sueperb pages

Jun 3, 2011

Pertandingan Menulis Surat 1MALAYSIA



Baru perasan ada pertandingan tulis surat ni.. kalau dulu zaman budak-budak sekolah selalu jugak aku tulis surat kat kawan-kawan.. bagi kad raya bila raya.. sekarang ni dah tak payah nak tulis surat-surat dah.. call je kalau rindu.. E-mail, Facebook, Twitter semua dah ada.. Tak ada alasan tak boleh berhubung..

Tema untuk menulis surat dalam pertandingan ni ialah "Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia".. banyak boleh tulis ni.. tapi ada syarat nya..



a)   Pertandingan ini dibuka dari 1 Mei hingga 30 Jun 2011.
b)   Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
c)   Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan iaitu: 

 “Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Tulis sepucuk surat yang menceritakan pengalaman dan harapan anda kepada rakyat Malaysia.”

d)   Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah perkataan seperti berikut:
  - antara 300 hingga 500 patah perkataan untuk Kategori A.
  - antara 500 hingga 1,000 patah perkataan untuk Kategori B.


Siapa yang Layak sertai??

a)   Pertandingan menulis surat ini dibuka kepada 
     -(Kategori A) untuk para pelajar sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6  
     -(Kategori B) untuk pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 

b)   Para pelajar yang ingin menyertai mestilah merupakan warganegara Malaysia.


Sekian.. Sebenarnya aku memang lah tak layak nak masuk pertandingan ni.. haha.. saja nak bagi tahu mana lah tahu ada blogger-blegger yang masih sekolah rendah atau menengah berminat nak sertai.. Kalau blogger mesti dah biasa tulis-tulis karangan ni kan?? Yang bukan Blogger pun boleh je..

Tarikh tutup 30 Jun 2011.. Sempat lagi ni..


untuk info lebih lanjut mengenai syarat pertandingan dan borang penyertaan klik kat SINI






0 komen SUEPERBS...: