sueperb pages

Dec 28, 2012

Renungan bersama.. Salam Jumaat..

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Wahai anak Adam, Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkanNya dan para malaikat dan yang mempunyai ilmu (turut menyaksikan ) bahawa Ia mendirikan keadilan. Tiada Tuhan melainkan-Nya yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam, barang siapa yang menuntut agama selain daripada agama Islam, tidak sekali-kali diterima daripadanya dan di akhirat ia akan termasuk dalam golongan orang yang rugi.
Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barang siapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaati-Nya , berjayalah dia.

Barang siapa yang tahu tentang syaitan  dan mengingkarinya selamatlah dia

Barang siapa yang mengetahui kebenaran lantas menurutinya amanlah dia.

Barang siapa yang mengetahui kebatilan lalu menghindarinya, berjayalah dia.

Barang siapa yang mengenali syaitan dan dunia kemudian mengingkarinya, bahagialah dia.

Barang siapa yang mengetahui akhirat kemudian menuntutnya, dia akan diberi hidayah. Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada siapa yang Ia kehendaki dan kepada-Nya kamu semua akan  dikembalikan.

Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?

Bilamana Allah telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?

Bilamana Allah telahh menyediakqn gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?

Bilamana Iblis ialah musuh bagi Allah, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?

Bilamana balasan nanti ialah neraka, mengapakah kamu istirehat?

Bilamana ganjaran Allah itu ialah syurga mengapakah kamu melakukan maksiat?

Bilamana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuan-Ku, mngapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?

Agar kamu tidak kecewa atas apa-apa yang hilang daipadamu, janganlah lupa diri saat gembira ketika ia datang kepadamu.

Dan Allah tidak mengasihi setiap yang dusta dan yang bemegah.

(petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

Sumber buku U-Turn ke jalan lurus.

Dec 11, 2012

Go Green...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini, aku telah mem'volunteer' kan diri untuk satu projek alam sekitar.. ''Ulu Yam Recreation Park Restoration Project''.. Projek yang di panggil 'Go Green' ini antara usaha menyumbang kepada alam sekitar gabungan dengan Majlis Perbandaran .. Alhamdulillah dah dua kali aku join.. yang best nya, siapa yang jadi volunteer untuk aktiviti ni boleh claim sehari cuti.. heheh.. nak cuti ke nak berkhidmat menjadi sukarelawan? emm..  mana-mana pun boleh la..

Kami dibahagi kan kepada beberapa kumpulan. setiap kumpulan telah ditetapkan tugas-tugas yang perlu di lakukan.. kumpulan aku ditugaskan untuk menanam pokok .. dengar macam senang je kan?.. cerr try buat.. berpeluh-peluh jugak la nak mengorek tanah tu ditambah dengan sinaran cahaya matahari atas kepala.. rasa macam bersukan pun ada... bagus lah untuk mengeluarkan peluh.. asyik buat kerja dalam aircond je apa salah nya keluarkan tenaga sambil menyumbang kepada alam sekitar.. 


korek tanah.. 

Men Cangkul ..

Setelah selesai menyiapkan tugas menanam pokok-pokok, kami bergabung dengan kumpulan lain untuk membersihkan kawasan hutan.. kami diminta membuat satu barisan panjang untuk pas sampah sehingga ke lori.. Kiranya tak payah la nak angkat jauh-jauh.. jimat sikit tenaga.. 

Barisan sukarelawan..


Posing jap..

Maka, setelah selesai semua tugas, tamat lah aktiviti 'Go Green' untuk tahun 2012 ni.. kalau ada lagi tahun depan, In sya allah  aku akan join .. 

Dec 9, 2012

Usha-usha PIKOM PC Fair KLCC December 2012..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda kat KLCC sekarang ada PIKOM PC Fair.. Tarikhnya dari 7 hingga 9 December 2012.. So, kalau nampak orang bersesak-sesak kat KLCC tu jangan panik ek.. relaks.. mereka mungkin sedang menuju ke PC Fair.. Hehe..

PIKOM PC Fair 2012..

Kenapa setiap kali PIKOM PC Fair aku nak pergi tengok? Mungkin sebab aku suka tengok barang-barang yang dipromosi kat situ kot.. kat PC Fair ni ada banyak booth dengan brand-brand yang popular dan ada juga yang aku langsung tak pernah dengar.. kalau rajin, survey dulu harga supaya boleh dapat barang denga harga yang murah dengan kualiti yang baik dan mengikut citarasa anda.. 

Memandangkan duit yang tak berapa nak ada.. ditambah lagi dengan tarikh yang baru di awal bulan.. memang tak plan pun nak beli gadget-gadget terbaru.. notebook? ipad? hard disk? DSLR? Semua ada.. Tak dapat beli tapi dapat usha-usha je pun dah ok lerr tu.. 

pendrive.. lelong-lelong..

beli-beli.. 



Setelah penat berjalan, ni je la yang aku beli... Headset RM 25 + Speaker RM 25... 

Headset + Speaker.. 


Dan tanpa aku sedar, mengikut application dalam hp aku yang boleh kira berapa step yang kita jalan untuk setiap hari, aku dah berjalan lebih 20,000 langkah hari ni.. pertama kali ok..Untuk makluman, untuk mencapai tahap kesihatan ialah 10,000 langkah setiap hari..


Jumlah langkah berjalan hari ni...


p/s: seorang kawan penah perli  'su ni memang pantang ada kaki'.. >_<



Dec 7, 2012

Sueperbs Pagi 7 Dec 2012..















Nov 11, 2012

Bangkit...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru selesai tengok Semi Final Muzik-Muzik.. Ho yeah.. Azlan and the Typewriter berjaya masuk Final Muzik-muzik untuk lagu Idola.. Suka sangat lagu tu.. dan vokal Azlan memang superbs.. Lagu lain yang masuk untuk peringkat pertama ni lagu Kasanova, Pelangi senja,(Stacy), Biar mimpi sampai ke bintang (Asmidar), Cerita dia (Drama Band) dan Watak (Hafiz)..

Ok, ni nak share lagu baru yang best dari Altimet, Salam dan Dj Fuzz..  Tajuknya bangkit.. cuba hayati lirik dia.. layan..





Lirik Lagu: Bangkit - DJ Fuzz ft. Altimet & Salam 

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya




Ps: Kegagalan tu tidak penting.. yang paling penting ialah bagaimana kita nangkit dari kegagalan..


Nov 8, 2012

Lagu Kisah Hidup..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masing-masing mesti ada kisah hidup tersendiri.Ada kisah suka ada kisah duka. Kadang-kadang bila dengar lagu-lagu di radio atau di mana saja, terkenang pulak kisah lama. Kisah kegagalan, kejayaan mahupun kepayahan hidup. Selalunya kalau tengok drama ke filem ke mesti ada lagu soundtrack khas untuk cerita tu. Kalau tak ada muzik dalam satu cerita tu rasa macam tak lengkap je. Bila ada lagu, lagi bertambah 'feel' sedih, gembira, marah dan pelbagai emosi.. termasuk lah cerita seram pun mesti ada bunyi-bunyi efek untuk menghidupkan cerita tu..

Okeyh.. dah panjag lebar pulak intro aku ni.. sebenarnya aku cuma nak share lagu yang kalau aku dengar mesti aku terkenangkan seseorang atau lebih tepat lagi terkenang peristiwa lama.. Nak pos kat FB bahaya .. Hehe.. sebab ramai yang memerhati.. Post kat blog tak pe.. huhuhu

Layan jiwang jap...


Padi- Menanti Sebuah Jawaban..


Element - Cinta Yang lain..



Dewa - Hadapi Dengan Senyuman..


The Rock ft Ahmad Dhani - Munajat Cinta..



Oct 14, 2012

Sueperbs Pagi 14 October 2012..

Oct 10, 2012

I AM BLOGGER t-shirt for SALE !


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Cerr tengok baju kat atas tu.. cool tak? smart tak? nak tak? hehe.. tapi korang betul ke blogger? kalau betul boleh la beli.. RM 30 untuk lengan pendek dan RM 33 untuk lengan panjang.. harga termasuk harga pos.. tak perlu risau pasal saiz sebab mengikut kata tuan punya blog ni, ada saiz dari XXS sampai XXXXL..

Dan yang menarik nya, korang boleh sulam nama korang kat T-shirt tu free kalau korang buat entri macam ni.. tak kan tak nak kot? kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh klik SINI... Klik kat gambar tu pun boleh..




Oct 8, 2012

Kalau ada kuasa.. Sueperbs Power...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernah tak berangan nak ada kuasa super power? tambah-tambah lagi masa zaman budak-budak dulu .. mudah terpengaruh dengan kartun-kartun dan superhero.. Macam aku dulu kecik-kecik hero paling aku minat Goku Dragon Ball...Sampai tahap aku rasa alangkah bestnya dapat couple dengan Goku.. Walaupun hanya watak kartun, tapi karakter dia pernah membuat kan aku rasa macam " cool nya Goku nih!!"

Abg GOKU ku sayang..


Itu cerita zaman budak-budak dulu.. berbalik pada tajuk entri ni.. kalau aku diberi pilihan untuk memiliki satu kuasa super power, aku nak kuasa "KIA".. Ape tu KIA? KIA singkatan untuk ''Know It All'.. Maksudnya kuasa serba tahu la.. setiap soalan kau mampu jawab dengan betul dan bernas... (dikira kuasa superpower jugak ke ni?hehhe.. belasah aje la..) .. So nama aku akan menjadi "Ms Sueperbs KIA".. Boleh takkk?? layan kan aje la .. sekali sekala berangan apa salah salahnya.. ye dak??

Jom layan lagu Mr KIA dari CN Blue ni.. suka lagu diorang sebab sangat catchy.. umur vokalis dia pun sebaya dengan aku.. So?? hehe.. macam tak de kaitan je kan....





ps: klu korg nk kuasa superpower ape ye?

Oct 7, 2012

Harapan...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahu tak lagu Hyper Act, Harapan? ala... lagu tema cerita Seindah Sakura slot Akasia tv3 tu? well, honestly aku pun tak tengok cerita tu.. hehe.. tapi aku suka dengar lagu harapan dari Hyper Act ni.. macam best pulak.. asyik nak ulang dengar je..




Bila aku search lagu ni kat you tube, banyak pulak orang yang buat cover untuk lagu ni.. well, sekarang ni kan semakin banyak artis youtube.. cuma best tak best je la pandai-pandai korang menilai.. bukan artis youtube yang aku nak cerita kat sini,, aku cuma cari video cover yang boleh ajar cara nak main gitar untuk lagu ni.. saje nak try.. hehe.. ni ha cover yang bagus untuk nak belajar lagu ni..





Youtube channel Bro Cumi1569 ni memang banyak cover lagu.. aku suka usha channel dia sebab kat channel dia kalau buat cover lagu, video dia memang akan tunjuk jari kat fret.. tak payah tunjuk muka pun.. kadang-kadang kalau ada orang yang buat cover tunjuk muka nampak gitar separuh (tak nampak fret langsung) tu memang aku tak suka nak tengok.. sebab aku nak tengok hang main gitar bukan tengok  muka hang.. hehe.. (opps sory )

So, ini lah kod untuk lagu Harapan..

Hyper Act – Harapan ( OST Seindah Sakura) Lyrics & Chord
Intro: G A F# Bm G A F# Bm A G A
Bm G
Bicara mimpi itu
A
Mengheret ku ke dasar
F#
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Bm G
Dan munculnya dirimu
A
Dipinggir laman itu
F# G
Hangatmu menyambut ku kembali,
Em
Dan ku mengerti,
A
Mengapa masih berdiri,
F# Em
Hadirnya siang berteman mentari,
G
Dan ku bersama,
A
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo
D
Harapan
F#
Harapan menjadi layu
Bm A G
Ingin ku bahgia bersama

Em
Menjadi kenangan
D A
Memburu impian masa kita
G
Selamanya
Bm G
Dan angin kan memanggil
A
Bagai ada musafir
F# Bm
Hadirnya pergi tiada berjanji
G
Mungkin seketika
A
Ku merasa cintanya
F# G
Bagai dibelai mimpi sempurna
Em
Dan taman ini
A
Tak bererti dan bersemi
F# Em
Tiada indah tanpamu disini
G
Dan ku jejaki
A
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo
Chorus
D
Harapan
F#
Harapan menjadi layu
Bm A G
Ingin ku bahgia bersama

Em
Menjadi kenangan
D A
Memburu impian masa kita
G
Selamanya
Solo: G Em Bm A x2
Back To Chorus
D
Hati ku..
F#
Meratap setinggi gunung
Bm A G
Pasti ku mencari bintangnya

Em
Menjadi cahaya
D A
Menyinar impian hidup kita
G
Selamanya



Ps: Amacam? boleh? Ni fanpage Bro Cumi aka Suhami Hashim.. elok lah untuk mereka-mereka yang nak belajar main gitar.. bro ni suka ajar pasal gitar.. free-free je.. promote nih promote.. ^_*


Oct 2, 2012

Dah bertemu Pengganti.. Broadband Lagi Murah


Assalamualikum dan salam sejahtera.

Sebelum ni aku ada post pasal akaun internet yang dah terminate. Ingatkan boleh la aku bertahan sekurang-sekurangnya dua tiga bulan tanpa internet.. tapi baru seminggu lebih tak ada internet, aku dah tak tahan.. walaupun aku ada langgan internet untuk handphone tapi kepuasan dia lain.. skrin hp tu kecik .. terhad.. tak best kalau nak tengok video ke, baca artikel ke..

Aku cuba jugak nak post entri guna hp.. tapi susah ok.. nak letak gambar pun susah.. aku pernah jugak terfikir nak aktif kan balik akaun internet yang aku baru terminate tu.. pernah dengar tak pepatah ''dah ludah jilat balik''? (betul ke pepatah ni? belasah je la.. ahaha) .. serius aku ada call customer service tu tapi nasib baik masa tu tak ada staff yang angkat... semua tengah sibuk melayan pelanggan katanya.. 

So, sekarang ni aku dah ada pengganti dah.. kali ni aku cari yang murah-murah je.. kalau sebelum ni sebulan RM 59.90 .. kali ni RM 25.00 je sebulan.. 
Broadband Celcom SKMM (Unlimited)-RM25/bln
CELCOM SKMM



Aku rasa ada ramai lagi tak tahu lagi pasal Broadband SKMM ni.. Stater pack/broadband SKMM ni adalah kerjasama Celcom  dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 


CIRI-CIRI BROADBAND SKMM 1MALAYSIA INI:
  • Broadband SKMM ini adalah menggunakan coverage network Celcom. Jika kawasan anda mempunyai liputan Celcom yang baik, maka liputan broadband SKMM anda juga baik.
  • Pek daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
  • Stok terhad dan tidak banyak dikeluarkan serta tiada dijual di kedai-kedai telco.
  • Kelajuan 384 kbps. Boleh laju lagi bergantung kepada keupayaan modem digunakan dan liputan Celcom.
  • Percuma layari internet selama 30 hari. Seterusnya tambah nilai (topup) hanya RM25 untuk sebulan.
  • Prepaid dan tiada kontrak. Usah risau tentang bil bulanan.
  • Boleh digunakan di laptop, handphone, pc, galaxy tab dan sebagainya.
  • Unlimited ( 800 mb ). Ada pengguna yang dapat lebih daripada itu dan kelajuan masih stabil.


Nak tau lebih lanjut boleh usha laman web INI


Kebetulan ada kawan syorkan aku like satu fanpage di Facabook ni.. -->BROADBAND MURAH.. Kalau korang teringin nak beli broadband yang murah-murah boleh la check fanpage tu..

Yeah.. akirnya aku dapat kembali berblogging.. Jom layan video klip lagu Black ft Malique - Teman Pengganti.. Lagu ni sempena aku dah dapat pengganti broadband.. hehe.. Suka sangat dengar lagu ni.. 





Sep 22, 2012

Suspended..

Assalamualaikum dan salam sehahtera..

Kerana akaun ku dah di suspend, aku buat keputusan untuk terminate terus.. Huhu.. Siape  suruh suspend akaun aku.. Sebulan je terlepas bayar.. Hehe.. Tak apa lah.. Aku pun dah lama plan nak guna line internet yang lain...

Alang- alang dah suspended baik terminate terus...

Ps: sila bayar hutang anda...


Sep 16, 2012

Usha-usha Kelip-kelip di Kampung Kuantan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Banyak ke pergi rumah terbuka? kenduri? bertambah-baertambah la berat nanti ye.. makan-makan jugak, kesihatan jangan diabaikan ok..


About Fireflies...


Korang pernah tengok kelip-kelip secara real tak? dan pegang sekali.. well, aku baru ni la first time dapat tengok kelip-kelip, tangkap dan letak di tangan .. rasa teruja jugak la sebab sebelum ni tengok kat iklan TNB tu je.. hehe..

Baru-baru ni aku ke Kuala Selangor.. ada kenduri saudara yang bertunang.. alang-alang dah sampai Kuala Selangor tu rasa teringin pulak nak ronda-ronda situ.. Datang pulak idea nak tengok kelip-kelip tapi tak tahu kat mana.. nasib la ada Pak cik G aka Google.. banyak jugak blog-blog yang cerita pasal kelip-kelip ni.. Lokasi Taman Kelip-kelip ni di Kampung Kuantan Kuala Selangor.. 

Harga tiket untuk tengok kelip-kelip ni ialah RM50.00 untuk satu sampan.. dan satu sampan tu maksimum 4 orang je.. Sebelum ni harga tiket RM 40 je.. Bulan 6 hari tu baru dinaikkan harga.. Tak apa lah.. bukan selalu nak tengok kelip-kelip ni... RM 50.00 tu sekali dengan 4 botol air mineral.. 

Sebelum naik tu, setiap orang kena pakai jaket keselamatan. Mana lah tau tengah-tengah sungai tu tergolek jatuh pulak.. dah la gelap.. sumber cahaya dari kelip-kelip je... masa aku pergi tu tak ramai sangat orang.. mungkin ramai yang sibuk beraya lagi.. aku pun pakai baju kurung kot nak naik sampan tu.. nasib baik tak jatuh..

Utamakan keselamatan. Pakai lah jaket keselamatan..

Dalam sampan tu campur dengan tukang dayung,  ada 5 orang jumlah nya.. Jangan gatal-gatal nak dayung sendiri sebab orang yang pro je boleh bawak sampan tu malam-malam.. ye lah, takut dayung-dayung nanti tak jumpa jalan balik pulak.. Kelip-kelip tu akan berkelip di pokok-pokok tepi sungai. Yang best nya kita dapat pegang kelip-kelip tu.. bila pegang tu pegang elok-elok .. jangan picit-picit pulak kelip-kelip tu.. Ni dia rupa kelip-kelip..

nampak tak apa yang aku nampak?? hehe..


Aku cuba nak tangkap gambar kelip-kelip yang cantik tu tapi tak dapat capture la. Mungkin kalau pakai DSLR boleh nampak kot.. <sy bukan jurugambar pro>.. Dan kalau guna night mode, macam ni la yang nampak nya..

Kalau terer cerr cari mana kelip-kelip tu nyorok..

Seronok la jugak dapat tengok cahaya kelip-kelip ni.. Seboleh boleh nya jangan la guna lampu atau flash sebab nanti cahya kelip-kelip tu tak terang pulak.. Kelip-kelip ni snesitif sikit dengan cahaya..

Lelong-lelong!!  Baju-baju !!... 

Sebelum balik, kami singgah kedai cenderamata.. Sebagai kenang-kenangan aku beli la cenderamata sikit.. Nak beli baju dah tak muat almari.. Ni je la yang aku mampu beli...

comel kan? hehe..



p/s: ulat-ulat tu boleh picit-picit..


Sep 4, 2012

Pengalaman PTD Asessment Centre (PAC ) 2012...


Assalamualaikum salam sejahtera..

Selamat hari raya yang ke.... berapa ye? tolong kira kan.. hehe

Sabtu dan Ahad hari tu, aku pergi ujian PAC.. Apa tu ujian PAC? Okey, mari aku terangkan sikit.. korang ada tak apply online untuk jawatan sektor awam di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam? Atau lebih senang faham, kerja kerajaan la.. Kalau baru nak apply, ni ha LINK dia.. 

Aku tak ingat bila aku apply, tapi yang pasti, bulan 5 hari tu aku dipanggil untuk ujian bertulis bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di UM... Alhamdulillah, first time pergi, aku lulus. Selepas lulus ujian tu, ada lagi satu ujian lagi sebelum layak dipanggil untuk temuduga. Dan ujian itu dinamakan PAC.. <boleh faham kan?? kan??> 

Kalau sebelum ni, aku dah banyak jengah blog-blog sebab nak tau macam mana PAC tu. kali ni, aku pulak nak kongsi pengalaman... harap-harap dapat la membantu bagi mereka yang nak pergi PAC pada masa akan datang.. Selepas 2 hari pergi untuk PAC ni, bagi aku la, memang agak sukar jugak sebab aku bukan la seorang yang banyak bercakap.. Mungkin bagi mereka yang banyak bercakap dan dah biasa berdebat ni, mesti tak ada masalah sangat..

Hari pertama pukul 8 dah kena daftar.. Borang-borang dah siap isi dengan gambar sekali.. Mula-mula nak daftar dah kena timbang berat dan ukur tinggi.. Lepas tu ambil nombor badan dan kena tangkap gambar dengan nombor-nombor badan tu sekali.. lepas tu ambil kunci dan letak barang-barang dalam bilik.. aku dapat bilik untuk 3 orang.. ada yang 2 orang satu bilik.. malang jugak la hari tu, sebab lif rosak, terpaksa la angkat beg berat tu naik tangga sampai ke bilik di tingkat 4... 

Lepas letak barang tu, kena turun untuk dengar taklimat.. lepas tu bersedia untuk Modul 1.. kitorang dibahagi kepada 10 orang dalam 1 kumpulan... Modul 1 ada 2 aktiviti.. untuk aktiviti pertama, kami kena berbincang dalam satu kumpulan berdasarkan kes dan soalan yang diberikan.. kes yang kami dapat tentang satu syarikat Pengeluar bahan binaan.. macam mana strategi-strategi untuk membangunkan syarikat tu.. Aktiviti ke dua pula perbincangan dalam bahasa inggeris.. kes dia berkaitan "leadership style".. style mana yang sesuai diguna pakai dalam sesuatu organisasi.. 

Selepas tu, berehat untuk makan tengah hari dan solat zohor.. dalam pukul 2 bersiap untuk modul 2 dan 3.. Dalam modul 2, kami dalam satu kumpulan kena merancang satu  projek.. projek Sukan Roller Blade Antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur.. disamping menggalakkan industri pelancongan.. Kami perlu merancang secara terperinci termasuk lah dari segi belanjawan, hadiah, aktiviti, lokasi, jalan-jalan yang akan dilalui dan yang berkaitan. Masa perbincangan ni, kami di uji di mana selepas selesai buat keputusan jalan-jalan yang nak digunakan, ,kami dimaklumkan jalan-jalan tu akan ditutup kerana ada rusuhan atau perhimpunan.. jadi lokasi di tukar kepada Putrajaya.. Jadi, kitorang kena bincang semula untuk program ni.. selain tu, kitorang diuji juga dengan masalah-masalah lain.. contohnya kalau tiba-tiba hari hujan, macam mana kami nak teruskan program tu..  untuk modul kali ni peserta-peserta di uji kebolehan menyelesaikan masalah.. siapa yang dapat menyumbang idea-idea bernas dan siapa yang mampu mengawal sesuatu keadaan dengan baik..

Modul ke tiga pula adalah dalam bahasa Inggeris.. Kami diberi situasi di mana kami dalam keadaan darurat.. kami perlu memilih 5 orang dari 10 orang ahli kumpulan untuk terus hidup di sebuah 'bunker'.. jika tidak memilih 5 orang, kami hanya boleh hidup untuk 2 tahun sahaja kerana sumber yang ada adalah terhad...  masing-masing diberi watak dan bagaimana setiap orang mempertahankan diri masing-masing layak untuk terus hidup.. selepas tu, kami dalam satu kumpulan masing-masing berdebat siapa yang harus dipilih untuk keluar dari 'bunker' tersebut.. kali ni memang agak susah sebab masing-masing ada kepentingan.. secara peribadinya, memang aku nak semua hidup dalam bunker tu.. kau sanggup tak nak korban kan nyawa orang lain untuk kepentiungan diri sendiri? aku tak sanggup..

Selepas selesai modul 3, kami bersiap sedia tukar pakaian sukan untuk Modul 4.. Dalam modul 4 ni, kami diberi kumpulan yang baru.. kami dalam satu kumpulan perlu merancang step-step untuk senaman aerobik untuk 3 lagu.. selepas selesai aerobik, kami perlu lari 2.4 km.. memang memenatkan sebab kami bukan lari di trek yang mendatar,, kami kena melalui kawasan bukit yang agak tinggi jugak la.. aku dah lama tak bersukan, memang semput jugak la.. 

Lepas tu, semua balik ke bilik masing-masing.. dah melekit badan, haruslah mandi.. sebelah malam ada Modul 5 dan 6 pulak.. Pukul 8 dah kena berkumpul.. dalam modul 5 kami kena menjawab soalan untuk ujian psikologi/sahsiah.. nasib baik ada a, b,c... hehe.. dan kalau tak silap, ada la dalam 185 soalan... lenguh jugak la tangan nak jawab semua nya dalam masa lebih kurang sejam.. selepas tu, bersedia untuk Modul 6.. kami diberi tajuk dan di beri masa dalam sejam untuk siapkan power point.. satu  je slide.. aku dapat tajuk 'terrorism'.. untuk senang, diisarankan bawak la laptop siap-siap.. senang nak prepare power point tu.. tapi malam tu internet problem pulak.. dah la hp aku pon tertinggal kat bilik.. nak naik tangga memang tak sempat la.. broadband aku pon tak berfungsi.. nasib baik la ada sorang rakan ni baik hati bagi pinjam hp dia.. dapat la jugak definition 'terrorism' tu.. thankiu sangat.. power point tu sebenarnya  digunakan untuk presentation keesokan pagi nya.. so, tak kisah la nak tulis apa pun dalam slide tu.. yang penting kena present tajuk yang diberi dalam masa 7 minit.. 

Keesokan harinya, bersiap untuk Modul 7.. sebelum tu, sarapan dulu.. Dalam modul 7 ni, kami dalam satu kumpulan perlu melakukan satu wawancara.. Tajuk yang kami dapat, bagaimana mengatasi masalah golongan baru bekerja yang mempunyai perbelanjaan melebihi pendapatan.. Dan Modul 8 pula, masa nya untuk persentation tajuk yang di beri.. Aktiviti terakhir ialah taklimat dari SPA bagaimana persiapan untuk temuduga.. kalau layak la.. 

Untuk PAC ni aku rasa seronok sebab dapat berkenalan dengan kawan baru.. yang datang tu semua dari pelbagai latar belakang.. ada yang 10 tahun dah jadi cikgu.. lawyer pun ada.. aku? baru 8 bulan bekerja kot.. aku tak meletak harapan yang tinggi untuk lulus PAC ni.. apa yang penting adalah pengalaman.. ramai juga yang datang hari tu dah pernah pergi PAC sebelum ni..  kalau ada peluang pergi lagi, memang aku nak pergi.. kepada siapa yang baru nak pergi PAC, all the best.. dan kepada yang dah lulus tu, tahniah la...


p/s: sory tak ada gambar.. tk sempat nak snap..  aktiviti/modul PAC ni tak semestinya sama.. 



  

Aug 18, 2012

Salam Aidilfitri... 2012




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seperti yang telah diumumkan kat TV, tenet semua.. Esok hari raya.. Salam Aidilfitri semua.. Maaf Zahir dan Batin...


p/s: kenapa tiap tahun mesti nak letak gambar ketupat ek?? hehe.. 

Aug 16, 2012

Madu-madu ku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sekejap je masa berlalu.. dah 27 Ramadhan dah.. ada yang masih bekerja, ada juga yang dah start cuti.. macam aku la.. hehe.. tu la tujuan nya .. saje nak bagitahu yang aku tengah bercuti ni.. (dengan nada berlagak.. hehe..) bukan senang nak dapat cuti waktu-waktu macam ni.. nasib lah kerja-kerja aku ada yang tolong cover.. itu pun setiap hari ada je office mate call nak tanya itu ini.. Kalau ada 'private number' call , tak lain dan tak bukan mesti call dari ofis la tu.. apa-apa pun, cuti tetap cuti... luangkan waktu cuti ni dengan benda yang berfaedah..

Macam aku, target cuti ni nak tolong mak dengan persiapan raya.. dah aku sorang je anak dara ..ye dak? uhuk-uhuk... opss.. kakak aku pun anak dara lagi ye.. tapi dia tak sebertuah aku dapat cuti minggu ni.. tapi dia sebenarnya bertuah berganda-ganda sebab dapat cuti seminggu lepas raya okey.. beraya sakan la .. hmmm..

Ok dah.. cerr tengok tajuk entri ni.. Madu-madu ku.. ape tah kaitan nya dengan apa yang aku tulis.. sabar-sabar..  ni baru nak start la ni.. Pernah dengar Madu-madu Cornflake Sueperbs? siapa yang pernah dengar tu nampak bonar menipu nye.. aku baru reka kot perkataan-perkataan ni.. mari sini aku bagitahu.. ni ha Madu-madu Cornflake Sueperbs..

Madu-madu Cornflake..

Untuk mereka yang tak tahu, gambar di atas adalah gambar sejenis kuih raya.. nama sebenar dia Cornflake madu.. suka hati je nak tukar-tukar nama kuih ni kan.. tak pe la.. tukar sikit je. hehe.. bila dah penat buat, harus lah tangkap gambar dan upload.. buat kenang-kenangan gitu.. nampak warna macam meriah kan? walaupun bentuk dia ala-ala tak stabil, tapi rasa dia boleh la tahan.. tak percaya? datang la raya kat rumah.. hehe..

Ok lah... aku nak siap-siap buat kuih lain pulak.. harap-harap jadi la... 



p/s: kalau nak resipi sila google .. ^_*


Aug 14, 2012

Bola-bola Raya Sueperbs...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aiskrim.. aiskrim,, Nyum nyum..


Hai.. nak aiskrim kat atas ni? warna macam menarik.. tapi bukan aiskrim la.. hehe.. ni doh untuk buat kuih.. doh yang dah siap letak pewarna.. 

Ok.. aku sangat gembira sebab aku dah start cuti .. dari isnin sampai la raya... yeay! so, aku dah plan nak guna kan masa cuti ni untuk buat kuih raya.. walaupun aku tak pernah buat pun sebelum ni.. saje nak try.. mana la tau kalau sedap.. boleh buat bisnes.. ye dak? macam ada orang nak beli je kan..tak pe tak pe.. yang penting aku cuba...

Aku dah siap-siap beli bahan nak buat kuih raya ni dengan mak sebab aku tak tahu apa yang ada apa yang tak ada kat rumah tu.. so, untuk tidak membazir, mak la jadi assistant... hehe... 

Lepas sahur, dengan semangat nya, aku belek balik resipi yang aku dah google siap-siap.. lepas tu, bermula lah misi membuat kuih raya... aku buat sorang-sorang je ni tau... mak pun tak tolong.. mak nak tengok boleh tak aku buat kuih sorang-sorang.. tak pe.. mesti boleh punya.. 

Hmm.. Mula-mula, pukul minyak sapi sampai kembang.. lepas tu masuk kan tepung gandum .. bahagikan doh kepada 3 dan letak warna ikut suka... aku letak warna pink, hijau dan kuning.. lepas tu cantumkan la jadi bentuk bulat.. nak tau cama ne rupa nya? ni ha..

Ada rupa kuih tak? erkkk...

Uwaaa !!!.... kuih aku tak jadi.. tak boleh nak cantum.. tak boleh nak gentel kat tapak tangan pon... gentel sikit dah pecah..  ni pon aku main tekan-tekan guna jari je.. tu yang bentuk tah pape tu.. ok..masa ni semangat nak buat kuih dah memang down dah.. apa dah jadi dengan kuih aku ni?? 

Masa ni, mak pun datang la nak tengok apa jadi anak dara dia ni buat kuih.. haha.. memang tak jadi.. tepung terlebih kot.. tu yang sampai tak boleh nak bentuk tu.. kerana frust, aku tinggalkan je adunan-adunan tu.. tidur dulu .. nanti-nanti la aku fikir macam mana nak buat.. Zzzzz....

Tak lama tu, mak aku kejut aku bangun.. rupanya dia dah pergi kedai belikan minyak sapi.. mak aku pun kesian kot tengok aku.. (thankiu mak..) haha.. dah tu, tak kan nak biar je? aku pukul la lagi minyak sapi tu sampai kembang... dengan penuh harapan yanhg kuih aku masih ada harapan.. huhu.. bila dah kembang, aku campur balik kat adunan tadi supaya boleh dibentuk/gentel jadi bulat.. yang lebih tu uli lagi buat yang baru.. sebelum nak gentel, bagi mak cek dulu... okeyh.. lulus.. dah boleh gentel.. hehe.. akhirnya, jadi jugak bola-bola raya Suepebs aku ni.. 

Siap untuk di bakar...Warna warni tak? 

Tengok bola-bola raya Sueperbs tu cantik tak? meriah kan??.. walaupun ukuran dia ada sikit terbesar dan terkecik, sekurang-sekurang nya bentuk dia lebih baik la dari yang sebelum ni... kan? kan? hehe.. lepas di bakar pada suhu 180 darjah celcius.. tunggu dalam 20 ke 30 minit .. dan inilah hasil nya..

Bola-bola Raya Seperbs..

Lepas keluarkan dari oven, taburkan la gula halus kat kuih tu.. so, siap sudah satu jenis kuih raya.. rasa kuih ni sedap ke? nak tau, datang la rumah rasa sendiri.. itu pun kalau ada lagi.. hehe..lepas ni aku nak buat kuih raya lain pulak.. tengok la jadi ke tak..



p/s: nama sebenar kuih ni Bola Salji.. macam kuih arab tu.. cuma kuih yang ni warna warni sikit..

Aug 4, 2012

Bangkit dari kegagalan..





Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sekejap je rasanya dah masuk 2 minggu puasa dah.. Baru-baru ni aku pergi test JPJ kereta untuk kali ke dua.. setelah hampir setahun sejak gagal Ujian JPJ kereta haritu, aku nekad nak ambil lagi (aiceh ayat tak boleh tahan..)

Aku ingat lagi masa gagal ujian tu betapa kecewa nya aku... rasa macam hancur berkecai dah hati ni.. bukan satu tapi dua-dua (parking dan jalan raya) aku gagal... dah la guna duit mak ayah.. masa tu aku ingat lagi aku naik LRT tak turun-turun dari hujung stesen ke hujung stesen melayan fikiran yang berkecamuk.. nangis tu tak yah citer la kan.. hehe.. kecewa sangat tu.. alhamdulillah la masa tu tak terfikir nak buat benda yang tak elok...(refer entri ni)

Kawan aku , keluarga aku ada jugak bertanya bila nak ambil ujian semula JPJ tu... nampak gaya macam dah menyesal je nak ambil test tu lagi.. walaupun tempat kerja aku ni dah dekat sangat dengan pusat memandu tu, tapi tak pernah nak singgah...naik LRT pun tengok dari atas je tempat memandu tu.. 

So, entah macam mana hati ni tergerak nak try lagi.. instructor yang ajar aku pun ingat aku dah tak nak ambil ujian dah.. memandangkan sekarang tengah kerja shif, so boleh la ambil masa untuk belajar lagi 3 jam sebelum ujian sebenar.. pada asalnya aku plan nak ambil ujian waktu nak dekat-dekat raya tapi memandangkan tempat tu dah nak di renovate, so masa yang paling terdekat ialah minggu ni je.. lepas ni, kalau nak ambil ujian kena tunggu sampai siap renovate la.. agak-agak dalam bulan 9.. nak tak nak, aku ambil je la waktu tu.. kalau dah lepas renovate takut tak biasa pulak dengan tempat baru...

Aku tak bagi tahu siapa-siapa pun yang aku ada ujian JPJ hari tu.. aku ambil cuti pun aku tak bagitahu sebab apa.. even keluarga aku pun tak tahu.. kalau boleh aku tak nak siapa pun tahu.. at least kalau gagal pun tak ada lah kecewa sangat.. hehe..

So, hari tu aku dapat untuk sesi petang.. serius aku rasa aku hampir gagal dah.. kat bukit pun terundur.. aku tak tau la meter tu tak gerak atau aku yang salah tengok.. tapi nasib baik la tak undur banyak sangat... main agak-agak je la masa nak buat balancing tu...alhamdulillah berjaya... bahagian parking pulak aku dah terlebih masuk.. aku terpaksa buat lagi sekali.. alhamdulillah la sempat parking dalam masa yang ditetapkan tu.... tiga penjuru tak ada masalah sangat .. alhamdulillah... LULUS bahagian parking.. happy punya pasal, keluar je kereta, aku terus lari kat tempat JPJ tu ambil borang.. sampaikan terlupa nak ambil beg yang aku letak kat tempat duduk belakang.. nasib baik la orang pusat memandu tu perasan beg aku..

Lepas parking, ujian jalan raya pulak.. nervous ok.. aku rasa masa aku memandu tu, aku asyik sebut 'Bismillahirrahmanirahim' je.. aku rasa JPJ kat sebelah pun perasan kot.. Alhamdulillah , ujian jalan raya pun lulus walaupun tak dapat markah penuh... berkat bulan Ramadhan.. walaupun rasa letih sikit, tapi dengan doa dan pertolongan Allah swt, aku bersyukur sangat akhirnya aku lulus..

Tadi dapat call lesen dah siap.. balik kerja terus ambil.. heheh

lesen ada kereta tak ada .. 

Itu je la cerita pengalaman ambil lesen aku.. tu la.. dah tua-tua baru nak ambil lesen.. hehe...



Jul 27, 2012

Barisan Imam Muda Musim ke 3..




NAMA:MUHAMMAD RAMADHAN SUBKY
NAMA TIMANGAN:ADAN
UMUR:25 TAHUN
TARIKH LAHIR:5 MEI 1985
TEMPAT LAHIR:KUALA LUMPUR
PENDIDIKAN:UNIVERSITI ISLAM NEGERI SYARIF HIDAYATULLAH, JAKARTA
PEKERJAAN:PEGAWAI AGAMA
STATUS PERKAHWINAN:BUJANG
HOBI:MENUNGGANG KUDA, MENDAKI GUNUNG, BERENANG DAN FUTSAL
CIRI-CIRI PERIBADI:SEORANG YANG MUDAH BERGAUL DENGAN MASYARAKAT
KELEMAHAN:KURANG PENGETAHUAN TENTANG FAKTA DAN SEJARAH
MAKANAN KEGEMARAN:NASI AYAM
MINUMAN KEGEMARAN:OREN SUSU
MUZIK KEGEMARAN:NASYID BALADA
PENYANYI KEGEMARAN:AZWAN FAR EAST, BAZLI UNIC DAN FAKHRUL RAZI UNIC
PELAKON KEGEMARAN:-
FILEM KEGEMARAN:KETIKA CINTA BERTASBIH
IMEJ / STYLE:BAJU MELAYU DAN JUBAH
WARNA:BIRU TURQOISE





NAMA:MUHAMMAD NASIR BIN M.YAKUB ISMAIL
NAMA TIMANGAN:NASIR
UMUR:26 TAHUN
TARIKH LAHIR:3 MAC 1986
TEMPAT LAHIR:PANGKALAN SUSU, INDONESIA
PENDIDIKAN:PANGKALAN SUSU, INDONESIA
PEKERJAAN:GURU AL-QURAN
STATUS PERKAHWINAN:BUJANG
HOBI:MEMBACA BUKU, MELAYARI INTERNET & BERMAIN BADMINTON
CIRI-CIRI PERIBADI:SEORANG YANG SELALU MENJADI IMAM DI MASJID, SERING MENEGUR SAPA DENGAN SESIAPA YANG DITEMUI, SEORANG YANG LEMAH LEMBUT.
KELEMAHAN:MUDAH PERCAYA ORANG LAIN, BAHASA ARAB DAN INGGERIS
MAKANAN KEGEMARAN:SATAY KACANG
MINUMAN KEGEMARAN:JUS ALPUKAT
MUZIK KEGEMARAN:NASYID
PENYANYI KEGEMARAN:SAMI YUSOF
PELAKON KEGEMARAN:DEDI YUSUF
FILEM KEGEMARAN:FILEM ROMANTIK
IMEJ / STYLE:SMART, KEMAS DAN REALIGI
WARNA:COKLAT DAN HIJAU MUDA




NAMA:SYED MOHD FARIS BIN SYED ROSLAN
NAMA TIMANGAN:FARIS
UMUR:26 TAHUN
TARIKH LAHIR:20 SEPTEMBER 1986
TEMPAT LAHIR:HOSPITAL BESAR IPOH
PENDIDIKAN:DARUL QURAN JAKIM
PEKERJAAN:GURU
STATUS PERKAHWINAN:BERKAHWIN
HOBI:BERMAIN BADMINTON DAN SEPAK TAKRAW, MELAYARI INTERNET
CIRI-CIRI PERIBADI:SEORANG YANG PERAMAH DAN MUDAH BERGAUL DENGAN SESIAPA
KELEMAHAN:SEORANG YANG BANYAK MERAPU
LAKSA DAN ROJAK BUAH:NASI AYAM
MINUMAN KEGEMARAN:BANDUNG DAN TEH TARIK
MUZIK KEGEMARAN:NASYID DAN KITARO
PENYANYI KEGEMARAN:HAZAMIN (INTEAM), AZWAN (FAR EAST) DAN MUNIF HIJJAZ
PELAKON KEGEMARAN:AFDLIN SHAUKI DAN SAIFUL APEK
FILEM KEGEMARAN:KL GANGSTER
IMEJ / STYLE:BAJU RAIHAN DAN JUBAH
WARNA:OREN




NAMA:FAKHRULRAZI BIN IBRAHIM
NAMA TIMANGAN:ARRAZI
UMUR:25 TAHUN
TARIKH LAHIR:26 SEPTEMBER 1987
TEMPAT LAHIR:PULAU PINANG
PENDIDIKAN:INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI (IAIN-SU) MEDAN, INDONESIA
PEKERJAAN:MAHASISWA / GURU SEMENTARA
STATUS PERKAHWINAN:BUJANG
HOBI:BERMAIN BOLA SEPAK, BACA KITAB FIQH DAN SEJARAH ISLAM, MELAYARI INTERNER (FACEBOOK)
CIRI-CIRI PERIBADI:SEORANG YANG MUDAH DIDEKATI OLEH ORANG, SEORANG PERAMAH, SEORANG YANG MUDAH SENYUM DAN MENEGUR ORANG SEKELILING
KELEMAHAN:SUKA MENGKRITIK ORANG WALAU DALAM HAL-HAL YANG REMEH
MAKANAN KEGEMARAN:NASI KAMPUNG ULAM
MINUMAN KEGEMARAN:JUS AMRA DAN ASAM BOI
MUZIK KEGEMARAN:NASYID, JAZZ, POP BALADA DAN SLOW ROCK
PENYANYI KEGEMARAN:WEST LIFE, SAMI YUSOF, YUSOF ISLAM DAN MAHER ZAIN
PELAKON KEGEMARAN:SAHIEZY SAM
FILEM KEGEMARAN:HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
IMEJ / STYLE:SANTAI DAN KEMEJA LENGAN PANJANG
WARNA:UNGU DAN HIJAU DAUN PISANG





NAMA:OMAR BIN MOHD MOKHTAR
NAMA TIMANGAN:OMAR
UMUR:21 TAHUN
TARIKH LAHIR:28 JANUARI 1991
TEMPAT LAHIR:KUANTAN, PAHANG
PENDIDIKAN:UNIVERSITI SELANGOR
PEKERJAAN:MAHASISWA
STATUS PERKAHWINAN:BUJANG
HOBI:BERSILAT, MELUKIS, SENAMAN DAN MENULIS RENCANA
CIRI-CIRI PERIBADI:SEORANG YANG BERSEMANGAT TINGGI, SEORANG YANG PERIANG DAN PERAMAH
KELEMAHAN:SEORANG YANG SENSITIF DAN MUDAH TERKILAN
MAKANAN KEGEMARAN:KEUY TEOW KUNG FU
MINUMAN KEGEMARAN:LAICI SUSU
MUZIK KEGEMARAN:SLOW MUSIC DAN BALADA
PENYANYI KEGEMARAN:MAHER ZAIN , MUNIF DAN MAWI
PELAKON KEGEMARAN:P.RAMLEE
FILEM KEGEMARAN:PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM
IMEJ / STYLE:KASUAL DAN T-SHIRT BERKOLAR
WARNA:HITAM





NAMA:ABDUL RAHMAN NAUFAL BIN MOHD HATTA
NAMA TIMANGAN:NAUFAL
UMUR:21 TAHUN
TARIKH LAHIR:8 APRIL 1991
TEMPAT LAHIR:JOHOR BHARU
PENDIDIKAN:UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
PEKERJAAN:MAHASISWA
STATUS PERKAHWINAN:BUJANG
HOBI:BERSUKAN, MEMBACA MAJALAH, MENGULANG HAFALAN AL-QURAN DAN MELAYARI INTERNET
CIRI-CIRI PERIBADI:BERPEWATAKAN MENARIK DAN PEMALU, SEORANG YANG KEMAS DAN ADA KARISMA
KELEMAHAN:KURANG MAHIR DENGAN TEKNOLOGI TERKINI
MAKANAN KEGEMARAN:ROTI
MINUMAN KEGEMARAN:SUSU
MUZIK KEGEMARAN:R&B DAN SANTAI
PENYANYI KEGEMARAN:NAZRI JOHARI, ASRI RABBANI DAN MUNIF HIJJAZ
PELAKON KEGEMARAN:MATT DAMON
FILEM KEGEMARAN:BOURNE TRILOGY
IMEJ / STYLE:KASUAL DAN KEMAS
WARNA:PUTIH





NAMA:MEGAT MOHD ZAID BIN MEGAT AZMUDDIN
NAMA TIMANGAN:MEGAT
UMUR:26 TAHUN
TARIKH LAHIR:19 NOVEMBER 1986
TEMPAT LAHIR:GERIK, PERAK
PENDIDIKAN:UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR
PEKERJAAN:TIDAK BEKERJA
STATUS PERKAHWINAN:BUJANG (BARU TAMAT BELAJAR)
HOBI:BERBUAL BERSAMA KELUARGA, BERMAIN BOLA SEPAK, MELAYARI INTERNET DAN MEMBACA BUKU
CIRI-CIRI PERIBADI:SEORANG PERAMAH DAN MUDAH DIDEKATI
KELEMAHAN:KADANG-KADANG PELUPA
MAKANAN KEGEMARAN:AYAM MASAK MERAH
MINUMAN KEGEMARAN:TEH O AIS LIMAU
MUZIK KEGEMARAN:NASYID TRADISIONAL DAN KONTEMPORARI
PENYANYI KEGEMARAN:MAHER ZAIN , OPICK DAN HAFIZ HAMIDUN
PELAKON KEGEMARAN:JOHAN
FILEM KEGEMARAN:KETIKA CINTA BERTASBIH
IMEJ / STYLE:KASUAL DAN BERJUBAH
WARNA:HITAM, PUTIH DAN BIRU





NAMA:MOHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL KADIR
NAMA TIMANGAN:HAFIZ
UMUR:27 TAHUN
TARIKH LAHIR:23 SEPTEMBER 1984
TEMPAT LAHIR:KUALA LUMPUR
PENDIDIKAN:UNIVERSITI MALAYA
PEKERJAAN:MAHASISWA / IMAM MASJID
STATUS PERKAHWINAN:BERTUNANG
HOBI:MEMBACA BUKU AGAMA, BERMAIN BADMINTON DAN BERSENAMAN
CIRI-CIRI PERIBADI:SEORANG PERAMAH DAN MUDAH DIDEKATI, SEORANG SUKA MENEGUR ORANG LAIN
KELEMAHAN:SEORANG YANG MUDAH MERAJUK
MAKANAN KEGEMARAN:MEE HON TOM YAM
MINUMAN KEGEMARAN:MILO AIS
MUZIK KEGEMARAN:NASYID DAN BALADA
PENYANYI KEGEMARAN:MAHER ZAIN , USTAZ ASRI DAN SAMI YUSOF
PELAKON KEGEMARAN:ROSYAM NOR
FILEM KEGEMARAN:BULI
IMEJ / STYLE:BAJU KEMEJA
WARNA:BIRU





NAMA:ABDUL JABBAR B. MOHAMMED KAHAR
NAMA TIMANGAN:JABAR
UMUR:28 TAHUN
TARIKH LAHIR:30 JANUARI 1984
TEMPAT LAHIR:KAJANG, SELANGOR
PENDIDIKAN:AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)
PEKERJAAN:PENOLONG PENSYARAH
STATUS PERKAHWINAN:BERKAHWIN
HOBI:BERSUKAN, MEMBACA, UPDATE BLOG DAN AKTIVITI LASAK
CIRI-CIRI PERIBADI:SEORANG YANG SERING DIBERI JEMPUTAN UNTUK BERCERAMAH DAN KULIAH
KELEMAHAN:TIDAK BOLEH MEMBACA PADA KADAR WAKTU YANG LAMA
MAKANAN KEGEMARAN:NASI GORENG
MINUMAN KEGEMARAN:BARLI
MUZIK KEGEMARAN:KONTEMPORARI
PENYANYI KEGEMARAN:MAHER ZAIN / KUFFI / JAMAL ABDILLAH
PELAKON KEGEMARAN:NASIR BILAL KHAN
FILEM KEGEMARAN:KETIKA CINTA BERTASBIH
IMEJ / STYLE:BERJUBAH DAN BERKOPIAH
WARNA:HIJAU





NAMA:MOHAMMAD AZRI NAIM BIN MOHD KAMAL
NAMA TIMANGAN:NAIM
UMUR:21 TAHUN
TARIKH LAHIR:13 NOVEMBER 1990
TEMPAT LAHIR:JOHOR BHARU
PENDIDIKAN:UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
PEKERJAAN:MAHASISWA
STATUS PERKAHWINAN:BUJANG
HOBI:BERMAIN BOLA SEPAK, BERTARANNUM DAN MELAYARI INTERNET
CIRI-CIRI PERIBADI:SEORANG YANG MESRA DENGAN MASYARAKAT, SEORANG YANG PERAMAH
KELEMAHAN:PERASAAN MALAS SERING MENYELUBUNGI DIRI
MAKANAN KEGEMARAN:MEE BANDUNG
MINUMAN KEGEMARAN:LIMAU AIS
MUZIK KEGEMARAN:IRAMA PADANG PASIR
PENYANYI KEGEMARAN:NANCY AJRAM, SABAH FAKHRI DAN JAMAL ABDILLAH
PELAKON KEGEMARAN:ZAMARUL HISYAM
FILEM KEGEMARAN:HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
IMEJ / STYLE:SMART KASUAL
WARNA:WARNA CERAH DAN ELEGANT (HITAM)




SUMBER

lebih info di laman rasmi IMAM MUDA