sueperb pages

Jun 9, 2011

Johan Asari a.k.a. Botak

Kenal tak Johan Asari atau Johan Arif?? Bukan Johan Raja Lawak tu.. Yang ni Johan Asari pelakon Juvana yang memegang watak sebagai Botak.. Ni profil Botak dalam cerita Juvana...





Di kala orang lain asyik bercakap pasal SETH dan Nora Elena, aku pulak sibuk dengan Botak ni.. haha.. bukan apa, antara Nora Elena dengan Juvana aku lebih suka tengok Juvana sebab cerita Nora Elena tu lebih kepada cerita cinta dan romantik.. adaptasi dari sebuah novel.. (sekarang ni dah kurang minat novel sebab lambat sangat nak habiskab satu buku.. heh)..


Cerita cinta-cinta ni macam dah biasa sangat kot main kat TV, wayang.. Cerita juvana arahan Faizal Ishak ini lebih kepada kisah budak nakal yang kebanyakan berpunca daripada masalah keluarga atau dengan kata lain berpunca daripada rumah... kisah cinta mungkin ada tapi sikit-sikit je kot.. 



Berbalik kepada tajuk utama iaitu Johan Asari... Dalam Juvana, dia seorang yang serius dan ganas tetapi realitinya Johan Asari ni seorang yang kelakar. Selepas melakonkan episod pertama dalam Juvana lagi, ada yang sudah memanggil namanya Botak.. Ini menunjukkan betapa berkesan nya watak yang dilakonkan olehnya.

gangster wo..

Johan Asari adalah penunutut Kolej Universiti Islam Melaka dalam bidang Diploma Kaunseling dan masih mempunyai 3 semester lagi untuk tamat pengajian. Johan juga berasa sangat beruntung kerana berpeluang berlakon sebaris dengan nama-nama hebat seperti Bront Palare, Zahiril Adzim, Beto Khusairy dan Datuk Kuswadinata. 
Johan Asari yang mepunyai minat untuk berlakon sejak kecil ini begitu bersungguh untuk berlakon sampaikan pernah menangis di lokasi kerana tidak mengekalkan intonasi dan gaya lakonan. Johan juga pernah tidak sengaja memukul rakannya sehingga berdarah dan lebam akibat terlalu menghayati wataknya.


Rupa-rupanya Johan juga berkemampuan menghafaz dua juzuk Al-Quran di mana dia juga pernah menuntut ilmu agama di Jambi dan Batam, Indonesia selama setahun.. Walaubagaimanapun, Johan berhenti kerana tidak tahan dengan displin ketat di situ. 


Keluarga Johan menyokong minatnya dalam lakonan dan tidak pernah menghalang minatnya asalkan dia tahu menjaga nama baik keluarga..


Begitulah serba sedikit info mengenai Johan Asari a.k.a Botak... 


antara pelakon-pelakon Juvana.. (Ayam,Panjang,Fit,Botak dan Apek)



p/s: tak sabar nak tengok episod 8 pulak Isnin ni.. 9 malam di TV3...


7 komen SUEPERBS...:

Unknown said...[Re perbs]

COP! botak eyfa punyaaa! ahhaa

nurul afika said...[Re perbs]

uihh..suka botak jugak ! hehe

sue perbs.. said...[Re perbs]

haha.. botak pon botak la...

Senorita said...[Re perbs]

alamak, saye pon suke botak!!

botak punye ganas tu memikat hati i u..

huhu..

anumuchan said...[Re perbs]

thanks visit my page :) first time dgr pasal johan asari ni..huhu

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Senorita : hehe.. ganas-ganas pun ramai suke ye
@アヌム ちゃん : thanx visit sini jugak.. siapa yg suka tengok Juvana mesti tau.. hehe

Unknown said...[Re perbs]

botak style !