudi jadi follower akak..i follow u back..:-)

fa.ismail said...[Re perbs]

cik fa pun tgk mlm td..
lawak kn diorg melatah..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@NasZ: yg tngk pon leh rase pnat nye..
@Pak Syahot (sYaHir): bhye2.. dh tau org tu mlatah jngn dikacau.. nanti tk pasal2 cdera..
@Fee Hafeezah ketuk keyboard : best memg best.. klu sesekali tk pe.. klu asyik kene kacau je penat kot..
@Mylady : betul2.. thanx sudi follo jugak..
@cik fa : lawak2.. mcm tk leh brhenti je tngk

Acik said...[Re perbs]

melatah ni org melayu je, kan?
opocot!

Anonymous said...[Re perbs]

sy prnah melatah dulu sbb berjangkit. lama2 dh x dh... mcm apa je haha

Dayana Z said...[Re perbs]

hehe dayana tak melatah :P klu pna try pun ti ibu marah ~ nsib sis pun ringan2 je

Aleen Aiden said...[Re perbs]

haik,yg bab melatah boleh berjangkit 2 alin xpnah dgr.yeke agaknye ye.huhuh

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Acik : slalunye mlayu.. tpi bukan mlayu pon ade rasenye..
@izz zara : ni mesti bjangkit sbb suke kcau org mlatah ni
@Dayana AZ: smpai ibu marah? hehe... bgus la tk mlatah..
@aleen aiden : ade.. boleh bjangkit..

Rean said...[Re perbs]

org melatah ni kekadang boleh menceriakan suasana :)