sueperb pages

Sep 30, 2011

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi..

Salam Jumaat.. sudah potong kuku ke belum? 








Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.



sumber credit to HERE..

Sep 29, 2011

Spontaneous thursday ~2~




Sep 28, 2011

Johan Asari, botak Juvana, Johan Arif, Johan Asari Juvana, Johan arif Asari, Johan Arif Juvana, Johan Asari Fasha? semua nya sama la..

Ni statistik search keyword untuk blog ni untuk hari ni..







samseng ke??

Haha.. banyaknya nama dia.. ramai pulak yang cari pasal Johan Asari ni walaupun drama Juvana dah Habis lama dah.. Ni mesti kes drama baru yang Johan Asari berlakon.. Cinta Elysa.. Ye.. aku pun tengok jugak cerita ni la.. sebabnya Johan Asari berlakon.. walaupun wataknya dalam drama Cinta Elysa tu macam agak samseng, tapi  ramai yang suka ye?? 

bagi yang terlepas tengok Cinta Elysa boleh tengok kat TONTON..

Twitter @johanasari


Ni gambar-gambar Johan Asari ( pinjam dari Twitter)







Cute nye kucing tu... 






Sep 27, 2011

Dah okey..



Beberapa hari lepas mood agak down bila blog tak boleh masuk.. sekarang dah ok dah... mungkin masalah antivirus kot.. dah biasa dengan kaspersky bila tukar antivirus lain rasa tak biasa pulak.. 

HArini agak jauh aku berjalan.. pagi belajar kereta petang ada interview.. bila lah nak dapat lesen P ni.. huhu.. tadi masa memandu kat jalan raya aku tak sedar yang aku pegang stereng satu tangan je.. macam dah pro sangat lah tu?? ( ptuihh).. nasib baik cikgu yang mengajar tu tegur tadi.. kalau tidak memang dengan bongkak dan sombong lah aku memandu macam tu.. kalau test JPJ nanti macam mana la kan.. entah-entah nak toleh side miror pon takut.. takut nak tengok muka pehgawai JPJ tu..

masa balik dari kelas tadi ada dua kereta berlanggar.. tak ada yang mati cuma kereta tu la yang teruk.. bumper sampai tercabut.. cermin pecah.. nampak mangsa langgar macam Mat Salleh... berhati-hati di jalan raya ye.. tau lah korang ada lesen.. guna kan lesen sebaik mungkin... kereta besar dan laju macam mana pun, kalau dah eksiden hancur jugak.. 

Sekian.. selamat malam.. 







Sep 25, 2011

Wordless Day...








Blog ni kena malware ke??


Assalmualaikum.. good morning..

Tadi bukak blog ni tiba-tiba keluar ni...

Malware detected..


cis.. berani malware menyerang blog ni? mungkinkah sebab virus Kaspersky ku dah expired? ape jadah la malware ni... buat cuak aku je..

tak kisah la malware ke apa pun, aku tak kisah.. nak harm komputer ni? tipu je tu.. proceed je ok.. tak ada effect pun benda ni.. hmmm.. sabor je la pagi-pagi ni..





Sep 24, 2011

What you give you get back...


MAcam tajuk lagu je .. heee

Sebenarnya apa yang aku maksudkan kat sini ialah prestasi blog.. Ye la kan.. blog aku ni bukan la macam blog-blog otai tu.. suam-suam kuku je.. kalau ada yang datang pun sebab google nama-nama lain.. yang tersesat tu biasa la... 

Itu lah gunanya blogwalking.. membaca blog-blog orang lain... kalau nak datang balik silakan, kalau tak sudi nak datang pun tak apa lah... tak kan nak paksa pulak kan.. blogwalking juga boleh menambah pengetahuan.. dan mengembangkan minda..

Ping blog? yang ini aku tak pernah buat.. nak post kat akaun facebook sendiri pun jarang.. ni kan pulak nak post kat group-group facebook.. huisyh.. tak pandai la nak promote.. (segan.. ceit!!)

Dulu aku selalu terpegun dengan jumlah-jumlah follower yang ramai.. nak bandingkan dengan follower aku yang ciput ni..  tapi tak semestinya banyak follower, banyak pengunjung.. kan? kan? 


 cuba tengok kat bawah ni...


Pageviews today = 1,355


Sepanjang berblog, ini je lah pencapaian terbaik yang pernah sueperbs.blogspot.com ni capai... sekarang ni 100 pageviews pon payah.. hehehe.. 

Rindu nak dapat pageviews 1000 ke atas... dulu-dulu pernah dapat.. tu pun sebab aku rajin update pasal cerita Juvana, Imam Muda dan kadang-kadang pasal bola.. kontroversi tak ada ke? huhu.. seboleh-bolehnya aku nak mengelak tulis pasal kontroversi kat blog ni.. bagi clean dari segala kontroversi.. hehe.. bukan apa.. kalau tulis kontroversi yang tak betul, takut jadi fitnah pulak.. tak mo tak mo..



Apa-apa pun, cuba tanya diri sendiri... apa tujuan sebenar anda buat blog? cerr citer sikit.. 

Selamat berblog semua para bloggers seluruh dunia.. 




MY KIDS AWARD ..


TV3 My Kids Award..


Siapa tengok TV3 My Kids Award tadi?? yang ni senarai penerima anugerah untuk kategori-katogori yang dipertandingkan.. 

Best Kid Actress - Mia Sara Nasuha
Best Kid Actor - Fimie Don
Best Female Singer - Dayana (Idola Kecil)
Best Male Singer - Azzam (Idola Kecil)
Cutest Character - Upin Ipin
Awesome TV Show - Upin Ipin
Coolest Host - Fimie Don
Most Inspirational Host - Aznil (Pak Nil)
Most Inspirational Artist - Bunkface
Favourite Idol - Dato' Dr Sheikh Muszafar





Ni award nya.. awrd paling nampak sedap...


Sep 22, 2011

Istiadat konvokesyen UiTM ke 75 - cara cek denda dan saman..

Dah cek saman/denda ke belum?

Ramai pelajar UiTM dok tengah kecoh pasal saman dan denda .. ada yang kena saman sampai beribu-ribu.. kebanyakannya kes parking.. tempat parking memang tak cukup tambah-tambahan lagi kat kampus Shah Alam.. (kampus lain tak pasti pulak..) .tu lah siapa suruh bawak kereta .. lain kali naik bas je macam kami.. jimat pun jimat.. wahaha.. ( gurau aje.. ) 

Tapi kalau saman sampai beribu-ribu tu mau habis duit gaji berapa bulan.. kalau dah bekerja tak apa lagi.. kalau yang masih menganggur tak dapat kerja lagi tak ke payah tu.. kalau tak bayar saman, tak boleh konvo.. fuhh.. pandai-pandai la korang selesaikan saman atau denda ni ye... tak dapat den nak nolong..

Berbalik kepada tajuk utama.. macam mana nak tau ada denda ke saman?.. kalau nak cek boleh klik SINI..

Masukkan no kad pelajar dan IC.. kalau tak ada tunjuk apa-apa denda atau saman maksudnya korang bebas la dari apa-apa denda dan saman..


screen shot dari web konvokesyen UiTM


kalau korang tak ada saman/denda, dia akan keluar macam kat bawah ni

Alhamdulillah.. bebas dari saman..


Jangan lupa cek bil konvo ye... Yuran konvo pun kena settle jugak.. nak cek Bil boleh klik SINI





Spontaneous thursday..



Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok -olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olakkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan (ialah) panggilan buruk sesudah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat ayat 11)

Sep 21, 2011

Malaysia vs Japan (kelayakan olimpik..) .. keputusan..


Malaysia 0 - Japan 2



Perlawanan pertama kumpulan C kali ni , keputusannya Malaysia tewas.. Japan 2 - Malaysia 0...

Jaringan gol pada separuh pertama dijaringkan oleh Higashi Keigo.. Manakala jaringan gol pada separuh masa ke dua dijaringkan oleh Ryohei Yamazaki... Khairul Fahmi Che Mat banyak menyelamatkan gol.. apapun, walaupun tewas malam ni, Malaysia tetap di hatiku... Go Malaysia...



iklan TM ni best jugak.. jom tengok... Ramli pemain Manchester United? hehehe...







FB buat pembaharuan lagi... suka ke tak suka?



Siapa yang tengah online Facebook mesti perasan kelainan kat Facebook korang.. dulu masa dia buat pembaharuan kat bahagian chat, aku terus tak mau on chat dah.. aku akan hide bahagian chat tu.. macam serabut je chatbox dok kat tepi.. lagipun siapa la nak chat dengan aku ni ( hoho.. ayat sedih)

sebelum tu ada tak dapat email dari facebook macam ni..



yang ini aku suka.. Facebook akan hantar less email .. kalau dulu setiap kali ada notification, dia akan keluar kat email.. kali ni dia akan buat summary je.. dan sebab tu jugak inbox aku dah sampai 7000 lebih.. tu pun aku dah padam sikit-sikit.. dan iklan-iklan atau group update semua aku jadikan spam..  kalau tak memang penuh inbox dengan email dari Facebook..


Real time update..

kalau yang ini nak kata suka tak jugak.. tak suka pun tak jugak.. sebab benda ni kecik je.. tak bagi impact sangat kat pemandangan facebook tu.. boleh tengok status dan komen kawan-kawan.. ok la kot.. 


gambar uploaded

kalau korang perasan, bila upload gambo dia akan susun satu-satu.. tapi yang ni susunan dia lain sikit... dan dia akan lebih fokus kepada muka.. fuhh.. ni yang aku segan nak upload gambo dah lepas ni.. (ahaha)..


pembaharuan memang perlu untuk penambahbaikan.. cuma sama ada pembaharuan tu boleh diterima atau tidak.. sama juga seperti manusia.. manusia juga boleh berubah kan.. 








Bab! dan Khinzir ...


Haip! ape mencarut ni.. jaga sikit mulut tu.. 

Teringat masa kecik-kecik dulu.. masa zaman sekolah tadika dulu.. dah start pergi sekolah.. kakak dan abang aku selalu cakap.. tak boleh mencarut, kalau mencarut kena bayar seposen.. suatu hari tu aku tercakap "Bodo".. tak ingat pasal apa.. lepas tu, kakak aku kot perasan.. tak pasal-pasal aku kena bayar seposen kat dia... lepas tu aku tak mau mencarut dah.. 

haha.. bayangkan kalau hari-hari aku sebut perkataan "bodo" tu, kaya lah kakak aku.. mati-mati kena tipu dengan diorang.. ceit.. mentang-mentang lah aku sangat 'innocent' masa kecik-kecik dulu.. 

aku bukan lah baik sangat.. kadang-kadang terlepas jugak cakap perkataan yang tak elok tu.. terutama dengan kawan-kawan.. walau apapun aku berusaha menjadi lebih baik.. menjaga pertuturan.. 

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : "...sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam". (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)



tapi aku agak terkejut jugak bila budak-budak kecik tulis status atau komen kat FB guna perkataan-perkataan tak elok.. mencarut mengalahkan orang besar..  kalau kecik-kecik dah macam ni, dah besar tak tau la macam mana.. nak tegur tak pasal-pasal kita yang kena carut pulak kang..

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Sayyidina Ali k.wj. yang bermaksud :

"Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)".



tengah-tengah youtube walking, tejumpa video ni.. layann...






Sep 20, 2011

Jom tengok Malaysia vs Japan..




Rindu nak tengok Malaysia main.. semenjak Malaysia vs Singapura hari tu.. Jom tengok Malaysia vs Japan.. Kelayakan olompik 2011 zon Asia... siaran langsung esok (rabu) kat Astro Arena dan TV2.. 

all the best Harimau Malaya..



Sep 19, 2011

Kenduri kawen + open house...


Semalam ada kenduri kawen kawan abang aku.. memandangkan aku kenal jugak la kawan abang aku tu, aku pun ikut la jugak memeriahkan majlis.. kendurinya kat Selayang.. masa makan tu cuaca agak panas jugak.. tapi bila masa pengantin nak datang tu, tiba-tiba hujan .. kesian la kat pengantin kena berhujan sikit.. hehe..

berhujan.. 


lepas tu, pergi open house kawan abang kat Shah Alam pulak.. lepas tu ada kenduri kesyukuran kat Klang.. Malamnya pulak open house lagi kat PJ.. memang banyak lah aku makan semalam... al hamdulillah rezeki dari Allah..

kek pengantin..


Bila datang rumah orang ni mesti ada je perkara yang nak dibualkan.. kalau datang rumah kawan yang kita dah lama kenal mesti banyak benda yang nak diborakkan.. tapi kalau datang rumah kawan abang ke kakak ke, sepupu yang tak berapa nak rapat ke, memang agak kekok jugak lah rasa nya.. tambah-tambahan lagi bagi orang seperti aku yang agak pemalu ni (aiceceh).. 

Bila orang tanya aku jawab.. bila orang lain borak aku dengar je la.. orang gelak aku gelak.. macam tu la keadaannya.. bukan sombong ke apa.. serius aku tak pandai sangat nak berborak.. terutama dengan orang-orang yang baru pertama kali aku jumpa.. soalan biasa bila borak,

1- Buat apa sekarang?
2- Tinggal mana sekarang?
3- Dah kawen ke belum?
4- Bila nak kawen?
5- Kerja kat mana?

banyak lagi lah soalan-soalan wajib bila jumpa kawan-kawan ni.. soalan yang ke 4 tu kira macam soalan yang paling selalu orang tanya.. aku tak kisah sangat dengan soalan-soalan macam tu.. sebab aku memang langsung tak terfikir pasal benda tu buat masa sekarang ni.. hehe.. kene usik sikit-sikit tu biasa la kan.. jangan simpan dalam la.. gurauan semata-mata..

Tapi memang kalau boleh, aku tak nak la sifat pendiam ni berterusan je.. tambah-tambahan lagi kalau dah bekerja nanti, mestilah lebih ramai jenis manusia yang kita akan jumpa kan?.. ok lah.. layan je la vlog dari amanwan ni.. Tips Sembang.. 









Sep 18, 2011

Usha-usha karnival kerjaya PWTC pulak..


Lepas pergi career fair hari jumaat di Mid Valley, sambung pulak pergi karnival kerjaya sektor pertanian kat PWTC.. first time pergi PWTC naik LRT.. sampai tersalah naik tren.. bila dah sampai stesen PWTC tak nampak pun bangunan nya.. rasa macam rusa masuk kampung pulak.. 

orang kata "malu bertanya sesat jalan".. ye memang sesat pun.. jumpa The Mall je.. last-last tanya pak guard kat The Mall tu.. nasib baik lah dia faham bahasa  Melayu.. tengok muka dan cara cakap macam bukan orang sini.. 

dan setelah jauh berjalan, sampai jugak akhirnya di Putra World Trade Centre tu.. bukannya tak pernah pergi PWTC ni.. pernah je pergi masa student dulu-dulu.. tapi naik bas yang UiTM sediakan la..

karnival kerjayanya kat Dewan Tun Razak 4.. kebetulan kat PWTC tu tengah ada konvokesyen.. tak pasti pulak dari kolej mana.. tu yang ramai semacam tu.. jalan-jalan usha-usha syarikat apa yang ada kat situ.. memang banyak syarikat tapi kebanyakannya untuk pertanian.. (nama pun karnival kerjaya sektor pertanian..)

ada satu booth bank je kat situ.. Agro Bank.. memandangkan kos aku lebih kepada bank, mestilah aku nak cari yang berkaitan dengan bank.. syarikat-syarikat lain pun aku try jugak.. mana lah tahu ada rezeki kat situ.. setakat yang aku usha, memang tak ada pun open interview.. kebanyakannya hanya isi borang dan drop resume je .. lebih kurang macam career fair kat Mid Valley jugak.. bezanya kat PWTC ni free gift dia tak banyak macam kat Mid Valley.. aku hanya dapat satu pen je kat booth Agro Bank.. itu pun pen yang dah last.. ( nak cari kerja ke nak cari pen ni? huhu..)

dan satu lagi, selain booth-booth syarikat, ada jugak booth-booth menjual produk pertanian.. mulanya rasa macam nak beli tapi macam berat pulak nak bawak.. last-last memang tak beli pun.. dan kat bawah ni antara gambar-gambar yang sempat aku snap.. 








Sep 17, 2011

Usha-usha MCTF..


Seperti yang dah dirancang, 16 September aku nak usha-usha Malaysia Career and Training Fair (MCTF).. Career Fair tu start pukul 10 .. aku dan kawan pegi dalam pukul 11 lebih.. tu pun dah ramai jugak yang datang.. untuk career fair ni korang kena daftar nama sebab diorang nak kira berapa ramai pengunjung yang datang.. 
Mid Valley Exhibition Centre..


memang banyak company-company yang menyertai career tu yang kebanyakan nya aku pun tak berapa tahu kewujudan company tu.. huhu.. yang penting, aku drop aje resume.. lebih kurang 20 salinan resume aku bawak.. tapi ada jugak yang kitorang saje isi borang atau drop resume semata-mata nak free gift company tu.. ada yang bagi pen, ada bagi beg, notepad dan banyak lagi.. 

Selain company, ada jugak booth-booth untuk yang nak melanjutkan pelajaran.. kitorang usha-usha jugak kot-kot lah ada rezeki nak sambung master.. dan booth SPR pun kitorang usha sebab nak check nama dah daftar belum untuk undi pilihanraya nanti.. aku rasa macam pernah daftar masa kat U dulu.. tapi check nama tadi tak ada pulak.. kitorang isi borang lagi nak make sure kitorang dah mendaftar..  yeah.. aku dah layak mengundi.. korang dah daftar belum?


Agak lama jugak lah kitorang pusing-pusing satu career fair tu.. harap-harap ada lah panggilan kerja lepas ni... dan inilah hasilnya.. hasil barang-barang yang aku kumpul kat career fair tu.. 



ni pun kira agak sikit jugak la.. ada banyak beg tapi banyak yang dah habis.. orang yang datang awal je dapat.. yang paling standard bila datang job fair ni mesti la pen.. ni koleksi-koleksi pen yang sempat au kumpul...





penat sudah usha-usha Mid VAlley.. harini nak ussha Karnival Kerjaya kat PWTC pulak.. joom-jom.. dan bagi yang nak pergi MCTF tu, career fair nya masih ada lagi sampai Ahad 18 September ni..






Sep 14, 2011

MCTF dan Karnival Kerjaya..


Ada dua job fair hujung minggu ni.. siapa-siapa yang masih tak dapat-dapat lagi kerja, jom cuba nasib di Mid Valley dan PWTC ...

credit to Jobstreet.com

Malaysia Career Training Fair..

Tarikh : 16-18 September 2011
Masa : 10 pagi - 7 malam
Lokasi : Mid Valley Exhibition Kuala Lumpur




Karnival Kerjaya Sektor Pertanian

Tarikh : 17 -18 September 2011
Masa : 10 pagi - 7 malam
Lokasi : Dewan Tun Razak 4, PWTC Kuala Lumpur



Untuk maklumat lanjut mengenai MCTF klik SINI..



dah sedia ke nak pergi walk in interview? jom tengok tips temuduga dari amanwan ni.. hehe






Sep 13, 2011

Tinggal Kenangan...













Sep 12, 2011

Selamat tinggal sayang...



Hari ni mungkin kali terakhir aku tulis tentang sayang-sayangku di blog ini.. bagi yang rajin datang dan membaca di blog ni mungkin dah tahu siapa sayang-sayang yang aku maksudkan..

Selain ahli keluarga ku, mereka yang aku sayang tentulah Bobo, Jaja dan Uda.. banyak gambar dan cerita tentang mereka dalam blog ini.. dan kalau tengok kat shoutbox pun akan nampak wajah mereka...

Jaja, Uda dan Bobo..


Tapi aku perlu redha dan terima kenyataan yang tak semua yang kita sayang akan sentiasa ada di samping kita.. kadang-kadang ada perkara yang kita perlu korbankan untuk kebaikan semua..

Setelah berbincang dan mengambil pandangan beberapa pihak, akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk hantar Bobo, Jaja dan Uda ke tempat asal mereka.. setelah lebih 7 bulan membela mereka, memang rasa sangat berat hati untuk berpisah.. tambahan lagi bila kami dapat melihat sendiri mereka membesar.. terutama Uda yang sangat berbeza sekarang jika dibandingkan hari pertama dia sampai ke rumah ini..

Mungkin ada yang tidak bersetuju kami menghantar mereka ke tempat asalnya.. tapi banyak sebab yang tidak dapat kami elakkan.. pertamanya ialah kebebasan.. mereka tidak dikurung dalam sangkar, tapi mereka dikurung di dalam bilik.. mereka hanya akan dibebaskan bila ada orang di rumah.. tapi kami hanya boleh lepaskan mereka bermain di dalam rumah... mereka langsung tidak pernah keluar rumah.. bunyinya macam kejam.. tapi itulah hakikatnya.. kami tidak boleh lepaskan mereka keluar rumah kerana kami tinggal di kawasan rumah yang tinggi.. tingkat 9.. kalau di lepaskan kemungkinan besar mereka akan hilang.. 

dan kalau mengikut kepada peraturan tinggal di kawasan rumah bertingkat tinggi ni, memang dilarang membela binatang.. jika ada jiran-jiran yang mengadu kepada pihak berkuasa, kami mungkin akan didenda atas kesalahan membela binatang.. memang setakat ni tiada jiran-jiran yang menegur, tapi hati manusia kita tak tahu.. mungkin mereka tidak bersuara, tapi dibelakang kita, kita tak tahu.. Banyak lagi sebab-sebab lain yang perlu kami ambil perhatian, antaranya faktor kebersihan, keselamatan, kesihatan, masa dan banyak lagi faktor yang perlu di ambil perhatian..

Sedih? Ye, memang lah sedih.. tak kan ada perasaan sedih langsung.. walaupun hanya kucing, tapi perasaan sedih tu pasti ada.. dan sebab itu jugak, aku kurang bermain dengan mereka sejak akhir-akhir ini.. bukan nak mengabaikan, tapi aku cuba menyesuaikan diri bagaimana untuk melalui hari-hari akan datang tanpa mereka.. 

bila tiba masanya untuk menghantar mereka pergi, aku tidak sampai hati.. biarlah abang dan kakak aku saja yang membawa mereka.. dan pagi tadi kami terpaksa memasukkan ke dalam beg khas untuk membawa mereka ke dalam kereta.. lagipun orang tengah ramai .. takut di dalam lif nanti mereka sangat takut dan mungkin terlepas jika dipegang.. mulanya Bobo dan Jaja di bawa dalam kereta, selepas itu barulah Uda.. tapi Uda seperti sudah tahu yang dia akan dihantar pergi.. dia meronta sangat kuat sampaikan  sangat susah untuk di masukkan ke dalam beg itu..

Aku cuba menenangkan Uda.. dan memasukkan dia di dalam beg untuk di bawa ke kereta.. dia masih meronta.. dan setelah abang dan kakak ku membawa dia pergi aku berharap semuanya akan ok..

Tapi tak berapa lama lepas tu. Abang aku telefon memberitahu yang Uda terlepas.. dia terlepas semasa dikeluarkan dari beg.. aku perlu turun ke tempat parking untuk mencari dan menenagkan Uda semula.. melihatkan kereta yang terlalu banyak di situ, rasa agak mustahil untuk mencari Uda.. Abang dan kakak aku pun sudah puas mencari Uda tapi tetap tidak jumpa..

Kami perlu cari Uda.. tak kan nak biarkan sahaja Uda seorang diri tanpa kakak dan abang nya yang sudah ada di dalam kereta..  lagipun, kawasan parking kereta itu sangat bahaya.. aku tak dapat bayangkan macam mana kalau kami terjumpa Uda mati di langgar kereta.. pasti kami akan rasa sangat bersalah.. 

Sayang Uda.. 

Kami tidak putus asa mencari Uda.. dan aku yakin Uda masih ada di kawasan berdekatan.. aku lihat di bahagian bawah setiap kereta.. mengharapkan Uda masih ada.. sampai disebuah kereta proton saga, aku tenampak seperti ada sesuatu di bawahnya.. bumper kereta yang rendah menyukarkan aku untuk melihat.. sampaikan kepala menjejak tanah baru boleh nampak bawah kereta.. alhamdulillah Uda ada di bawah kereta itu.. aku memanggil Uda tapi dia tidak mahu keluar.. aku terpaksa menarik tangannya sampai keluar.. bila Uda sudah keluar, aku  melihat wajah Uda, aku sebak.. tak sampai hati..

Aku menenagkan Uda dan  membawa semula ke dalam kereta.. Alhamdulillah Uda sudah tidak meronta lagi.. Aku naik semula ke rumah dengan tenang.. tapi perasaan sedih masih ada.. semoga Bobo, Jaja dan Uda dapat menyesuaikan diri di tempat baru..  

Selamat Tinggal..  



Sep 9, 2011

jom-join-segmen



Jalan punya jalan terjumpa segmen ni.. first time masuk blog khairulasrol ni... jom join segmen yang dia buat.. ada hadiah topup tau.. nak join klik SINI..


Selamat Hari Raya semua..



Cerita pasal Botak lagi???

Sejak berlakon cerita Juvana, Botak atau nama sebenar Johan Arif Asari semakin dikenali ramai.. walaupun cerita Juvana dah lebih sebulan tamat tapi masih ramai lagi yang menggoogle tentang Johan Asari ni.. Buktinya kat blog sueperbs.blogspot.com ni pun masih ada lagi yang datang kerana mencari maklumat tentang Johan Asari..tengok la statistk kat blog ni

search keyword..


kalau ada yang perasan, dalam bulan syawal ni, ada beberapa drama yang di lakonkan oleh Johan Asari.. antara drama yang aku tengok cerita Janjiku kepada Al Walid (kalau tak silap ni la tajuk dia..) kat TV3.. dan ada jugak drama kat TV lain yang Johan Asari berlakon.. mungkin aku yang tak perasan.. 

yang terbaru, drama Cinta Elysa kat TV3.. Johan Asari digandingkan dengan Fasha Sandha.. kalau tengok kat preview iklan cerita ni, watak Johan Asari nampak macam ala-ala jahat .. macam kat cerita Juvana jugak.. mungkin Johan Asari lebih suka watak-watak macam tu kot? cuma dalam drama ni Johan Asari tak botak dah.. hehe.. dia memegang watak sebagai Aril.. 





kat bawah ni sedikit promo cerita Cinta Elysa..



nak tahu lebih lanjut pasal cerita ni boleh cek kat laman SUHAN POST ..




Sep 8, 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia...


Walaupun Kedai Rakyat 1 Malaysia tu dekat je tapi serius sebelum ni aku tak pernah sampai situ lagi.. bila keluar kat tv dan baca blog yang cerita pasal Kedai Rakyat 1 Malaysia ni, rasa macam nak jugak tengok apa yang special sangat kedai 1 Malaysia ni.. 

Bila keluar kat TV dan dengar cerita dari orang lain, baru aku tahu yang kedai tu kat stesen LRT Kelana Jaya je.. lerrr.. macam mana aku boleh tak perasan kewujudan kedai tu.. haisyhh..

Baru hari ni rasa nak singgah situ... memandangkan aku pergi waktu orang tengah bekerja, tak ramai pun kat situ.. 2, 3 orang je.. dan mulanya aku ingat kedai dia besar macam supermarket.. rupanya macam minimarket je..

ni la kedai rakyat 1 Malaysia...


untuk pergi ke sana, bila keluar je dari tempat tiket LRT tu, belok ke kanan.. nampak Guardian, nampak tangga, turun bawah.. kat situ la kedai 1 Malaysia nya.. hehe.. 

pandangan dari atas.. tangga turun kat sebelah kanan..

mula-mula pusing-pusing dulu tengok barang apa yang ada.. ingatkan nak beli ikan ke sayur ke ayam ke.. boleh jugak masak ( pandai ke masak? haha).. barang-barang basah tu tak ada la kat kedai ni.. mengikut pemerhatian aku sendiri, barang yang jenama 1 Malaysia tak la banyak sangat.. barang jenama lain pun ada dijual kat situ.. ni antara barang-barang yang sempat aku snap gambar sementara memikir apa benda yang nak beli..

sos cili, sos tomato..

sardin, susu, fruit cocktail..

aiskrim...

gambar lain tak sempat nak tangkap.. mana boleh snap semua.. ni pun snap curi-curi ni.. heheh.. dan setelah pusing-pusing satu kedai berkali-kali, ni je lah yang aku mampu terbeli..

barang-barang dapur.. 

total barang-barang kat atas ni dalam RM22... rasa jimat tak? siapa-siapa nak berjimat boleh la beli barang-barang kat Kedai Rakyat 1 Malaysia ni... 


sekian laporan berita dari saya Suhaidah dari Sueperbs.blogspot.com.. hehe