sueperb pages

Dec 31, 2011

Selamat datang 2012..


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ini entri terakhir saya untuk tahun ni.. kena tunggu tahun depan lah baru boleh post entri baru.. ( eheh.. macam lambat lagi je nak tunggu tahun depan tu kan.. )

Selamat tahun baru semua..







Dec 30, 2011

Dodo..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. korang tahu tak dodo? bukan dodol tahu.. ini dodo.. sejenis makanan korea.. 

Sebenarnya aku pun baru tahu pasal dodo ni.. itu pun officemate yang perkenalkan.. masa lunch tadi sempat lah jugak cuba merasa dodo ni.. kedai makan nya kat Sooka Sentral tingkat 2.. cari je kedai yang ada tulis dodo.. dan Sooka Sentral tu dekat-dekat dengan KL Sentral ye.. kena keluar dari KL Sentral baru boleh jumpa bangunan Sooka Sentral tu ( kot payah sangat GPS je lah .. hehehe )..

Set dodo ni ada beberapa jenis.. Set fish, beef atau squid  .. tadi aku order set Squid.. meh aku nak bagitahu apa yang ada dalam set dodo ni..


Set dodo Sotong..

1. Ni ialah sup rumpai laut ye.. 
2. Ni nasi la.. 
3. Ni macam smashed potato kot...
4. Ni kimchi.. (aku eksaited sebab tak pernah makan Kimchi.. selalu tengok cerita korea teringin gak nak rasa.. well, rasa nya macam masin-masin tapi ok la.. boleh tahan.. )
5. Ni teratai.. rasa dia macam ... teratai la.. ahaha.. tak tahu nak terangkan macam mana..
6. Yang ni betik ye..
7. Yang ni kalau tak tahu pergi google sekarang.. ( google Tembikaiiiii...)
8. Dan yang ini sotong masak... emm... masak merah kot.. ahaha.. sedap-sedap...


Lain kali nak rasa set lain pulak lah.. 

Set dodo ikan...


Harga set dodo ni Rm 10 ye.. agak-agak mampu boleh la nak makan hari-hari pun.. ( habis koyak la.. sekali dua boleh la.. )





Dec 29, 2011

Jom tengok Ombak Rindu Full Movie..



Tak berpeluang lagi nak tengok ombak rindu ni kat wayang.. dah ada kat tenet ni tengok je lah kan.. hehe.. layann...








Dec 28, 2011

Sueperbs pagi 28 DIsember 2011..






plag kat atas ni hadiah dari senior kat tempat kerja untuk junior2 semepna krismas hari tu... ^_*  lama tak dapat hadiah.. plag ni dah gantung kat bilik dah... hehe.. 

Dec 26, 2011

KEK untuk ayah..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu lepas sebenarnya hari jadi ayah ku.. ayah memang tak pernah sambut birthday.. tak pernah langsung kot.. kadang-kadang ayah sendiri lupa hari lahir sendiri.. mak lah yang selalu ingatkan ayah.. sampai mak selalu cakap, mak je ingat birthday ayah, ayah bukan ingat birthday mak.. ahaha.. sabo je la.. nak merajuk pun tak boleh.. ayah memang macam tu.. hehe..

Hari Sabtu haritu, kami sekeluarga sama-sama bertungkus lumus menyiapkan rumah sewa... ye lah.. bulan Januari ni dah nak sewa kan rumah tu.. ( tak tahu cerita? boleh rujuk SINI )..

Alhamdulillah selesai sudah cat semua.. tinggal nak betulkan sikit-sikit je.. tengah hari tu, aku dan abang dan kakak ipar pergi lah beli makanan tengah hari.. sementara tunggu order makanan siap, ternampak la kedai kek.. saja-saja la nak usha-usha kedai tu.. cadang nak beli roti je, tapi nampak kek yang banyak.. last-last terpikir nak beli kek untuk ayah..



macam-macam kek..  rambang mata tengok kek-kek ni..



Jadi kami beli lah kek yang kecik je.. cukup la kami-kami makan.. ( disponsor oleh --> kak ipar )




Kek untuk ayah ke 60 tahun..

Kek ni perisa vanila.. mula-mula nak beli kek coklat tapi memandangkan mak tak suka coklat, kami beli lah kek selain kek coklat... tinggal kek vanila je.. jadi semua boleh merasa kek ni...



ayah potong kek..

First time ayah sambut birthday.. 6 batang lilin sebagai simbol 60 tahun ( kalau lah boleh letak 60 lilin kat atas kek tu.. fuhhh .. semput ayah nak meniup nya..)



ayah dan kek nya...

Happy nya lah ayah dapat kek.. walaupun kek kecik je, pun boleh la ye ayah.. hmm.. dah 60 tahun dah ayah.. rasa kejap je masa berlalu kan.. apa pun. semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik...







Dec 19, 2011

Cuba-cuba Buat..


Hari tu hujung-hujung bulan November , kawan aku beriya ajak aku pergi Jakel kat Jalan TAR tu.. katanya ada SALE kain.. diskaun jualan murah-murah.. aku pun ikut lah memandangkan bosan duduk rumah.. masa tu ada promosi kain seringgit semeter.. so, standard baju kurung saiz kain ialah 4 meter.. RM 4 je la kain untuk sepasang baju kurung.. murah tu!!.. ( alamak dah ter reveal harga pulak.. )

Promosi tu start pukul 12 tengahhari.. kawan aku tu sebenarnya dah beli kain pada hari semalam nya.. hari tu dia nak beli lagi.. katanya mak dia nak, boypren dia pun order jugak.. ( kawan aku memang sangat eksaited masa tu ).. well, aku bukan lah tak teruja dengan jualan-jualan murah ni.. cuma aku memang jarang nak beli kain buat baju kurung ni.. selalunya aku beli siap je.. leceh pulak nak pergi hantar-hantar kedai jahit..

So, kami sampai dalam pukul 12 lebih dah ramai orang dok berkumpul kat tempat yang jualan murah tu.. semua eksaited nak beli... tak sampai sejam banyak kain dah habis.. walapun tak ada lah cantik sangat kain nya ( mungkin tak ngam dengan taste aku kot ).. mulanya aku tak ada lah rancang nak beli.. tapi korang tahu tak.. pengaruh orang-orang sekeliling yang mebuat aku rasa nak beli.. seorang hanya boleh beli 4 pasang je.. aku beli 2 pasang... kawan aku beli 6 pasang.. oleh sebab seorang limit untuk 4 pasang, so dia tumpang la kat aku untuk yang 2 pasang lagi ( oh.. mempergunakan aku ye.. ahah )..

So, sekarang ni aku dah terbeli... tak kan nak simpan je kot? mesti kena jahit.. nak hantar kedai memang aku malas.. jahit je dah RM 30++ kot.. tah.. aku tak sure dengan harga standard kat kawasan Selangor ni.. 

Tiba-tiba aku rasa tergerak hati nak try jahit sendiri.. Selalunya kalau orang perempuan pandai masak je orang kata calon menantu pilihan.. perempuan pandai jahit macam mana pulak? hehe... dulu kecik-kecik aku suka main Barbie doll.. aku pon ada gak jahit baju Barbie doll tu sendiri.. banyak fashion tau.. baju kurung pun ada.. tapi ni bukan baju untuk Barbie Doll.. Ini baju untuk manusia.. Aku cuba la google macam mana nak jahit baju kurung.. so aku jumpa web NANI ni..

Bagus jugak web ni.. banyak menerangkan cara-cara menjahit baju.. untuk ukuran dia, aku tak ukur saiz baju di badan sendiri.. aku ukur kat baju yang aku dah pakai je.. Agak-agak je la... 

Ukur dan gunting kain.. ( tak de kapur nak tanda )


Nak jahit baju, kena lah balik umah Mak aku.. kat situ ada mesin jahit.. ( gile ape nak jahit semua pakai tangan?) lepas dah gunting-gunting kain tu, pergi lah hantar kedai untuk jahit tepi.. murah je jahit tepi tu.. jahit tepi untuk mengelakkan kain tertetas semasa menjahit... lepas dah jahit tepi boleh la start sambung... dan korang pandai-pandai lah gunting untuk leher tu ye...


sambung-sambung kain.. oppsss... terbalik pulak.. aiyo...

Part nak menyambung ni sebenar nya senang je.. cuma kena pandai-pandai la imagine bentuk yang kita nak..  masa time ni, memang banyak kali salah.. bila salah je mula lah geram.. marah-marah kat mesin tu.. padahal aku yang tak reti imagine.. mak aku pulak yang risau tengok aku.. ahaha... ( mak aku jugak yang tolong sikit-sikit.. especially part handle mesin jahit yang dah berapa tahun aku tak pernah sentuh ).. thanx mak kerana menyaport anak yang nak belajar menjahit ni.. hihi...

So, jahit punya jahit, maka jadilah macam kat bawah ni...


Baju yang dah siap di sambung... 


Horeyyy!! berjaya siapkan sehelai baju kurung... TAPI jangan gembira sangat la kan... leher baju tu aku tak jahit lagi... mak aku soh jahit tikam .. tikam? tikam orang aku tahu la.. hihi.. (kena buat revision balik buku kemahiran hidup ni.. ).. dan yang paling penting.. nak pakai baju je ke? Kain nya mana? tak kan nak pakai dengan seluar? hohoho..

So, nak kata berjaya sepenuhnya tu memang tak la.. dah 2 minggu aku biarkan baju ni macam tu.. bila tah nak jahit kain baju kurung tu... yeah.. akan ku usahakan.. hmm.. berguna jugak google ni...



p/s: nak pergi kelas belajar asas jahitan la nanti...



Tegarkah anda...


Adakah anda seorang blogger yang tegar? Blogger yang tegar tak boleh duduk diam kalau sehari tak update blog.. dalam fikiran ada je idea-idea nak tulis.. kalau tak bukak blog rasa tak lengkap hari-hari nya.. pergi mana-mana mesti nak tangkap gambar nak masuk dalam blog.. betul ke?

Hmm, agak-agak berapa tegar kah anda dengan blog? Tahap maksimum? okey aku sebenarnya tak ada idea sangat pun malam-malam (eh..pagi kot) ni.. tapi rasa nak tulis jugak.. sekarang pukul 2.20 pagi tapi masih tak boleh tido.. okeyh aku tipu sebenarnya.. aku bukan tak boleh tido, aku baru bangun dari tidur.. ^_<  tertidur awal.. bila terbangun tak boleh nak tidur.. terus online.. bukak blog.. dengan harapan boleh tulis sesuatu... dan sekarang tengah tulis lah ni..

nampak tak beza gaya penulisan waktu siang dan waktu sepatutnya tengah tidur? tak nampak? memang lah.. aku di sini kau di sana. mana boleh nampak... ahah.. sebelum aku menulis merapu rapu lagi, baik aku stop di sini.. dan sambung tidur mungkin? hehe..

Just nak share video kat bawah ni.. mungkin anda dah tengok.. mungkin belum.. video Najwa Latif bersama Johan di studio Era.. Walaupun banyak merapu tapi Johan ni memang lawak.. Lawak spontan.. tergelak tengok video ni sorang-sorang..








Dec 17, 2011

Cat cat cat..


Mengikut kamus Oxford BI-BM, Cat bermaksud kucing.. Kucing ialah seekor haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w. Kucing suka makan ikan.. Whiskas dan Friskies adalah antara produk makanan kucing yang sangat popular.. So?

So, bukan Kucing yang aku maksudkan di sini.. hmm.. Cuba baca cat dengan ejaan Melayu.. (pandai eja? baguss.. ehehe ).. Jadi faham tak cat tu apa? Cat itu adalah sejenis cecair berwarna yang digunakan untuk mewarnakan sesuatu ruang itu mengikut warna yang disukai.. Ada faham? 

Yeah.. aku tahu semua yang tengah baca ni pandai-pandai belaka.. Jadi memang itu lah yang aku maksudkan.. mengecat rumah.. 

Cerita nya macam ni.. Ayah aku ada menguruskan sebuah rumah kepunyaan ahli keluarga.. Rumah  tu disewa.. sebelum ni ada sebuah keluarga menyewa rumah ni.. Bulan November lepas, keluarga ni pindah sewa ke rumah lain.. jadi, rumah ni sekarang dah kosong la.. dan boleh di sewa kepada orang lain.. 

Lepas penyewa tu pindah dan keluar barang-barang dia, kami datang la melihat keadaan rumah.. tahu tak betapa menguji kesabarannya bila tengok rumah yang dulunya dalam keadaan elok dah jadi teruk.. Dengan jamban tersumbat, pintu belakang hancur, lampu rosak, pam air rosak, pintu bilik dah hilang tombol pintunya, shower patah, mangkuk jamban pecah, paip singki patah, suis rosak, cermin tingkap ada yang pecah, dinding berconteng, grill dah tak boleh kunci.. (fuhh.. macam2) keadaannya ibarat kau bagi pinjam satu barang kat orang yang sangat betul-betul memerlukan barang tu, tapi bila pulang balik, barang tu dah rosak hampir-hampir tak boleh guna... bengang tak rasa?

Orang ni nak menyewa rumah ke nak menjahanamkan rumah? Tu lah yang kami rasa.. entah apa yang penyewa tu buat.. habis rosak rumah.. bila tanya ada apa-apa masalah tak dengan rumah, penyewa tu kata tak ada masalah..  sekurang-kurangnya bagi la tahu kalau tak nak betulkan pun..

Ingatkan lepas dia keluar bolehla terus sewa kat orang lain.. tapi, semakin bertambah beban pulak.. dah la tak dapat duit sewa bulan ni sebab tak boleh sewakan rumah lagi.. lepas tu, kena keluar duit lagi nak baiki semua yang rosak.. terpaksa lah beli pintu baru lagi.. lepastu kena panggil orang betulkan suis-suis yang rosak pulak.. sampaikan orang wyering tu pun mengeluh panjang tengok keadaan rumah tu.. dia cakap orang yang menyewa tu pandai-pandai buat wyering sendiri sampai orang wyering tu pun susah nak detect wayar mana satu yang betul.. orang wyering tu sampai terkena renjatan elektrik kot.. nasib baik sempat elak.. 

So, wyering dah settle.. Kes jamban pulak.. masa orang sewa tu keluar rumah dia ada cakap jamban tersumbat.. tahu tak apa yang kami jumpa dalam lubang jamban tu? berus jamban tahu.. berus jamban yang ada tangkai panjang tu.. uwekk.. ahaha.. ter uwekk- uwekk abang aku dengan kawan dia (yang tolong betulkan rumah) masa nak keluarkan berus yang dah bercampur dengan najis-najis yang tah berapa bulan punya.. ( adoih,,, kembang rasa tekak ni ).. 

Next ialah cat semula.. Mungkin pasal penyewa rumah sebelum ni ada anak kecik yang berjiwa seni, berbakat melukis dan menconteng, so dinding rumah pun menjadi tempat menghasilkan contengan berseni.. ohoho.. maaflah terpaksa memadam semula hasil-hasil seni di dinding tu.. jadi, kami mengambil keputusan untuk cat semula seluruh rumah.. dah 2 hari mengecat tapi masih tak siap lagi.. kami bajet, sebelum 2012 ni, semua akan settle.. 



Usaha mengecat semula rumah.. 


So, sekarang ni rumah open untuk di sewa pada bulan Januari 2012.. Jenis rumah ialah rumah teres 2 tingkat .. Tingkat bawah ada ruang tamu, dapur dan tandas.. tingkat atas ada dua bilik dan sebuah tandas.. Lokasi rumah di Ampang.. ada stesen bas Rapid berdekatan.. ada sesiapa ke nak sewa rumah untuk Januari 2012 ni? aku rasa masih ada kosong lagi... kalau berminat boleh la tanya abang aku sebab abang aku yang uruskan hal sewa-menyewa ni.. aku tolong promote aje.. ^_* 


p/s: cat cat cat.. tak settle lagi..


Kopak oh kopak...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Setelah berapa bulan menjadi surirumah, akhirnya aku telah dapat satu pekerjaan.. tapi belum kira tetap lagi.. ada 8 hari untuk training dan aku perlu pass semua assesment dalam training tu barulah akan dapat diterima bekerja secara tetap.. tempat kerja di KL Sentral.. nama tempat kerja tak boleh bagitahu sebab kerja ni agak SULIT dan PERSENDIRIAN.. ahaha.. jangan sangka yang buruk-buruk ye.. 

Kerja nya ada kaitan dengan buat Sale la.. sebenarnya aku ni mana lah pandai sangat nak bercakap meyakinkan orang ni.. tapi aku ambil jugak kerja tu.. memandangkan sekarang agak susah nak dapat kerja, so apa-apa offer kerja aku terima je lah.. sekurang-kurangnya dapat jugak cari pengalaman baru.. ye dak? 

Start training khamis hari tu.. setakat ni, masih boleh ikut lagi apa yang di train.. Alhamdulillah, semua yang dalam group training tu baik-baik dan tak sombong.. 

Cuma bab kos sara hidup ni je la.. memandangkan aku tak ada income lagi, so duit belanja pun masih mengharapkan belas kasihan mak ayah ( macam sadis je ayat aku nih )... hehe... 

Meh nak buat bajet jap.. Kalau bab transport memang tak ada masalah.. naik LRT je dah sampai.. tambang pergi balik dalam RM5 sehari.. kalau sebulan adalah dalam RM 110 ( tak termasuk sabtu dan ahad)..

Tapi bab makan tu yang agak membimbangkan.. tempat makan kat KL Sentral tu memang banyak tapi kalau sekali makan je dah RM10++, sebulan dah berapa ye.. memang kopak la aku macam ni.. 


Mihun sup RM7.. kuah dia macam air kosong je.. 


Jadi, aku dan geng-geng aku yang sama menghadapi masalah kesempitan wang ni dah mencari jalan penyelesaiannya.. iaitu, apakata kita bawak je makanan dari rumah.. kat office tu ada je pantry.. kalau rajin, boleh masak siap-siap dari rumah.. kalau agak-agak tak sempat nak masak tu beli aje lah Nasi Lemak ke kuih ke.. dapat lah berjimat sikit kan.. selesai satu masalah.. 


p/s : puasa juga boleh membantu...




Dec 16, 2011

Tengok tak ? Jorge, Alexa & Eliana Narvaes di MHI..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Siapa tahu Jorge, Alexa dan Eliana Narvaes ? anak beranak ni berasal dari San Diego.. keluarga yang agak popular di Youtube.. menggunakan akaun Youtube Realitychangers..

First time aku tengok video diorang , video yang diorang nyanyi lagu Home.. Suka sangat tengok video-video diorang .. Alexa (kakak) dan Eliana (adik).. comel sangat diorang ni.. hehe.. 

Pagi tadi sebelum pergi kerja ( not to say kerja la.. masih dalam training lagi ) , sempat lah jugak tengok Malaysia Hari Ini kat TV3.. awal-awal lagi diorang (pengacara MHI ) dah cakap yang Jorge, Alexa dan Eliana akan bersama melalui Skype.. Dalam pukul 8 baru start.. Well, aku sanggup tunggu okeyh.. selalunya pukul 8 aku dah gerak pergi kerja dah.. tapi tadi gerak lambat sikit.. nasib baik sempat sampai sebelum pukul 9 tadi.. huhu

Untuk yang terlepas, tengok lah ni...








Dec 15, 2011

Menjawab soalan Putera..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. wah..  di tag ... Putera pulak yang tag tu.. bukan calang-calang.. putera raja tu.. hehe..  Name tuan blog Prince Ayri.. ni jawapan kepada soalan-soalan tuan putera.. 


1. Apakah tujuan korang ber-blogging?
Tujuan asal nak menulis diari kehidupan kot.. dulu semangat je nak tulis diari tiap-tiap malam lah konon.. tapi hampeh.. hehe.. 

2. Namakan satu tempat di Malaysia yang korang suka serta sebabnya?
Sebenarnya jarang melancong.. tapi kalau tempat yang teringin nak pergi tepi sawah kot... macam tenang je suasana kat tepi sawah tu..

3. Apakah pendapat korang mengenai sistem pembelajaran di Malaysia?
Sistem pembelajaran di Malaysia.. emm.. masih ada banyak yang perlu diperbaiki.. cabaran utama nak mempersiapkan pelajar bersedia untuk menempuh alam pekerjaan sebenar.. diharap dapat megurangkan masalah pengangguran dikalangan pelajar-pelajar lepasan universiti.. 

4. Siapakah artis yang korang suka dan nyatakan sebabnya?
Emm.. kalau penyanyi , Azlan ( Typewriter) sebab suara dia wow... boleh meremang kot dengar suara dia .. kalau pelakon, Adi Putra kot.. sebab pada pandangan aku dia seorang yang berkarisma.. 
Kalau perempuan, Wardina sebab kagum dengan penghijrahan dia dan personaliti dia...

5. Dalam hidup korang apakah kejayaan yang masih belum tercapai dan bilakah akan tercapai?
FUhh.. banyak lagi benda yang tak tercapai kot.. untuk masa yang terdekat ni, aku nak menge 'P' kan lesen L ku yang dah berapa bulan tertangguh... mungkin akan tercapai dalam bulan depan..

6. Di dalam dunia ini siapa yang korang rasa paling pandai dalam teknologi, nyatakan sebab untuk jawapan korang tu?
Siapa ek? Steve Job kot.. sebab dia yang banyak mencipta produk-produk teknologi canggih yang tak pernah kita terfikir..

7. Pengalaman pahit yang korang susah nak lupakan?
Melanggar lampu merah masa ujian JPJ dan gagal serta merta.. huhu.. tiap kali teringat muka pegawai JPJ yang bawak kereta tu mesti aku akan rasa arghhhhh!!...  tension.. apasal hang pi laggar lampu merah tu? huhu

8. Siapakah orang yang paling korang sayang selepas ibu dan ayah?
ahli keluarga lain.. abang, kakak, saudara mara... family first..

9. Kalau korang nak sambung belajar tahap paling tinggi ialah dengan memiliki apa? Diploma, Degree, Master, PhD …etc
Master... 

10. Subjek apa yang paling korang suka masa di tingkatan 3? Sebabnya?
Kemahiran Hidup.. sebab dapat belajar memasak, menukang, menjahit dan banyak kemahiran lagi.. Subjek yang agak senag nak skor kot... 


11. Tempat yang paling best yang korang rasa dalam dunia ni? Cerita sikit :)
Makkah.. tempat semua umat Islam berhimpun menunaikan perintah Allah swt..






Dec 14, 2011

Nak bagi free tapi tarik balik...


Assalamualaikum dan salam sejahatera..

Kalau ada benda free laju je kan.. wo.. dapat makan free siapa tak nak weh.. tambah-tambah lagi orang-orang tak berduit macam aku ni.. huhu..  ada kawan belanja mesti nak je..

Pagi tadi kat FB ada post gambar voucher ni.. Free set Double Zinger burger dengan sebarang pembelian..



Sekejap je dah tersebar luas gambar voucher ni .. cuma print colour kupon tu dan boleh redeem kat mana-mana restoran KFC.. sah sehingga 15 Januari 2012.. (aku pon share kat gambo tu kat wall aku okeyh.. )

Belum sempat nak print, dapat pulak berita yang KFC batalkan promosi tu.. .



“Dear KFC Fans, Due to the overwhelming response on the FREE Double Zinger Burger Combo online voucher, we would like to inform that the allocated stocks for this online promotion is FINISHED! We REGRET for any inconvenience caused and we THANK YOU for all your support. Please look out for more amazing deals from us very soon!:)” - KFC Malaysia



laaa... boleh pulak macam tu.. tu lah, kalau nak buat promosi buat lah betul-betul.. kalau kat nternet ni memang laju je tersebar.. saja ke nak mainkan pelanggan?? hmm..


sumber berita



Wordless wednesday.. my dream..






 p/s: susah tahu nak lukis ni.. oh ye.. rumah sepatutnya lagi besar dari kereta.. hehe.. silap ukur..




Dec 13, 2011

Cinta Elysa episod akhir.. macam mana? ok?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kembali menulis.. line dah ok kot.. huhu.. aku tengok cerita Cinta Elysa tadi.. dah episod akhir dah.. hmmm.. boleh la ending dia.. yang jahat kena tangkap.. Aril dan Elysa tak jadi cerai.. Mak Elysa pun akhirnya dah terima Aril.. Happy ending..

Well, entah kenapa semangat pulak tengok cerita ni.. tak pernah miss kot episod pertama sampai akhir.. dan ada satu hari tu, aku dah tunggu depan tv nak tengok cerita ni, tiba-tiba tak siar pulak pasal ada siaran langsung perhimpunan agung .. marah kot masa tu.. haha.. ( tah pape ^_< )

Elysa dan Aril... ( gambar credit to FB)


Johan Asari peluk Fasha Sandha? hmm.. no komen la.. fikir la sendiri.. huhu..

kesimpulannya, aku lagi suka tengok Johan Asari pegang watak Botak dari Aril.. boleh ke? pon boleyh laa....





Nak tengok atau kot-kot nak download cerita Cinta Elysa boleh pergi kat channel Youtube Youtube


Dec 11, 2011

Random update.. Bila line dah slow..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ye.. Aku agak jarang nak update semenjak dua tiga menjak ni.. mana tak nya, line ternet dah semakin slow.. nak bukak email pun hampir setengah jam.. huh.. 

So, aku offline terus.. walaupun sebenarnya agak rasa bersalah tak dapat nak menjengah blog-blog korang.. sory kawan-kawan bloggers semua..

Bila tak dapat nak online, aku suka tengok cerita .. tak kisah la drama atau movie.. oh ye.. sekarang ni aku tengah tengok cerita Devil beside you... cerita Taiwan.. dah lama kot cerita ni.. cerita yang dah lama tersimpan dalam hard disk.. tapi tak pernah tengok-tengok lagi..







Dari kelmarin dok menghadap cerita ni, tapi tak habis-habis lagi.. eh kau ni agak-agak la nak habiskan dalam masa sehari.. 20 episod kot.. hoho.. macam tak ada benda lain kau nak buat tiap-tiap hari.. dok menghadap laptop je.. berpada-pada lah kan...  ( hehe..  tngh bercakap dengan diri sendiri .. )


kann..  dah start slow dah ternet ni... ok lah.. selamat malam.. n selamat bercuti orang-orang Selangor.. esok cuti... jom jalan2.. ^_*



Dec 9, 2011

Rindu berombak-ombak..




Tuhan tolong lembutkan hati dia... Untuk terimaku seadanya....




Assalamualaikum dan salam sejahtera.... alrite siapa boleh teka ayat di atas ni ada kaitan dengan apa?


Betul la tu.. apa yang betul? betul.. betul la yang kau jawab betul tu.. huh.. (@_@)


Mulanya aku pun hairan apasal banyak sangat status yang tulis ayat ni... rupa-rupanya ayat ni lirik lagu tema filem ombak rindu.. ok siapa dah tengok cerita ni? yang pencinta novel mesti dah tengok kot.. aku belum tengok.. tak pernah baca pun novel ombak rindu tu.. 


best ke? dengar cerita 5 hari tayang dah 5 juta lebih?? hmmm..  mungkin satu hari nanti aku akan tengok.. 


ni dia mtv ost ombak rindu.. nyanyian Hafiz dan Adira.. 










ps: aku try gak nak menghayati lirik lagu ni sampai habis.. tapi..





Dec 8, 2011

Seperbs Pagi 8 Dec 2011..








Dec 4, 2011

Gangguan JIN - jauhi amalan sihir..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari minggu ni pergi mana? duduk rumah je? jalan? jalan di alam maya je ke?
Lama rasanya tak balik rumah mak ayah.. hey orang-orang Klang, saya di sini.. ahaha.. (bajet glamer sangat lah..)




Tadi usha-usha FB ada nampak kawan share pasal video ni.. video di mana seorang yang terkena gangguan jin menelefon di dalam sebuah rancangan TV ni.. tiba-tiba dalam perbualan tu suara jin dalam badan permpuan tu keluar.. seram ok aku tengok..

tengok lah macam mana Ustaz ni mengawal gangguan-gangguan ini..







ps: semoga terhindar dari sihir ini...



Dec 2, 2011

Event baru Hari Tanpa Lapar..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 

Warga-warga KL atau siapa-siapa je lah yang nak jadi sukarelawan Hari Tanpa Lapar, sabtu ni 3 Disember 2011 ada satu lagi event untuk pembahagian makanan minuman kepada Homeless.. 

Kalau ada siapa-siapa nak join kerja amal ni boleh la email nama dan nombor telefon ke zarith.naquiah@gmail.com.. apa kata Like page Hari Tanpa Lapar ni..







p/s: sy bukan admin .. sekadar berkongsi benda-benda yang baik ni...




Sueperbs pagi 2 Dis 2011...







Dec 1, 2011

Stress kerja dan tak kerja..


Stress tahu bila tak ada kerja.. tapi kalau dah kerja pun mesti stress... bezanya stress dah kerja ni , kau still akan dapat gaji tiap bulan.. stress menganggur kau tak dapat duit.. nak beli apa pun tak dapat.. menyusahkan orang lain nak tanggung hidup kau.. (pedas.. tapi itu lah hakikatnya) 

Yeah.. aku mengaku kesalahan aku.. mungkin usaha tak cukup.. kena usaha lebih lagi.. pergi interview selalu tak dapat.. (skill interview mungkin kurang ).. ada interview yang tak dapat nak pergi.. (masalah transport) dan macam-macam hal yang menyetresskan aku..  paling menyetresskan bila ramai kawan semua dah dapat kerja... aku? hmmm

Ok lah.. aku perlu sentiasa positif.. aku perlu buktikan aku seorang yang possess positive attitude seperti tertulis di dalam resume..  kot-kot lah ada employer yang meng stalking blog aku.. (harap-harap tak ada lah)

Ye..  kesabaran itu penting.. dan aku yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..