sueperb pages

Jun 7, 2011

Pak Cik Teksi.. cekik darah

maPagi tadi dengan penuh semangat aku bersiap nak pergi Test English untuk FSTEP (Financial Sector Talent Enrichment Program).. lokasi di Dataran Kewangan Darul Takaful.. oleh kerana tak pernah pergi situ aku cadang nak naik teksi je dari Pasar Seni.. bangunan tu dah dekat dah dari situ..

Malu bertanya sesat jalan.. so aku tanya la pakcik teksi kat situ kat mana tempat tu.. pastu Pak cik Teksi tu cakap dia charge RM15 sebab jalan jem nak kena pusing balik.. gila cekik darah Pak Cik Teksi ni.. agak-agak ar sampai RM 15.. Tak boleh jadi aku pergi tanya Pak cik teksi Melayu pulak.. diorang pun charge RM15 jugak..

img pakcik google


Kenapa mahal sangat ni.. kok ye pun kat KL tak kan mahal sangat.. Alasan dia jalan jem la apa benda la.. kawan dia yang lain pulak menyokong bagi banyak alasan.. malas aku nak bertekak dengan pakcik tu.. nanti spoil pulak mood nak pergi exam..

Oleh sebab aku takut lambat aku terpaksa la naik jugak.. jalan pusing-pusing rasa macam agak jauh jugak.. tapi dalam hati aku rasa pak cik ni saja je nak pusing-pusing jauh-jauh.. padahal kalau dari landasan LRT tu dah boleh nampak dah bangunan Takaful tu..

Kejap je pun dah sampai.. betul la bangunan ni.. aku cuma tak sure je sebab tu naik teksi tu.. ok dah sampai.. pakcik tu diam je sebab aku pun diam.. aku pun bagi RM15 dan blah tanpa mengucapkan terima kasih.. (selalu aku tak macam ni..)

Biarlah kalau pakcik tu betul-betul ikhlas dia tak patut nya menyonglap duit customer dengan alasan yang tak menusabah.. sengaja mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.. oh tadi aku tengok meter dia tak gerak pun.. sepatutnya kena guna meter kan? ok aku rasa sangat tertipu dan diperbodohkan harini..

dan balik Test  tadi aku balik ikut sorang perempuan yang pergi test dengan aku jugak.. stesyen yang paling dekat ialah stesyen komuter Kuala Lumpur... aku tak naik komuter, aku naik LRT.. so aku cari la stesen LRT Pasar Seni.. dan aku tanya Mak cik tukang sapu sampah kat Stesen Komuter tu macam mana nak pergi ke Stesen Pasar Seni tu.. Alhamdulillah, Mak cik tu sudi menolong orang macam aku ni.. dan sampai jugak akhirnya.. (semoga murah rezki Mak cik)

Pasar Seni 


kesimpulan di sini.. memang lah kalau "malu bertanya sesat jalan" tapi sepatutnya aku tak tanya dengan Pak Cik Teksi tu.. banyak lagi orang lain boleh ditanya.. dan nak cari duit jangan sampai menyusahkan orang lain.. semoga menjadi pengajaran di masa hadapan..


p/s: mesti kaya pakcik tu.. 

2 komen SUEPERBS...:

Firdaus Life said...[Re perbs]

teksi memang mahal. tempat biasa dah mahal, kl lagi la

Anonymous said...[Re perbs]

penulisan yang adil. saya kira, alasan terdesak dan nak cepat sering menjadi sebab utama seseorang pengguna menidakkan hak sebagai pengguna.saya pengguna kemudahan awam yang tegar di bandaraya Kuala Lumpur. saya sering berjumpa pemandu teksi yang jujur, saya suka bertukar-tukar cerita dengan mereka. bayaran yang dikenakan berpatutan. namun, saya kecewa dengan sikap sesetengah pemandu teksi yang saya kira 'menipu harga'. saya pernah dikenakan bayaran dua kali ganda daripada yang sepatutnya, alasannya kerana mereka terpaksa menunggu (walau seketika sahaja) dan hujan (dua kali ganda bayaran). ya, sebagai PENGGUNA YANG TERDESAK, saya tidak mahu memanjangkan hal tersebut. ingatlah, sekali anda terlepas, tak selama anda terlepas. kita sama-sama mencari rezeki dengan cara masing-masing, beringatlah!