sueperb pages

Jun 14, 2011

Juvana vs KL Gangster




Antara cerita Juvana dengan KL Gangster mana yang korang nak tengok? Pilih pilih..

Juvana cerita drama di TV3 setiap hari Isnin jam 9 malam.. KL Gangster filem yang baru keluar 9 June 2011 haritu..

Sebenarnya aku tak tau nak letak tajuk apa untuk entri ni.. hehe.. malam semalam kakak ipar aku ajak pergi tengok cerita KL Gangster (of coz dengan abang aku sekali ).. kakak ku nak belanja tengok wayang! tak kan tak nak ikut.. bukan selalu dapat tengok wayang ni..

pada masa yang sama, malam Isnin cerita yang selalu aku tunggu-tunggu mestilah cerita Juvana.. tanpa banyak fikir, aku memilih KL Gangster .. Cerita Juvana kan boleh tengok kat TONTON.. tengok wayang skrin lagi besar.. apa lagi layannnn KL Gangster..

tempat yang paling standard bagi kami nak tengok wayang kat GSC Mid Valley la.. dapat tiket jam 10 malam.. wah, selalu tengok wayang siang-siang je..

wayang memang penuh.. kitorang pun dapat tempat depan.. mendongak lah jugak nak tengok skrin tu..

ok.. cerita KL Gangster.. bagi aku best jugak la.. ada Zizan berlakon.. Abang Long Fadhil.. lawak-lawak.. haha.. Malek (Aaron aziz) yang baru keluar dari penjara nak cuci tangan tak nak buat kerja-kerja jahat lagi.. tapi bukan senang.. tambah-tambah lagi adik nya Jai (Ady Putra) pun terjebak sama dalam dunia gangster.. Jai pulak sangat gilakan duit sampai tak ambil kisah pasal keluaga sendiri.. Adik perempuannya Zati pun semakin rosak.. hidup Malek selalu diganggu oleh gangster-gangster ni.. nak tahu lebih lanjut, tengok la cerita ni ye..


Ady Putra, Aaron Aziz dan Syamsul Yusof..






0 komen SUEPERBS...: