sueperb pages

Nov 30, 2011

Awak suka saya tak??


Awak suka saya? betul ke ni? saya pun suka awak jugak.. erkk.. perasan lebih pulak.. hehe..

sebenarnya aku baru create a page untuk sueperbs.blogspot.com ni di FB.. ape daaa.. dah dekat setahun baru nak create page.. bukan apa, takut tak ada orang nak LIKE.. huhu... harap-harap ada la yang sudi Like ye..

Sila-sila LIKE..





Terima kasih, Syukran,Thanks, Arigato, Kansamida, Xie xie..






Nov 29, 2011

Segmen : Mencari Kucing tersembunyi



Segmen mencari kucing tersembunyi.. Boleh ke cari? Nak join segmen ni? klik SINI.. 


\\


p/s: RIndu sama kucing-kucing ku.. Bobo, Jaja dan Uda...




Sueperbs pagi 29 Nov 2011..









Nov 28, 2011

Jalan-jalan cari jodoh??


Semalam aku jalan-jalan di Jalan TAR dengan kakak.. hujung-hujung bulan ni memang ramai la yang bershoping kat situ.. SOGO.. hari-hari sale kot.. nasib baik la aku ni tak berduit, kalau tak memang dah menyogo sekali dah.. dugaan.. dugaan.. 

Untung lah dapat kakak yang pemurah.. nak jugak belanja adik bongsu sorang ni.. thats my only sister.. the best sister..  (hehe.. nak bodek lerr tu.. ) dan thanks jugak kat bro muz yang sudi melayan kerenah future adik ipar dia ni.. heheh

Masa jalan-jalan semalam nampak ada orang bagi flyers.. aku jalan belakang sorang-sorang.. aku tengok orang tu tak bagi pon flyers tu kat kakak aku.. bila aku lalu je, bersungguh-sungguh dia nak bagi flyers tu kat aku.. mulanya aku memang malas nak ambik.. tapi dah dia suruh ambik jugak aku ambik je la.. tak kena bayar pun.. lepas tu aku tengok la flyers apa yang dia bagi.. kot-kot la ada voucher free ke, diskaun ke.. tahu tak flyers apa? ni ha...




agensi cari jodoh..


cehh.. aku belum nak kawen lagi la.. haha.. so, korang-korang yang macam susah sangat nak dapat jodoh apa kata try benda ni.. hehe.. tapi aku tak berani jamin la kan boleh confirm dapat .. 




p/s: aku dah promote agensi ni, bagi lah komisyen sikit... ^_*




Sueperbs pagi 28 Nov 2011...








Nov 26, 2011

Sueperbs pagi 26 Nov 2011..










Nov 25, 2011

Rock dan ubat..


Rock? Jadi penyanyi rock ke? huh.. tak lah.. sebenarnya dari minggu lepas suara ni semakin hari semakin serak.. bila nak bercakap kadang-kadang tiba-tiba suara bertukar rock.. ahaha..  kena gelak je la..

Bila badan tak sihat memang rasa lemah sangat nak buat aktiviti lain kan.. minggu lepas aku balik ke kampung dalam keadaan yang tak berapa sihat.. sampai mencurah-curah air mata ni ha menahankan sakit kepala masa dalam perjalanan balik ke kampung.. alhamdulillah la lepas makan Panadol Actifast dua bijik  kurang sikit rasa sakit tu.. 



Oh ye, aku teringat ada pensyarah aku cakap makan panadol tu bukan nya menyembuhkan penyakit kita ( pening, demam).. panadol tu hanya mengontrol ( meng + control) minda kita yang kita tidak sakit.. oleh sebab itu lah kita rasa macam tak sakit walaupun sebenarnya sakit tu masih lagi ada..  ni boleh faham ke ni?? kalau tak faham pun buat-buat faham je la ye.. heheh

Macam abang aku, bila dia sakit demam ke batuk ke, dia akan pergi klinik ambil ubat dan surat cuti.. tapi ubatnya bukan dia nak makan.. dia nak cuti je.huh... katanya minum air putih banyak-banyak nanti baik la.. tak payah ubat-ubat...


p/s: jaga kesuhatan diri anda ye... ^_*



Nov 24, 2011

Dah ketagihan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hehe.. sebenarnya dari semalam melayan cerita Dream High yang baru aku perasan ada kat dalam external hd.. ada dengar-dengar orang cakap pasal cerita ni.. baru ku tahu drama ni ada siar kat TV8 masa hari minggu.. tapi yang dah di alih bahasa Mandarin la...

Well, thanks la kat kawan yang pinjam hard disk sampai berbulan-bulan tak pulang.. rupa-rupanya banyak cerita baru dia masukkan dalam tu.. banyak sangat.. entah bila nak tengok entah..

cerita dream high ni tentang pelajar-pelajar sekolah muzik.. ada dalam 16 episod.. satu episod je dah 1 jam lebih.. mungkin dua tiga hari baru boleh habis.. semalam tengok episod 5, ada satu lagu ni yang first time dengar aku dah terpikat .. bila dah terpikat mesti nak cari nak google lagu apa dan siapa nyanyi.. hari ni baru jumpa.. ni ha lagu dia..





ok lah.. nak sambung tengok cerita ni lagi.. bye bye blog.. ^_*




Sueperbs pagi 24 Nov 2011 ( spontaneous thursday )

Nov 22, 2011

Lagu-lagu tema pembakar semangat untuk Malaysia...

Memang tak dinafikan lagu pun boleh menaikkan semangat kita.. ni koleksi lagu-lagu dan iklan untuk Team Malaysia yang aku suka.. best lagu-lagu ni...


1) Lagu Gemuruh Suara.. lagu ni lagu tema SUkan SEA 2011 untuk Malaysia.. lagu ni full version punya.. 




2)  Iklan TM.. sokongan penyokong juga sangat diperlukan dalam setiap perlawanan..





3) Selamanya Harimau Malaya.. Lagu ni first time dengar kat radio aku dah suka dah.. puas aku cari lagu ni.. lagu dari Ultras Malaya ft Joe Flizzow..




4) A.U.B - Harimau Malaya( Black & Yellow DJ Biggie REMIX).. Black and yellow , black and yellow...



5) Lagu ni jumpa di web Malaysia football Team..









Bola bola bola.. Tahniah Malaysia menang lagi... Suka SEA 2011..



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Yeah.. rata-rata rakyat Malaysia semua mesti tengah bergembira dengan kejayaan Malaysia menentang Indonesia dalam Perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011 di Gelora Bungkarno tadi.. bukak Facebook semua status pasal bola.. apa lagi, LIKE la banyak-banyak..

Sebenarnya baru balik dari kampung.. Nasib baik la sempat sampai rumah sebelum perlawanan bermula.. kali ni aku tengok perlawanan bola kat rumah  je dengan kakak dan abang.. walaupun kami 3 orang je, tapi suasana nya aku rasa dah macam kat stadium dah.. siap KFC dan makanan semua hidang.. tension jugak tengok perlawanan kali ni.. aku rasa perlawanan ni lagi hebat kot dari Piala Suzuki AFF.. memang boleh tengok la pemain Malaysia bermain bersungguh-sungguh.. terutama bahagian pertahanan.. bagus!!..pertahanan Malaysia kali ni memang bagus.. kalau bahagian serangan mungkin banyak peluang tapi banyak yang terlepas.. 

Bila Indonesia dapat gol pertama, memang aku berharap sangat pemain-pemain Malaysia tak patah semangat.. bila Malaysia menjaringkan gol penyamaan, memang gembira sangat okey.. Cayalah Badrol Bakhtiar. memang layak jadi ketua pasukan.. dia bersungguh kejar bola dan hasil dari hantarannya berjaya ditanduk oleh Asra.. cantik okey tandukan Asra tu!!..





separuh masa kedua, Alhamdulillah Malaysia berjaya bertahan walaupun banyak juga di serang.. dan ada juga Malaysia menyerang tapi tak dapat gol jugak...

Yang paling membuatkan jantung macam nak gugur bila masa tambahan la..  bila Indon jaringkan gol masa masa tambahan pertama, aku dah kecewa gila dah.. tapi bila pengadil kata offside memang lega sangat.. alhamdulillah... dan masa masa tambahan ke dua pun ada jugak gol dari Indonesia.. tapi pemain dalam kedudukan offside.. lega okeyh!! 

dan akhirnya, penalti.. aku berharap sangat Apek dapat tangkap bola tu.. tapi dalam jarak yang dekat tu agak susah nak cakap la kan.. Alhamdulillah dua tendakan penalti Indonesia tak masuk.. harapan terakhir  tendakan dari Badrol Bakhtiar... mulanya aku tengok tendakan Badrol tu ditampan oleh penjaga gol Indonesia.. lepas tu bila bola tu masuk dalam gol , aku terdiam okey.. bila kakak aku mejerit baru aku menjerit.. akhirnya, selepas berusaha keras baru lah Malayisa menang.. dapat juga mempertahankan kejuaran.. dan membuktikan Malaysia juara bola sepak di Asia Tenggara..


 Saksikan babak-babak penalti Final Sukan SEA Malaysia vs Indonesia ni.. (credit to sokernet.com)

dan Oh ye.. bukan pemain bola sepak je boleh cedera ye.. penonton bola sepak pun boleh cedera walaupun hanya menonton di rumah.. contohnya macam abang aku la.. tangannya cedera berdarah terkena kipas syiling sebab melompat masa Malaysia gol.. tapi gol tu offside.. nasib baik lah cedera ringan je.. so, berhaiti-hati la ye walaupun hanya tengok bola kat rumah pon masih ada risiko mendapat kecederaan.. hehehe..


p/s: perlawanan kalini memang penuh dramatik..


Nov 18, 2011

Usha-usha BN Youth Job Fair di PWTC



Cerita pasal Job Fair lagi! Kali ni BN Youth Job Fair pulak.. BN Youth Job Fair di PWTC baru start harini.. 18 - 20 November... Aku pergi hari ni sebab sabtu ahad aku tak ada di sini.. Aku akan balik kampung lagi.. ada majlis kenduri sepupu Ahad ni.. Orang-orang Batu Pahat semua, I'm coming !! huhu.. 


Ok lah, macam tak lengkap pulak rasanya kalau tak letak gambar.. Ni antara gambar yang sempat aku snap.. 

Selamat datang ke BN Youth Job Fair..


penyelam ni sesat sampai ke PWTC.. hehe


kalau nak try naik motor ni pun boleh.. 


selain BN Youth Job Fair, kat situ pun tengah di buat Malaysian Food Festival.. 



4 gambar je cukup tak? hmm.. pun boleh la ye.. ni je la yang sempat.. lagipun tak berapa sihat la hari ni.. hidung ni asyik meleleh je.. tanda-tanda nak demam la ni.. huhu.. harap-harap dapat melawan penyakit ni..

^_*


senarai company yang terlibat klik SINI




Nov 17, 2011

Indonesia vs Malaysia [SEA Games 2011]


Hooorayy.. walaupun ini baru perlawanan dalam peringkat kumpulan untuk ke separuh akhir Sukan Sea, tapi rasa gembira sangat sebab Malaysia berjaya tewaskan Indonesia selaku tuan rumah.. Jaringan gol tunggal dari Syahrul Azwari.. Maksudnya Malaysia lah juara dalam kumpulan A kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kumpulan A...

Jom saksikan babak-babak jaringan gol dari pasukan Malaysia ni...





lepas ni untuk perlawanan separuh akhir jadual perlawannya ialah


19 November 2011
Malaysia vs Myanmar - 5 petang
Indonesia vs Vietnam - 7 malam


Semoga Harimau Malaya akan terus berjaya.. go  Malaysia go..



Kelas sudah tamat ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam semalam kelas terakhir untuk kursus bahasa Mandarin di Kolej Komuniti Shah Alam.. Di bawah program 1 Malaysia.. Sekejap je rasa nya 32 jam tu.. Alhamdulillah, tamat sudah.. So, boleh lah ye bercakap dalam bahasa Mandarin lepas ni... ahaha.. baru belajar 32 jam jangan nak berlagak sangat lah ye.. banyak lagi yang kena belajar.. sikit-sikit cakap boleh la.. lepas ni kalau boleh nak teruskan untuk bahasa Mandarin tahap lebih advance pulak..

Xian zai wo yao (Sekarang saya nak) kongsi gambar-gambar masa di kolej Komuniti Shah Alam.. 



Ni gambar masa kelas pertama.. ada lah dalam 20 orang..


Ini lah Ms Susan.. Wo de Lao Shi (My teacher) ..  Wo de Lao shi hen mei he ke ai... (hehe.. cerr la translate ).. saje tulis guna bahasa Mandarin sikit-sikit.. praktis.. kata dah tamat kelas ye dak?! hehehe


Yang ini masa kelas terakhir.. 10 orang je tinggal.. yang lain? ada yang tak dapat datang atas sebab-sebab yang munasabah.. 


3 orang je student perempuan.. yang lain semua lelaki yang gagah lagi perkasa (gagah ke???). heheh


bila lelaki lagi ramai macam ni la jadinye.. 


yeah.. amoi-amoi.. wo men hen hao..


ucapan untuk Lao shi..


penyampaian hamper kepada Lao shi.. 


mendengar sepatah dua ribu kata dari Pengarah Kolej..


Muka over eksaited dapat sijil..


yeah dapat sijil.. 


Muka-muka happy dengan sijil.. mak ayah ! kami dapat sijil !


candid yang tak berapa nak candid.. peace yo..


1 Malaysia.. 


berat hati rasa nak tinggalkan kolej.. sebelum turun lif pun sempat tangkap gambar lagi.. huhu



tu je lah gambar yang dapat dikongsi.. actually ada 8 orang dalam kelas ni adik beradik.. ada yang sepupu..   masing-masing ada hubungan keluarga la kiranya.. sebab tu lah gambar-gambar ni nampak macam meriah je.. 

banyak lagi jenis kursus yang ada selain kursus bahasa ni.. yuran pun tak mahal sangat.. kursus nya pun jangka pendek.. ada yang dua hari je.. anda akan dapat sijil dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tau.. rugi tau kalau tak join.. (aiceceh promote lebih pulak..) benda baik kena kongsi.. kan? kan?  ^_*


p/s: gambar-gambar ni di ambil dari fanpage KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM








Spontaneus thursday..








Nov 16, 2011

Melaka River Cruise.. + gambar


Ni aku pergi minggu lepas.. lepas balik dari kenduri nikah Pak Cik di Johor, aku dan mak ayah singgah di Melaka.. dulu pernah singgah tempat ni tapi tak naik pon Melaka River Cruise ni.. So, minggu lepas dapat lah jugak merasa naik cruise.. walaupun tak sebesar Titanic.. heheh.. 


Tiket RM 10 untuk dewasa..  RM 5 untuk belum dewasa..


Pintu gerbang. Tak nampak sangat sebab time ni matahari terik memancar..


Pandangan dari atas jambatan..


kosong.. guard bawak kami ke tempat beli tiket.. sebab kami dah sesat tak tau nak beli tiket kat mana.. So dapat merasa naik cruise percuma sebelum naik yang kena bayar..


wajah-wajah excited..


sedang menikmati pemandangan Melaka..


tak tau apa nama benda tu.. macam eye on Malaysia tapi ni kecik sikit kot..


orang kat dinding tu tengah menconteng dinding.. 


meriam.. bolehla kalau nak main masa malam raya ke.. 


budak ni asyik suruh aku tangkap gambar dia je.. walaupun aku tak kenal .. aku tangkap je. bulat nya mata.. 


monorail yang ketot..


Kampung Morten.. guard cruise tu cakap kalau malam lagi cantik..


Rumah Kampung yang masih dikekalkan..

cantik.. rumah siapa ni? mintak izin nak tangkap gambar ye.. hehe


Ni je lah gambar yang dapat ku kongsi.. banyak lagi gambar tapi kalau nak upload semua, sehari semalam belum tentu siap.. huhu.. lain kali nak try naik cruise ni malam-malam pulak lah.. siapa nak belanja? 









Sueperbs pagi 16 Nov 2011..








Nov 15, 2011

Aku dan Mak..


img crdt to google..



Selalunya tiap hari mak akan kol aku.. mak tahu aku malas nak top up hp.. (kadang-kadang aku kol jugak laaa...) bila sorang-sorang bosan dekat rumah mulalah mak kol anak-anak dia..  memandangkan aku anak yang paling tak busy buat masa sekarang ni, memang aku lah selalu akan mak kol.. sekadar bertanya khabar dan melepas rindu.. tambahan lagi aku anak last.. orang kata anak last ni selalu anak manja.. ye ke? hmm.. tak ada lah.. biasa je.. semua mak layan sama..  bila mak kol..

Mak : Hello, Assalamualaikum
Aku : Waalaikumussalam
Mak : Buat apa tu?..
Aku : Tengok TV / Main tenet /  basuh baju / bla bla bla...
Mak : Dah makan ?
Aku : Dah.. dah masak tadi..
Mak : Masak apa?
Aku : Biasa lah..
Mak : Mi goreng?
Aku : Tak..
Mak : Mihun goreng?
Aku : Tak..
Mak : Kuetiow goreng?
Aku : Tak..
Mak : Nasi goreng?
Aku : tak la..
Mak : Habis tu masak apa?
Aku : Nasi goreng cendawan ( nasi goreng lah tu.. hehe )
Mak : Haha.. dah agak. tu je la yang kau pandai masak..
Aku : Haha.. masak lah jugak tu...



perbualan yang selalunya sama je setiap kali kol.. bertanya khabar.. dan yang penting mak nak dengar yang aku dah makan.. sebab mak risau sangat kalau aku tak makan.. bila balik rumah mak kata aku dah semakin kurus.. sebenarnya aku rasa sama je. lagi bertambah berat ada lah.. well, itu yang mak aku nampak.. so seboleh-bolehnya aku  tak nak mak aku risau...

sayang mak.. sayang semua ahli keluarga aku..




p/s: Hehe.. nampak tak.. tak berkembang langsung.. tahu masak yang goreng-goreng je.. erkkk.. dah tu je aku suke makan.. heeee






SEGMEN: TINGKATKAN FOLLOWER ANDA DENGAN SEKELIP MATA





Jom join segmen pepagi buta ni.. hehe.. tengah-tengah jalan-jalan di alam maya terjumpa pulak segmen ni.. segmen senang mestilah nak join.. okeyh.. tuan punya blog ni suruh bagitahu apa yang suka dan tak suka pasal blog nya..  first time masuk blog ni.. apa yang saya suka blog ni cantik macam tuan blog dia.. hehe.. yang tak suka pulak .. emmm.. pasang lagu kat dalam blog kot.. bukan lah tak suka lagu yang ada tu.. kadang-kadang memang seronok dengar lagu-lagu best.. masuk-masuk je boleh dengar lagu best... tapi dalam kes saya ni.  suka open new tab banyak-banyak bila blogwalking sebab malas nak tunggu blog loading satu-satu..  bayangkan setiap blog ada lagu .. fuhh.. bercampur-campur lagu main dalam satu masa... nak cari button pause pun kadang-kadang tak jumpa.. pening jugak tu.. hehe.. 

So, anda-anda semua kalau nak join dan nak tahu maklumat lanjut boleh klik kat SINI



Nov 13, 2011

"GIVEAWAY SIMPLE : KEYCHAIN DARI PADANG BESAR"





Siapa nak keychain dari Padang Besar? hehe.. pernah pergi Padang Besar 2 kali je.. itu pun masa belajar di Matrik Perlis.. Memang banyak barang ada kat situ.. banda yang paling nak beli masa pergi Padang Besar dulu ialah Teddy Bear.. dan dapat jugak lah satu Teddy Bear besar .. ayah yang belikan.. hehe..


siapa nak keychain dari Padang Besar join lah giveaway ni.. nak join boleh klik SINI..



Nov 12, 2011

Make up Wanita vs Make up Lelaki..



Kalau wanita make up tu memang biasa kita lihat tapi kalau lelaki make up macam mana ye? kalau artis lelaki make up boleh terima lagi.. tapi kalau kawan-kawan laki atau teman-teman lelaki korang make up korang rasa macam mana rupanya? hmm..

aku tak tahu la kalau ada lelaki yang make up pakai bedak kosmetik mahal-mahal mengalahkan perempuan.. apa sekali pun, terpulang la kat korang macam mana cara korang menjaga penampilan diri.. aku tak boleh nak cakap lebih-lebih pasal make up ni.. serahkan pada yang pakar ye.. hehe

yang ni pakar-pakar make up dari youtube... Maria Elena untuk tutorial make up wanita dan Aman Wan untuk tutorial make up lelaki... tengok lah.. tergelak-gelak aku tengok terutama yang make up laki tu..














Sueperbs pagi 12 nov 2011...










Nov 11, 2011

Bila jumpa mentua...



Jumpa mak mentua? bila? hehe.. bukan aku la.. Tadi aku tengok Wanita Hari Ini.. Topik yang dibincangkan tentang bila anak bawa bakal menantu pulang... ada penonoton ni telefon dia tak suka calon menantu yang anak dia bawak .. macam mana agaknya ye rasa bila nak bawak calon yang kita pilih jumpa ibu bapa? mesti debar-debar... macam-macam bermain dekat fikiran.. kalau mak ayah yang sporting, kurang la sikit rasa berdebar tu .. kalau mak ayah yang cerewet dan serius, hmmm... susah jugak tu nak memikat hati bakal ibubapa mentua ni.. tambah-tambah lagi kalau mak ayah dah ada calon pilihan hati.. mesti ada je yang tak digemar..

Aku memang tak ada pengalaman di bawa jumpa bakal mentua.. mahupun bawa calon pilihan jumpa mak ayah.. tapi kalau teman abang jumpa bakal mentua pernah la.. hehe.. walaupun hanya teman sahaja, tapi ada jugak la rasa takut .. (macam mentua aku pulak kan).. hehe.. aku respek dengan abang aku sebab dia berani pergi rumah kakak ipar aku walaupun baru berapa hari je kenal.. tak macam mereka yang bercinta bukan main lama tapi mak ayah pun tak pernah jumpa.. itu menunjukkan mereka mereka memang tak serius pon dalam perhubungan.. mereka hanya bercinta sebab nak suka-suka je.. betul tak? hmm..

so, korang yang belum kahwin tu dah sedia ke nak berjumpa bakal mentua.. atau korang memang dah kamcing dah dengan bakal mentua korang? hehe.. kalau suruh mak ayah carikan tak yah nak risau-risau kan? ok main-main je.. aku tak terfikir pun nak kahwin buat masa ni.. perjalanan masih jauh.. 



p/s: selamat bertunang kepada kawan seUniversiti yang dah nak bertunang bulan depan setelah 5 sem bercinta..Alhamdulillah..



Nov 10, 2011

Rindunya.. seminggu rasa macam setahun..




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apakhabar anda di sana.. harap-harap sihat hendaknya.. saya di sini sihat sejahtera.. ahaha.. macam tulis surat zaman dulu-dulu pulak.. yeah.. rasa janggal pulak nak menaip setelah hampir seminggu terpaksa tinggalkan blog..

Alkisah nya, sehari sebelum hari raya Qurban hari tu, aku balik ke rumah mak ayah.. sementara menunggu, aku pun macam biasa la berjalan-jalan di alam maya ni.. bila mereka sampai nak ambil aku baru lah terhegeh-hegeh nak kemas beg.. masuk kan laptop semua..

bila sampai rumah, dengan eksaited nya nak mengupdate blog kononnya nak ucap selamat hari raya, rupa-rupanya, terlupa nak masukkan brokben dalam beg nya.. makanya, melopong la depan laptop tak tau nak cakap apa.. hehe.. 

wah.. memang betul rindu kat blog ni.. nak makan teirngat blog, nak tidur teringat blog.. hehe.. 

hari ni baru lah dapat bukak blog ni.. huhu.. selamat kembali ke blog.. ^_*