sueperb pages

Mar 31, 2011

saya suka encik kenny.. muahh muahh

rindu dengan encik kenny.. dah lama tinggalkan dia.. harini, tanggal 31 march, en kenny muncul mengubat rindu.. walau terpalsa tunggu lama, saya sanggup, saya rela.. hehehe


hensem la kartun ni..

hari ni alhamdulillah rezeki murah... pagi-pagi breakfast kak fin belanja mihun... kenyang-kenyang... 

mari-mari... nasi lemak... mihun... mi goreng.. pilih pilih

untuk lunch pulak, alhamdulillah rezki murah lagi.. kali ni... en azrin belanja pulak.. sempena naik pangkat kot.. hehe.. yang best tu belanja En Kenny... kul 12 dah order... lunch time kol 1 tapi en kenny sampai lambat... takpe.. saya sanggup tunggu..  demi encik kenny.... hehe

ni la encik kenny yang saya maksudkan... Kenny Rogers Roaster..

Alhamdulillah, semenjak praktikal di department ni, saya selalu dibelanja.. yela budak praktikal mana dapat gaji... dapat elaun cukup-cukup untuk tambang dan barang keperluan lain.. 

ada jugak niat nak belanja encik encik, puan puan kat department ni... Insyaallah satu hari nanti.. hehehe...sangat bertuah dapat praktikal kat sini... tinggal 2 minggu lagi je... sedih nya...






Mar 30, 2011

bulat-bulat comel..

macaron..

kuih bulat-bulat ni kuih orang Franch yang punya.. sekali pandang macam menarik je.. warna-warni... nama nya 'macaron'... aku tak la minat sangat dengan kek kek manis ni... nanti makan manis-manis boleh kena kencing sweet tau.. tapi kalau ada aku tak tolak.. hehe

ni semua kawan aku yang kenalkan.. dia ni suka menghasut aku dengan benda-benda bukan-bukan ni tau.. hehe.. oleh sebab dia yang promote dok kata sedap-sedap, aku pun dah terpengaruh dah.. masatu aku dan kawan ku Nadirah pergi KLCC lepas balik kerja semata-mata nak cari benda alah ni..

ok.. akhirnya jumpa... nama kedai 'Harrods'.. tapi benda alah ni agak mahal la... 6 biji RM15 tu.. benda nya kecik je pun.. 

tengok la betapa kecik nya saiz dia..

well, rasa dia boleh la.. sedap la jugak.. bagi aku yang tak berapa pandai nak merasa ni.. tapi dia agak mudah rapuh.. kalau aku wat bisnes macaron ada siapa2 nak beli tak? huhuhu.. so siapa-siapa yang teringin nak rasa boleh la pegi kat Harrods di KLCC.. tapi kalau nak murah lagi beli kat aku.. hehe..

my new boyfren...

kat depan kedai tu ada bear besar hijau... besar nya... macam nak bawak balik je bear tu.. 

packing yang agak simple but nice..


kucing pun gemarkannya... hehe








Mar 28, 2011

aku yang tak setia..

aku memang tak setia.. bila bosan aku tinggalkan je.. kau sangat bosan sebab kau tak menarik..  sory, aku terpaksa tinggalkan kau..



huhuhu... macam kejam je ayat tu... well, saja nak sesuaikan dengan tajuk.. mukadimah kena wowo sikit.. hehe.. nak menulis pasal minat sebenarnya.. lebih spesifik lagi ialah cita-cita..

cita-cita korang sama tak dari kecik sampai sekarang? maksudnya, dari kecik nak jadi doktor sampai la sekarang korang tetap 'stick' nak menjadi doktor... kalau korang dalam kategori tu, aku memang 'salute' la.. korang memang tetap pendirian dan setia pada yang satu..

tak macam aku ni.. dulu masa kecik cita-cita ku nak jadi cikgu... sebab nak mengajar anak murid menjadi manusia berguna dan mencurah ilmu pengetahuan.. (ayat sama je)... lepas tu rasa nak jadi doktor pulak... sebab nak menyelamatkan nyawa orang..dan pernah jugak tukar nak jadi peguam... yang ni aku tak pasti kenapa... mungkin sebab nak membela orang yang tak bersalah kot.. (semua nya cita-cita murni je kan)..




bila dah masuk sekolah menengah aku dah tak nak jadi cikgu sebab aku tau aku tak pandai mengajar orang dan cikgu selalu menjadi bahan kutukan kalau cikgu tu garang atau dengan kata lain nya tak mesra dan tak sporting.. mulalah cikgu tu akan jadi bahan gosip dan umpatan (aku tak macam tu ye.. hehe).. tak berkat tau kutuk cikgu... ingat senang ke nak mengajar anak murid.. perlukan kesabaran yang maksimum tau..



dan aku tak nak jadi doktor sebab aku mula sedar yang aku ni penakut dan tak boleh tengok benda-benda macam bedah organ dan yang seangkatan dengannya... serius aku boleh pengsan dan pitam kalau kena bedah orang.. 




dan peguam pulak, aku dah tak nak jadi peguam sebab aku tau aku tak boleh nak defend orang.. sedangkan diri sendiri pon tak pandai nak defend.. dan aku tak suka menghafal akta-akta sebab serius aku tak suka menghafal.. cukup la sekali amik subjek "Basic LAW " masa semester 1 kat UiTM dulu.. sampai demam-demam stay up dengan member masa nak exam subjek LAW tu..

masa sekolah menengah aku tukar cita-cita nak jadi "businesswoman" pulak.. sebab nya aku nak duit.. nak jadi kaya... dan masa tu aku suka tengok cerita "the apprentice" yang rancangan Donald Trump tu.. mulalah berangan (berangan itu perlu ye)..

nak jadi jutawan...


dan aku ingat lagi aku pernah buat bisnes budak2 (kecil-kecilan).. jual key chain manik yang aku buat sendiri.. tak la cantik mana tapi ada jugak yang order nak beli.. untung jugak tapi tak lama la buat bisnes tu..

bila dah masuk matrik aku bertukar minat nak jadi akauntan pulak sebab aku memang ambil jurusan akaun.. boleh la setakat imbangkan akaun tu... tapi sekarang mungkin kena bukak buku balik la.. dah lama tak buat akaun kot.. 

tapi tah macam mana masa nak isi borang sambung "degree" dulu, aku pilih kos "Islamic Banking" sebagai pilihan pertama... dan memang aku nak sangat masuk UiTM..  pilihan kedua dan seterusnya baru la aku pilih kos akaun.. mungkin sebab kos Islamic Banking tu 3 tahun je... kalau kos akaun sampai 4 tahun.. dan alhamdulillah aku dapat ambil kos pengurusan perniagaan major Islamic Banking di universiti pilihan pertama aku...

dan sekarang minat aku lebih ke arah nak menjadi pegawai bank... almaklumlah praktikal pun kat Bank... bila tengok pegawai-pegawai bank kat tempat aku berpraktikal ni, minat dan semangat tu semakin bertambah.. banyak yang aku belajar masa praktikal ni.. kalau dulu belajar teori je, sekarang ni bila praktikkan baru la boleh faham... well, aku dah hantar resume dah... harap-harap dapat la kerja jadi pegawai bank... Amin...

  
tan sri zeti akhtar aziz... gabenor malaysia..
wanita pun boleh tau..

tak kisah la apa pun kerja yang kita minat dan impikan.. yang penting carila kerja yang halal ye... dan kerja-karja jugak, akhirat jangan dilupakan... 





sekian dari sue... wasalam

Mar 25, 2011

Saya 2018 akan datang...

Mar 24, 2011

Jasad terbiar di bahu jalan

Petang tadi lepas balik kerja aku singgah Jalan TAR kejap nak cari barang.. masa jalan nak ke MYDIN tu, terkejut nampak jasad seorang lelaki terbaring betul-betul kat tempat orang lalu lalang..tak tau sama ada laki tu gila atau dah mati... tapi orang lalu lalang macam tak hirau je.. tak tolong pun.. aku nak tolong pun takut.. Ye la kang tak pasal-pasal kena cekik ke, terajang ke, cium ke (heyp!!)... KL macam-macam jenis orang.. tak boleh nak percaya sangat.. tambah-tambah lagi aku ni perempuan.. bahaya tau..

apa-apa pun aku sempat la ambil gambar guna kamera hp je semata-mata nak tunjuk kat korang... aku beranikan diri jugak curi-curi snap gambar laki tu.. tak tau la orang tengok ke tak.. tah-tah lakonan je..."Bang bang Boom"...  mana la tau sekarang ni kan banyak rancangan nak kenakan orang.. huhu... harap-harap tak la ye...

ngantuk sangat ke samapi tertidur di tengah orang2 ramai??




















zoom lagi... tak jelas pulak... 



ni paling dekat.. what do you think??



Hmmmmmm....















Mar 21, 2011

aku nak jual diri aku... siapa nak beli?

esok aku tekad nak jual diri aku... ada siapa-siapa nak beli aku tak.. aku nak duit... beli la aku... beli la.. aku rela dibeli.. jual-jual.. siapa nak beli??..


bunyi macam anak ayam je kan... hey hey hey... aku bukan GRO dan bukan jugak pelacur ye... jangan salah faham... aku nak jual diri kat UiTM esok.. di dewan ANNEX akan ada "Career attack" special untuk undergraduate yang nak cari kerja. So, esok mestii akan ramai yang bertandang nak pegi open interview.. jom jom join sekali... ada lebih kurang 66 'companies' akan terlibat dengan "career fair" ni... apa kata cuba uji tahap keberanian, tahap kekonfidenan anda esok.. event itu akan berlangsung 3 hari... 22-24 march.. jom serbu beramai ramai.. mari "sell yourself" untuk dapat kerja yang anda idam-idamkan.. 


     66 Companies Participated, 2500 Vacancies!!!



Mar 20, 2011

mata lelaki.... jaga-jaga..






Kenapa Lelaki Gemar Melihat Tubuh Wanita?



Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…





credit to my fren Nadiah Fatin.. ^_*

Cukup la tipu orang.. tak berkat tau dok?

Harini ada seminar for "finishing school".. sangat berguna especially kepada fresh graduate.. banyak tips-tips untuk interview dalam keadaan market sekarang yang sangat susah nak cari kerja.. kena unik, konfiden n banyak lagi la.. ceramah sampai petang tapi aku datang sampai tengah hari je semata mata nak pegi low yat sebab ada tertengok iklan ni.. 


keratan iklan akhbar..


laser printer RM49? Net book RM 199? External RM9.90? Murah tu weyh.. Kat mana ada jual? huhu.. memandangkan aku agak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan ni, aku sanggup pergi walaupun aku tak sepatutnya ada di low yat harini...naik monorail sampai jalan Imbi dan jalan sikit dah sampai Low Yatt dah..

IT showdown ada kat level bawah sekali.. tengok harga-harga macam standard je.. lepas tu tanya la dealer kat situ, ada lagi ke promotion kat atas tu... then dia cakap promotion tu dapat kalau you beli barang then ada lucky draw hadiah-hadiah tu,, oo ye ke... penat je datang.. tapi memang dah agak dah benda-benda ni ada trick dia.. biasala nak attract customer letak la ayat macam-macam..

aku rasa agak tertipu but its ok la.. lagipun aku tak la mengharap sangat nak beli.. tapi kalau ada boleh jugak (hehehe)..  aku tengok balik flyers dia tu..ni aku zoom..



limited discount vouchers tu dia refer kepada hadiah lucky draw yang anda akan dapat kalau anda beli apa-apa barang kat situ je.. tak perlu bermimpi la nak harga murah-murah ye.. 

pesanan : lain kali baca bagi habis ye.. jangan tengok gambar je.. &_*

Mar 16, 2011

Aku tak takut hantu..

Baca tajuk macam berlagak je kan.. haha.. ye la.. kenapa nak takut hantu.. takut pada Allah SWT je.. 



Yeke tak takut hantu? Tak pernah terserempak boleh la cakap.. kan? kan? setakat tengok cerita hantu kat wayang memang la tak takut.. tapi aku teringat dekat seorang kawan aku yang memang sangat penakut dengan hantu ni.. dulu masa zaman student dulu pernah la keluar bertiga jalan kat Mid Valley. Lepas tu teringin nak tengok wayang.. dan kebetulan cerita seram baru keluar.. tajuk nya "Histeria".. Dua orang nak tengok dan sorang tak nak.. so ikut pada majoriti la.. kesian dia terpaksa tengok jugak..

kat dalam panggung tak pasal-pasal bila terkejut je, kitorang kena pukul kena cubit dengan kawan yang penakut hantu ni..  haisyh.. memang seram la tengok cerita hantu dengan kawan aku sorang ni.. bukan seram dengan cerita tu tapi seram kena pukul dan kena cubit.. sakit woo.. sudah tak mau tengok cerita hantu lagi.. 

tapi hari tu tengok cerita seram versi Thailand "My haunted ex-girlfriend" dengan kawan lama (sekolah rendah)...

     Tkah : Takut jugak cerita tu kan?
     Haja: Ha'ah.. Boleh gugur jantung asyik terkejut je..
     Aku : Takut ke? Biasa je.. Tak takut pun
     Tkah : Memang la.. Awak tidur mana tau apa yang berlaku...
     Haja: Sue tidur? patut la senyap je.. macam tak ada perasaan..
    Aku: Hehehe

Bukan sengaja ye... Terrrr tidur... yelah dah la bahasa Thailand.. baca subtitle je boleh ngantuk tau.. hehe.. dan sebab lain lagi mungkin sebab dah penat berjalan baru nak tengok wayang.. dan mungkin jugak sebab baru belasah makan KFC. So, jangan la tidur di dalam panggung... rugi je bayar tiket.. tidur kat rumah kan free..hmmm

     
manusia juga kadang-kadang lagi menakutkan dari hantu.. pernah dengar dialog "perangai macam hantu"... maksud nya macam mana ye?? huhuhu

Allah maha berkuasa dan tiada yang dapat menandingi nya.. Sekian entri malam ni.. jangan mimpi hantu sudah la ye... heeee heee heee heeee

Mar 10, 2011

Theme song - Harimau Malaya 2011



macam best la lagu harimau malaya ni.. simple but nice.. tak dapat tengok Malaysia vs Pakistan sebab masalah satelit kat Pakistan.. Apa-apa pun keputusan nya Mas-Pak 0-0... Tapi mengikut agregat Malaysia menang 2-0.. tahniah Malaysia..

Jom follow blog Malaysia Football Team ... go Malaysia go..

Mar 9, 2011

Ye rambut awak memang cantik



Pernah tak korang tengah bersesak-sesak dengan orang ramai tetiba ada perempuan yang menghayun hayun kan rambutnya ala-ala Ella (kalau Ella pun tak pernah kot nak hayun hayun rambut masa orang tengah bersesak-sesak. Hoh.. agak menjengkelkan bagi aku..
Cik (atau puan), saya tau la rambut awak tu panjang dan menawan.. , macam iklan syampoo… guna jari pun boleh kan.. tapi kalau dah kat tempat yang sesak dan susah nak bernafas macam kat LRT ni, tak perlu la nak hayun-hayun kan rambut cik (atau puan) itu. Dah la saya duduk belakang cik (atau puan), bila cik ( atau puan) main hayun-hayun macamtu, rambut cik (atau puan) tu kena muka saya ni tau.. macam kena libas je rasanya.. tak kisah la wangi ke busuk ke.. tapi kalau dah melibas muka saya, rasa macam nak libas balik je.. sabar sue sabar..

think +ve : mungkin dia baru syampoo rambut dia dengan rejoice.. nak test power kot..

cantik tak?? 


Tu je la entry yang ringkas untuk hari ni..  ^_*


Mar 7, 2011

Jom jadi budak Nerd..

Walaupun entry ni sepatutnya dah upload seminggu lepas tapi tak kisah la walaupun dah terlambat sikit post. Cuma nak cerita aktiviti di hujung minggu pada minggu lepas je.

Minggu lepas aku ikut kakak dan “future brother in law” pergi ke perpustakaan negara. Memang ada niat pergi tapi tak pergi2 jugak.. nasib baik la kebetulan kakak ku pun nak cari bahan untuk ‘assignment’ dia.. so dapat la aku ikut menyibuk sekali...

Pagi-pagi lagi dah bangun ( tak la pagi sangat pun).. pukul 8 siap-siap mandi.. wangi-wangi, cantik-cantik semangat nak pergi perpustakaan negara .. semangat tu mungkin sebab tak pernah sampai situ lagi.. (nampak sangat tak suka membaca).. hey hey hey.. cakap baik sikit ye.. aku rajin la pergi library.. kalau pergi library kat UiTM tu mesti boleh nampak muka aku ni tau.. library is my second place after class.. tapi kat bahagian IT je la sebab kat situ boleh surf internet.. hehehe..


ini bangunan lama.. anjung seri untuk buku-buku international


Sambung balik cerita tadi, aku pun pergi la naik train sampai Setiawangsa coz kakak aku duduk situ.. Lepas tu kakak aku ( dan ehem ehem)  pun ambil la dari stesyen LRT terus ke perpustakaan negara.. Memandangkan aku tak sempat nak “breakfast” kitorang pun pergi la cafe dulu makan pagi  + tengah hari.. (2 in 1)..

Dah makan dan minum cofee terus la naik ke tingkat 7 sebab kakak aku memang nak cari bahan kat situ.. tanya abang hensem yang jaga kat situ kat mana bahagian jurnal.. oh.. kat tingkat 6.. nampaknya terpaksa la aku berpisah dengan kakak aku.. sorang-sorang pandai-pandai la jaga diri..

Tingkat 6 bahagian majalah dan jurnal.. pusing-pusing tapi tak tau nak cari apa sebenarnya.. main ambil je lepastu cari tempat yang ada plug sebab nak guna laptop.. kat meja-meja macam dah penuh. Jalan-jalan kat bahagian belakang nampak plug kat dinding.. apa lagi duduk la pasang plug.. letak semua buku dan start belek-belek.. aman jugak kat sini tempat nya tersorok.. sementara tu ada pulak sorang budak lalu.. eh!(budak tu eh kat aku).. reaksi dia macam terkejut pulak tengok aku duduk bersila kat corner tu.. ni yang buat aku rasa bersalah ni.. tak boleh ke duduk situ.. ah.. selagi tak ada guard datang halau, duduk je la.. slumber je.. apa nak takut..


corner belakang, tempat yang strategik.. (facebook di gambar sekadar hiasan sahaja ^_* )


Tak lama lepas tu budak tu datang lagi bawak buku (macam majalah je).. join pulak aku lepak kat corner.. hek e leh.. tiru je.. tadi buat-buat terkejut.. saja nak buat aku rasa risau.. hmm.. biarlah dia dengan majalah dia.. aku dengan misi aku.. 


tengah buat-buat kerja nak terkucil pulak.. alamak.. tak kan nak tutup latop ni bawak masuk toilet sekali.. last-last aku tak tahan aku mitak tolong kat budak tadi “ tolong tengok-tengok kan boleh?”
Budak tu sekali lagi terkejut tak sangka kot aku cakap ngan dia.. angguk-angguk je la sebab dah tak tau nak cakap apa.. macam mana tah aku boleh percaya kat budak tu.. bukan kenal pun.. tapi tengok muka macam budak baik je.. lagipun dah tak tahan nak terkeluar ni.. huhuhu

Dah selesai membuang apa yang patut, aku kembali ke tempat tadi.. oh budak tu ada lagi.. laptop aku pun ada.. lupa nak cakap “thank you”... senyum je.. heee.. dan bla bla bla... jumpa jugak jurnal yang macam ada kaitan dengan tajuk thesis aku.. malas nak salin, lebih baik photostet je.. banyak jugak yang nak diphotostet. Agak-agak dah banyak tu, aku pun kemas-kemas la laptop masuk beg.. nak mintak tolong budak tadi jaga, budak tu dah hilang pulak.. tak perasan bila dia pergi. Tempat photostet tu dekat je.. dengan muka gaya ala ala student yang nerd dan rajin belajar ni aku pun pergi la tempat photostet tu sambil membawa buku-buku yang agak tebal untuk diphotostet..

Kakak photostet tu cakap kat situ boleh photostet 15 helai dan ke bawah je.. dia tengok aku bawak buku banyak-banyak dia tau mesti banyak budak ni nak photostet ni.. kalau nak photostet lebih 15 helai kena pakai kad.. 1 kad RM19 (ke RM 19.90.. lupa la).. terpaksa la jugak beli sebab aku memang nak photostet buku tu.. dan nak photostet lebih 15 helai tak boleh kat situ.. kena pergi tingkat 7,8 atau 9... haisyhh.. macam-macam.. memandangkan kakak aku kat tingkat 7, better aku pergi situ..


kad untuk photostet...




Kejap je dah jumpa kakak aku (dan ehem ehem).. terkejut jugak mereka tengok aku bawak buku tebal-tebal nak photostet.. ‘banyak nya’.. hehe... semangat ni.. dah beli kad dah ni. Ada 2 mesin photostet kat situ.. ada cina tengah photostet sebelah.. aku dengan berlagak pandai photostet la sendiri tanpa mintak tolong.. 


dengan konfiden nya letak buku macam ni ye..


dengan tanpa bantuan orang lain aku letak la buku yang nak photostet tu.. dan adjust-adjust size dan tekan 'ENTER'... tengok la apa yang keluar..



senget macam tuan nye jugak (aik??)

jangan mudah putus asa... cuba lagi... dan adjust lagi dan lagi... dan "ENTER"...

masih senget tapi boleh la.. ada improvement.. 

cuba lagi dan lagi akhirnya boleh jugak.. baru ku tahu photostet pun bukan keje senang.. hehehe

yang ni baru ku perasan ada jari... jari siapakah itu? misteriiiii....


yang ni baru ok... 2 page dalam 1 helai... jimat kan kertas ye.. but still jari itu menakutkan..

sila beratur ye.. 


mesin 2 je.. tapi buku kat situ bertingkat-tingkat.. siapa la yang nak photostet banyak-banyak tu? mesti kes malas nak beli buku (macam aku zaman student dulu-dulu)...


Aku ni bukan tak pernah photostet.. kat tempat kerja ada je mesin photostet tapi selalu buat yang basic basic je.. banyak jugak la membazir kertas bila dah tak jadi tu.. tanggung sendiri la kan..

Ada baki dalam 100 helai lebih lagi kalau nak photostet. Tak kan nak biar je kad tu.. bukan selalu datang perpustakaan negara ni. Mula lah nak membazir kertas.. macam-macam nak photostet.


photostet tapak tangan... hehehehe..



Hari tu balik petang.. dan esok nya pergi lagi.. dan photostet lagi... sampai la habis nilai dalam kad photostet tu.. puas la dapat jugak sikit-sikit maklumat yang dapat membantu.

Jadi jom la pergi library.. banyakkan membaca ye.. boleh menambah ilmu pengetahuan.





Mar 5, 2011

Salah siapa? ..

Dah seminggu tak update blog ni.. sebelum labah-labah buat sarangnya, lebih baik lah aku update.. huhuhu.. bukan tak  nak update. Cuma tak sempat je.. nak cakap tak ada masa tak boleh jugak sebab masa itu ada, Cuma kita ni yang tak pandai nak menguruskan masa.. last2 masa yang dipersalahkan.. kalau lah masa boleh bercakap... hmmmm??


Sejak dua tiga menjak ni aku boleh rasa hidup ni agak tak terurus dan kelam kabut sikit.. Ni semua sebab project paper la ni ( tengok! Project paper pulak dipersalahkan).. hehehe.. tapi memang sekarang ni selalu tertidur sampai tak sempat ‘shut down’ laptop..  mesti bil elektrik melambung tinggi bulan ni.. (jangan sampai bil tertunggak sudah la.. ).. 


macam mana aku nak buat kerja macam ni?

habis bersepah dikerjakan mereka.. (salah mereka ke?)





Selalunya keluar rumah nak pergi kerja pukul 7.40 paling lambat.. tapi sekarang kadang-kadang sampai pukul 8 baru keluar.. dah la masuk kerja pukul 8.30.. LRT Taman Paramount sampai Dang Wangi lebih kurang 25 minit kot..sempat ke nak sampai?? dulu jalan lenggang sayur kangkung je.. sekarang ni naik tangga pun kadang-kadang berlari lari pas baton (tipu je).. jangan sampai terjatuh gedebuk sudah la.. yang penting time lari tu kena fokus ye.. hehehe..

Kalau dulu selagi train 4 koc tak ada, aku tak nak naik.. demand lebih je ni.. bukan apa, train 2 koc tu kecik sangat.. nanti bila dah ramai-ramai dalam train tu boleh pitam tau.. (alasan..) .. tapi sekarang ni train 2 koc yang dah penuh pun aku redah je.. tak nak dah tunggu next train.. penuh pun penuh la.. jadi sardin kejap je.. kat uitm boleh naik bas behimpit himpit macam nasi himpit, tak kan sekarang dah tak sanggup dah ?.. huhuhu..

LRT 4 koc... panjang wo..


Yang penting sempat sampai ke tempat kerja sebelum 8.30.. setakat ni selalu sampai 8.29... rekod masih ‘clean’ lagi.. hehehe.. walaupun hanya menggunakan “pas pelawat” je.. “saya kan budak praktikal je... saya orang luar” (dengan nada poyo dan merendahkan diri walaupun dah  tinggi)... yang penting kena praktis la..  nanti kalau dah kerja tetap nanti kena jaga ‘performance’ sebagai pekerja jugak... nanti nak kena buat KPI (key performance indicator) < betul ke apa yang aku translate ni?> baru la boleh naik pangkat.. dapat increment, bonus... baru la masyukkk...nanti boleh open table belanja kawan-kawan.. (ayat-ayat biasa di tempat kerja)..


nak masuk kena ada pas..


Yang sebenarnya aku nak post benda lain.. terpanjang pulak mukadimah kali ni.. tak apa la.. nanti aku post lain pulak la.. hehe.. saja nak bagi post nampak macam banyak.. heeee..

Pengajaran nya :
Ø      pandai-pandai la menguruskan masa
Ø      jangan tuding jari ke arah orang lain sahaja kalau memang kita yang bersalah.. mengaku je la kesilapan diri sendiri ye dan baiki
Ø      jaga displin..
Ø      jangan terlalu memilih / cerewet
Ø      fokus fokus fokus


thank you kerana sudi membaca post ini... ^_*..
selamat berhujung minggu..