sueperb pages

Jun 8, 2011

Tragedi 8 JUN 1989..


Pagi hari 8 June 1989, Salbiah, seorang wanita yang sudah mempunyai 3 orang anak digegaskan ke hospital Muar Johor ditemani ibunya Amah dan adik lelakinya Mustafa manaiki teksi.. Setelah 9 bulan mengandung anak yang ke empat,  kini tiba masanya anak itu keluar dari perut ibunya untuk menempuh dunia luar..


Salbiah seorang ibu yang sangat tabah.. walaupun suami tiada di sisi demi mencari rezeki di Kuala Lumpur, Salbiah tetap berusaha bartarung nyawa melahirkan anak yang keempat itu seorang diri sementara ibunya Amah menunggu di luar bilik persalinan.. tepat jam 8.30 pagi, kedengaran suara jeritan bayi yang sangat kuat memecah kesunyian pagi di bilik pembedahan.. suara tangisan yang melegakan hati yang resah..


Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kasih sayang yang mendalam, Salbiah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.7kg yang normal dengan kaedah biasa tanpa sebarang pembedahan.. Sementara itu, suaminya Mukminin bergegas pulang ke kampung untuk menyambut kelahiran anak keempat mereka.. Sebaik tiba di hospital, Mukminin mendukung anak yang baru lahir itu sambil mengazankan di telinganya..


Sementara itu, Salbiah dan Mukminin masih mencari cari nama yang sesuai untuk anak ke empat mereka.. akhirnya anak itu di beri nama Suhaidah oleh atuknya Amah yang setia menemani Salbiah di hospital sepanjang beliau bertarung nyawa di dalam bilik persalinan..


budak kuat nangis yang selebet.. heh


Maka, hari ni 8 Jun 2011, genaplah 22 tahun umur anak perempuan bernama Suhaidah itu..Suhaidah amat bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang begitu tabah dan ayah yang begitu menyanyangi anak-anaknya disamping adik beradik yang lain.. Suhaidah berharap dapat membalas jasa mereka yang banyak berkorban untuknya..

Selamat hari lahir Suhaidah dan terima kasih ibu kerana melahirkan Suhaidah...



p/s: perasaan ketika menaip entri ini gembira+sedih... 

8 komen SUEPERBS...:

anis aniesa said...[Re perbs]

kasih ibu bawa ke syurga :)

selamat hari lahir

Firdaus Life said...[Re perbs]

selamat hari lahir :)

Unknown said...[Re perbs]

SELAMAT HARI JADI YER..

haslinda said...[Re perbs]

happy birthday awak!!!kte dilahirkan pd tahun yg same...^^

mOon EyEzS said...[Re perbs]

...thanx fOllOw tentangboolan...
mOon dtg fOllOw balik...

selamat ulangtahun kelahiran...

anakdenesor said...[Re perbs]

epeiey besday sueee..hihihi..

Lulu Caldina said...[Re perbs]

Hah??? ye ke?
selamat hari lahir dear.....

Blog ni dah tersenarai dalam bloglist lulu-pages.. :)

fawzeah zea said...[Re perbs]

selamt hari lahir =)