Menonton wayang lagi.. dengan abang dan kakak ku.. Dari PJ ke UiTM ambil surat tamat pengajian (yeay! suda tamat..)..walaupun dah tamat banyak lagi yang perlu aku belajar..( ilmu itu berterusan) lepas tu ke Klang tukar tayar kereta yang problem... asyik pancit je (siapa dok pancitkan tayar kereta abang aku ni??).. lepas tu ke shah alam semula pegi Tesco.. shoping barang rumah sikit-sikit.. lepas tu ke Sunway Pyramid pulak nak tengok wayang..
Kitorang tengok cerita Rasuk..yang baru keluar 23 Jun lepas.. okeyh.. sebelum wayang start, kitorang makan KFC (lunch treat.. first time cuba.. muak.. mungkin sebab dah kenyang makan pagi).. sambil makan sambil tengok orang main iceskating..
Kalau tengok tajuk entri ni , sebenarnya tak ada siapa pun yang kena rasuk, aku nak review sikit pasal cerita Rasuk ni je.. hehe
Tengok tajuk pun dah tau kan.. Rasuk.. mestilah ada yang kena rasuk kat cerita tu.. dalam cerita ni, Fouziah Gous (Melati) dan Iqram Dinzly (Aman) jadi pasangan suami isteri.. Ceritanya pasal Aman dan Melati yang pindah ke sebuah rumah bungalow yang dibina sejak zaman Jepun lagi.. Pak Mail seorang tukang kebun bertugas menjaga rumah itu.. Ibu Aman telah melawat mereka dan banyak menasihati mereka supaya tidak meninggalkan solat dan membaca Al-Quran.. suatu hari, Melati tergali sesuatu semasa sedang bercucuk tanam sampaikan dia pengsan.. dan sejak hari itu banyak perkara pelik telah berlaku.. ibu Aman juga telah meninggal pada satu malam akibat serangan jantung.. kematiannya itu sesuatu yang sangat misteri kerana ibunya tidak pernah mengalami sakit jantung sebelum ini... dan sejak itu Melati pula sering dirasuk ..
mengapa Melati dirasuk? nak tau korang tengok sendiri la.. hehee.. selepas aku tengok cerita tu, aku rasa boleh tahan seram jugak... kelibat-kelibat hantu tak ada sangat.. tapi aku seram tengok muka Fouziah Gous bila kena rasuk.. ngeri wo.. di tambah dengan sound kat wayang tu.. huisyhh... bergegar jugak lah jantung ni...
ps: belum pernah tengok orang kena rasuk depan mata.. ajal maut di tangan Allah swt.. kita perlu sentisa berepegang kepada kitab Al-Quran..
7 komen SUEPERBS...:
macam seram je citer nih..huhu
takotttt! dah la tinggal sengsorang ni ... eeeiiii!!
xmau tgk lg...tengah dok sorang2..haha
@Nurul Jannah : boleh la tahan..
@Acik : haha... jage2..
@shafmechy : ai takut gak? hehe
ok.. nak tgk la nanti :)
^^
Ingat ade org kne rasukk..upenye cerita..jejhehh
@Bella Bell: tengok2.. hehe
@amny : hehe.. kene tipu la nih.. saje tjuk bgi gempak sket..
Post a Comment