sueperb pages

Jun 20, 2011

cerita hari Isnin..

Sejak terjebak dengan segmen dengan contest ni, aku rasa macam blog ni dah jadi blog segmen pulak.. ye la.. entri lain kurang, entri segmen je hari-hari.. apa-apa pun, join segmen dan contest dah menjadi sebahagian aktiviti dalam blog aku dan terima kasih siapa yang sudi mengajak aku join segmen-segmen... aku cuba sedaya upaya untuk join.. asalkan tak rumit sangat dan enjoy...

Hari ni, aku pergi UiTM sebab nak ambil official transkrip.. dah ada keputusan yang rasmi baru la semangat nak cari kerja.. kottt.. (yo lah tu..) ramai jugak la hari ni.. nasib baik datang awal sikit.. isi borang dan bayar sepuluh hinggit dah boleh dapat transkrip tu hari ni jugak.. tapi kena tunggu petang sebab ramai sangat ... terpaksa lah melepak kat situ sampai petang.. 

wah, dah sebulan kot tak pergi UiTM.. semenjak hantar projek akhir haritu.. 

lama jugak nak tunggu.. akhirnya dapat jugak.. balik dah petang... naik bas Rapid U80 ... pukul 5 petang waktu orang balik kerja.. memang lah penuh bas.. berdiri lah nampaknya.. sementara tu, aku perhatikan ada seorang perempuan ni aku rasa tak pernah naik bas Rapid kot.. dia asyik nak tergolek je.. (maksud aku terjatuh.. eh .. terlajak.. eh.. apa-apa je la ).. pantang bas nak belok, nak brek, mesti dia nak tergolek kat orang sebelah..   nasib baik tak tergolek kat aku.. kesian jugak tengok dia ni sampai nak terpeluk laki sebelah tu.. haisyh.. nak tolong kasi tempat duduk, aku pon berdiri.. bertahan ye kak.. you can do it!! 



kalau naik bas RAPID bagi aku memang memerlukan daya keseimbangan yang tinggi bagi yang berdiri.. tambah-tambah lagi kalau pemandu tu bawak laju.. pengalaman naik bas RAPID.. dulu aku pernah terduduk kat orang masa dalam bas.. masa tu aku baru nak naik bas dan nak duduk.. belum sempat melabuhkan punggung nak duduk tiba-tiba driver tu tekan minyak laju dan aku terduduk kat orang sebelah.. menjerit orang tu sebab terkejut.. nasib baik lah orang perempuan.. kalau abang botak ke, abang ketak-ketak ke, tak ke malu.. (memang dah tutup muka ngan plastik dah).. dan nasib baik jugak aku naik dari seksyen 2 ke PKNS je.. dekat je.. yang kawan-kawan ni pulak tak boleh berhenti gelak..bukan nak cover kawan yang dah malu ni.. haisyh.. lepas dah mintak maaf kat perempuan tu aku terus toleh tempat lain tak mau tunjuk muka.. turun je bas semua bantai gelak.. agak-agak patah tak kaki perempuan tu kena hempap ngan aku?.. hihi..



ps :cuaca hari ni panas terik.. rasa macam nak demam pulak.. huu



5 komen SUEPERBS...:

Nurul Jannah said...[Re perbs]

haha..nasib baik terduduk atas perempuan..hihi

Nasz said...[Re perbs]

kenangan kan? awak akan ingat sampai bila2..huhu..

MOHD NASER.com

NuSaNa NoSa 91 said...[Re perbs]

wahhhhh~ dah abes study ke?? bestnya.. ^_^

Acik said...[Re perbs]

Uishhh .. noti punye bus driver!

Misz Nuriz said...[Re perbs]

hehe..biasa la tu.. nasib bkn t'duduk atas mat bangla yea.. kekeke