sueperb pages

Jul 31, 2011

Rambut Serabut..

Huhu.. apebenda ni? rambut siapa pulak ni? besar yang amat..

rambut serabut..

Benda alah ni nampak macam unik.. tapi benda alah ni la yang telah menghalang pandangan ramai orang di belakangnya.. heheh.. macam-macam boleh sorok dalam tu.. 


kalau ada gunting, aku dah gunting dah ni..







Jul 29, 2011

Kalah? Kecewa?..


Perlawanan bola semalam keptusannya seri .. Malaysia 1 -Singapura 1.. tapi mengikut agregat Malaysia 4 - Singapura 6.. Tahniah Singapura yang berjaya mara ke peringkat seterusnya.. kepada Harimau Malaya, dah mencuba yang terbaik tapi apakan daya Malaysia gagal.

Separuh pertama, tiada gol dijaringkan.. separuh masa kedua, Safee Sali menggamatkan stadium dengan jaringan gol permulaan.. memang seronok sangat masa tu.. seluruh stadium bersorak.. tapi bila Singapura menjaringkan gol, satu stadium tiba-tiba sunyi.. aku pun terdiam.. macam tak percaya.. 

Apapun, Khairul Fahmi memang patut diberi pujian kerana bermati-matian menyelamatkan gawang gol Malaysia. tapi apakan daya gawang Malaysia bolos juga.. tentang pemain import tu, tak perlulah aku nak tekankan sangat. tak puas hati?.secara peribadinya memang agak tak puas hati.. tapi kita ambil positif la kan.. kalau masuk piala dunia pun kita perlu berhadapan dengan pemain-pemain antarabangsa ni.. mungkin ini boleh dijadikan sebagai satu cabaran.. tak kisah la pemain asal dari mana pun.. yeah.. aku nampak ada banner besar kat stadium tu.. 100% pure Malaysian.. bangga menjadi rakyat Malaysia..

Corak permainan semalam? memang sangat tak berpuas hati.. ye.. kalau tengok bola kat stadium memang tak ditunjukkan ulang tayang .. aku pun tak nampak sangat skrin besar tu.. aku pun duduk jauh dari skrin besar.. so aku tak tau sangat bila pemain Singapura jatuh dan cedera tu sama ada betul-betul dikasari atau tak.. tapi kalau baru cuit sikit dah sakit sampai kena sorong keluar,baik tak payah main la.. keluar je terus.. kalau sekali dua boleh tahan lagi, tapi kalau dah banyak kali, memang menyirap jugak la bagi kita yang tengok ni.. 

Taktik Singapura tu memang tak profesional.. melambat-lambatkan permainan dengan bakat lakonan yang memang Fuhh.. dasyat tu.. jadi pelakon la lepas ni.. Kita dapat tengok yang corak permainan pasukan Harimau Malaya agak terganggu jugak la dengan pemain-pemain Singapura yang asyik sakit je.. memang tension.. huhu..

Suasana stadium lepas perlawanan habis, macam biasa, ramai yang main baling botol.. bunyi mercun pun ada jugak kedengaran.. hang dok baling botol apasal? kena orang bawah kot.. nasib baik tak kena aku..  orang bawah yang kena botol kat kepala tu memang mengamuk la.. dan aku tengok muka-muka penyokong Malaysia masa pulang tu memang nampak la kekecewaan tu.. sedih sangat.. 

Secara keseluruhannya aku gembira.. bukan sebab Malaysia gagal ke peringkat seterusnya, tapi sebab aku dapat tengok pemain-pemain Malaysia bermain secara live di Stadium.. yeah..sungguh bersemangat.. hehe.. tak apa lah .. aku  terima kekalahan kali ni.. kita tewas dengan bermaruah.. semoga dalam perlawanan akan datang, Harimau Malaysia akan terus berjuang dan ambil kekalahan ini sebagai iktibar.. 




Jul 28, 2011

Tak sabar malam ni...


Malam ni Malaysia vs Singapura second match untuk kelayakan piala dunia.. siapa pergi stadium Bukit Jalil malam ni? huhu.. aku sangat excited harini sebab untuk first time aku dapat tengok Malaysia lawan secara live kat Stadium Bukit Jalil.. Serius aku tak pernah tengok bola live kat stadium.. 

Thanks kepada kakak dan abang aku yang menyeponsor tiket untuk malam ni.. huhu.. nasib baik beli awal-awal haritu.. itu pun tempah kat adik kakak ipar yang beli tiket sekali.. 85 000 tiket habis dijual dalam masa tak sampai 2 hari.. fuhh.. 

Tapi... aku tak ada jersi Malaysia la.. kalau pakai jersi Malaysia baru lagi semangat kot.. kena cari baju biru la untuk malam ni.. ada siapa-siapa nak bagi jersi Malaysia kat aku tak? hehe


jersi ni smart la.. nak satu..


yeah.. semoga Harimau Malaysia berjaya menewaskan Singa malam ni.. Go Malaysia..Malaysia Boleh.. 


Jul 27, 2011

Bila dua vlogger bergabung..


Selepas menang 3 kategori dalam anugerah Digi Wow Awards, Anwar Hadi buat pembaharuan dalam video nya.. kali ni bergabung dengan seorang vlogger bernama Aiman Azlan.. bagus jugak kan kalau vlogger-vlogger Malaysia ni bergabung..


yang ini versi Anwar Hadi.


yang ini versi Aiman Azlan


Video kali ni tentang bulan Ramadhan.. wah, lagi beberapa hari je nak puasa.. jom tengok video ni jom.. banyak mesej-mesej terdapat dalam video ni..


Macam mana agaknya kalau Mat Lutfi dan Anwar Hadi bergabung? 


Seharian meng edit..


Semalam aku ada join segmen Ben Ashaari Tanya Berani ke kritik Blog Aku.. dengan beraninya suruh orang kritik blog ni.. lepas tu ada orang komen tak boleh baca tulisan kat blog ni.. sebab warna background post dengan tulisan tak match.. sebelum ni ada jugak komen macam tu.. dan aku sangatlah hairan kenapa tak match.. kalau ikut pada apa yang aku nampak dekat blog aku ni.. background blog ni memang bunga-bunga dan coklat-coklat sikit.. dan background post sepatutnya biru.. tapi tak semua yang masuk blog sueperbs.blogspot.com ni akan nampak seperti apa yang aku nampak..

dan aku dengan berlagak pandai nya, cuba lah godek-godek kot html template blog ni.. dan ambik kau.. terus jadi lain.. fuhh.. aku buat keputusan tak nak lagi guna template lain.. guna template blogger je lah.. semua dah berubah.. dan masa tu jugak la orang tengah rancak datang terjah nak kritik.. walaupun sebenarnya aku tengah buat renovation.. 

aku cuba nak dapatkan background bunga-bunga yang aku suka tu semula.. dan yeah.. setelah berusaha godek-godek, resize, remove, resize, akhirnya aku berjaya mengekalkan background bunga-bunga blog ini..


header lama..

header sekarang

seharian menggodek blog ini, nak blogwalking pun tak ada mood.. agak janggal dengan blog ni.. yeah.. pengajaran untuk aku jugak.. backup dulu kalau nak buat apa-apa.. dan mungkin ni tandanya yang aku kena mengubah template blog ini..

semangat kembali pulih (aceceh).. terima kasih kepada yang mengkritik blog ni..
header? sama macam dulu.. cuma tulisan tu aku edit dulu sebelum upload.. nampak lain sikit tapi ok lah tu.. 

Jul 25, 2011

Aduh.. tension nye


Tension terdelete template blog ni tadi.. dan sekarang semua nya dah berubah.. aiyo.. kena edit semula la macam ni.. sabar je la.. 

Hehehe.. sudah menjadi Geng Sueperbs..




Hehehe.. macam ku kenal gambar follower yang ke 539 itu.. yeah.. Bro Ben sudah jadi geng Sueperbs di blog ini.. terima kasih kerana sudi follow.. semakin bersemangat la nak berblog lepas ni... ^_*




BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?




Berani ke nak kritik blog ni? hehe.. takut jugak nak suruh orang kritik ni.. untuk segmen ni kena berfikiran terbuka.. kritikan juga haruslah membina.. ^_*

nak join klik SINI





Najwa Latif - Cinta Muka Buku





Budak ni comel.. serius comel.. walaupun masih muda, tapi dia memang sangat berbakat.. suka suara dia dan penampilan berselendang.. simple dan sweet sangat.. 

Layan lagu rekaan Najwa Latif ni.. cinta muka buku.. 


Kepada adik Najwa Latif, semoga berjaya mencapai cita-cita yang adik impikan.. ^_*


Menyepi sekejap..


Aku agak menyepi hujung-hujung minggu ni.. bukan la busy sangat..sabtu pergi amali kereta dan ahad pergi amali motor.. tak dapat-dapat lagi lesen L.. selagi tak cukup 6 jam amali.. huhu.. 

Nak blogwalking tapi bila broadband sudah over limit, faham-faham je la.. sungguh malas nak tunggu loading.. ni kes asyik tengok live stream je la ni.. download macam-macam.. lappy ni pun dah semakin slow.. nak kena servis ni..

Satu lagi tabiat aku, aku suka bukak web banyak-banyak.. dan bile bukak new tab je.. jadi la macam ni..

tab yang terlampau banyak..

aku selalu biarkan je tab-tab tu sebab malas nak search bayak-banyak kali.. itu pasal la slow kot.. hehe.. 

puasa dah nak dekat ni, tak sabar rasanya nak menyambut bulan Ramadhan.. bagi yang wanita terutamanya, dah habis ke ganti puasa? 







Jul 23, 2011

Malaysia vs Singapura ( pusingan pertama)




Separuh masa pertama Malaysia 1, Singapura 4.. Malaysia menjaringkan gol permulaan hasil jaringan Safee Sali.. 

Separuh masa kedua Safiq Rahim dilayangkan kad merah menyebabkan Malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain.. Pemain Singapura juga bermain dengan 10 pemain, apabila Ismail Yunos juga dilayangkan kad merah... Malaysia  bangkit menambah 2 lagi jaringan.. satu gol jaringan Abdul Hadi Yahya dan satu lagi gol jaringan Safee Sali.. Namun Singapura berjaya menambah lagi satu jaringan menambahkah lagi jurang gol..

Keputusan akhir untuk perlawanan pertama kelayakan piala dunia antara Malaysia dan Singapura menyaksikan Singapura menang dengan 5 gol manakala Malaysia 3 gol.. Safiq Rahim dilayangkan kad merah menyebabkan Malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain.. Pemain Singapura juga bermain dengan 10 pemain, apabila Ismail Yunos juga dilayangkan kad merah..

Malaysia 3 - Singapura 5

Antara gol dari pasukan Malaysia







Apapun masih ada perlawanan kedua di Stadium Bukit Jalil.. pada 28 Julai ini.. Semoga Malaysia berjaya bangkit.. All the best Malaysia..


Oh ye.. bangga dengan Malaysia kerana semua pemain adalah Malaysia tulen.. semangat satu Malaysia.. 



Jul 22, 2011

Hari Terbuka ADTEC Shah Alam..








Jul 21, 2011

Malaysia vs Chelsea..


Hebat juga team Malaysia malam ni.. walaupun tewas dengan Chelsea tapi kira ok la tu..

Malaysia 0 - Chelsea 1..

dan ini gol kontroversi dari team Chelsea.. Kalau tak mesti dah seri kan.. All the best Malaysia..








Segmen cx's : geng UiTM by campus



Join segmen ni kalau anda produk UiTM.. senang.. cuma jawab soalan-soalan berikut..

UiTM campus? 
- Shah Alam

Course?
- BBA (Hons) Islamic Banking

Part?
- Baru tamat Jun lepas..


Nak join? klik SINI..


BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER




Segmen untuk blogger baru..  ye.. saya blogger baru.. korang yang follow blog ini memang sporting dan supportive .. semakin ramai yang follow dan baca blog  ini  semakin bersemangat sebenarnya aku nak berblog.. hehe..

Jom la jadi geng sueperbs di blog ini.. sekarang jumlah follower di blog ini ialah 518..



kepada yang dah follow dan selalu menjengah blog ini korang memang sueper duper sueperbs laa.. hehe.. terima kasih thankiu, arigato, syukran...

selamat berblog semua..

Nak join ? klik SINI..



Jul 20, 2011

Buta Twitter..


Assalamualaikum semua muslim.. perasan tak button Facebook dan Twitter kat sebelah tepi blog ni?

FB dan Twitter..

Itu tandanya saya ada FB dan Twitter.. hehe.. standard la tu kan.. tapi sebenarnya walaupun ada Twitter, saya tak pernah menggunakannya.. hehe.. saya tahu follow aje..  tengok ni..


Kosong...


Apa daaa.. langsung tak pernah tweet.. dah berapa lama bukak akaun ni dah .. tak ingat dah.. hehe... sebenarnya tak tahu nak tweet apa.. 

Sekarang ni pun dah jarang nak update status kat Facebook.. tahu like status orang je.. serius tak ada idea nak tulis apa kat facebook tu.. huhuhu.. 


kot-kot ada yang nak add, add je.. orang add saya approve je kecuali orang-orang yang berniat jahat.. especially anonomoys.. begitu je twitter.. 






Firdaus Life : Berkawan Dalam Kumpulan





Firdaus ajak berkawan dalam kumpulan? Korang-korang yang friendly jom la join segmen ni.. tutup jam 12 malam ni..

Mari kita sama-sama berkawan..

Nak join? klik SINI..


Botakkk?.. tidakk..


Hari ini, aku bercadang untuk keluar meronda-ronda Kuala Lumpur bersama-sama keluargaku.. Sedang bersiap untuk keluar, ku lihat cermin ... tiba-tiba ku lihat kepala ku botak macam ni..
~
~
~
~
~



tidaakkkkk..... tak mungkin.. tak mungkin... aku gelabah dan rasa macam nak nangis.. tiba-tiba tersedar, rupa-rupanya mimpi sahaja... aku terlelap semula dan ku mimpi tengok cermin lagi.. dan Botak lagi... arghh... aku tau aku sedang bermimpi.. aku cuba bangun tapi tidak boleh.. aku tersekat dalam mimpi macam tersekat dalam jalan yang amat sesak...  aku cuba menyedarkan diri dari mimpi ngeri itu.. tapi mimpi itu seolah-olah berganti-ganti.. aku menjerit dalam mimpi itu supaya mimpi itu tamat.. 

dan akhirnya aku tersedar.. aku tak mahu lelap lagi.. tak mahu bermimpi benda yang serupa lagi...


huhu.. serius mimpi semalam sangat ngeri.. terutama bagi golongan wanita... tak nak mimpi ni lagi.. heheh









Jul 19, 2011

Juvana - Poco - Poco style sekolah Wira Bakti..

Pesalah Juvana pun ada poco-poco jugak.. tapi lain sikit.. dah tengok ke? hehe

-


oh ye.. kalau korang nak Juvana 2 ada, korang like la page JUVANA ni.. mengikut kata admin page tu, kalau ada 100 ribu like, dia akan usaha paksa untuk buat Juvana 2 pulak..





Juvana episod akhir.. (Final)..


Rasa macam tak lengkap pulak kalau tak bercerita pasal Juvana ni kan.. walaupun tak buat review dari episod pertama, tapi rasa kena jugak review untuk episod Final ni.. Ye lah bagi yang belum tengok malam tadi mesti nak tahu apa penghabisan cerita ni..


pelakon dan pengarah Juvana yang best..


Juvana episod final ni agak mencemaskan jugak lah.. kalau siapa dah tengok Juvana dari episod pertama, mesti ramai yang sangka Cikgu Ariffin ni jahat.. (aku pun rasa macam tu).. tapi dalm episod akhir ni, Cikgu Ariffin la yang banyak membantu.. walaupun dia memang dah tahu yang Warden songlap duit sekolah, tapi dia diam je dan tak ambil pon walaupun sebenarnya mempunyai masalah kewangan..


cikgu Ariffin dan Tuan Raja (warden)

Dan cikgu Azmi yang ramai sangka dia baik ( cikgu yang sangat sopan santun bila berkata-kata), sebenarnya berperangai teruk.. jahat yang amat.. huhu..( sabar ye sabar ).. Cikgu Zakiah kena kurung.. Pelajar-pelajar lain pun kena kurung dekat Hostel tanpa makan dan minum.. Hanya Botak sorang je pelajar yang ikut bekerjasama dengan Warden..

Pelajar-pelajar Juvana yang dikurung itu cuba mencari idea bagaimana hendak menyelamatkan diri.. sementara Cikgu Zakiah yang diikat dan dikurung oleh Cikgu Azmi juga berusaha untuk melepaskan diri.. Idea menipu pengawal untuk melepaskan diri dari kurungan menjadi.. mereka berpura-pura kononnya ada pelajar yang sakit.. tapi bila pintu pagar dibuka, pengawal dibelasah dan dikurung..

Sementara itu, cikgu Zakiah berjaya melepaskan ikatan tetapi belum sempat dia melarikan diri, Tony, Botak dan cikgu Azmi datang.. dia dibelasah teruk.. sementara Botak yang berkawal diluar dipukul kepalanya dari belakang oleh cikgu Arifin.. begitu juga cikgu Azmi, tapi cikgu Ariffin telah ditikam oleh Cikgu Azmi ketika menyelamatkan Cikgu Zakiah.. 

Cikgu Zakiah berjaya melarikan diri dengan membawa kunci yang diberikan oleh CIkgu Ariffin.. tapi dia dikejar oleh Botak yang telah sedarkan diri setelah dipukul dengan kuat dikepala.. sementara itu, pelajar-pelajar lain cuba untuk melarikan diri dan membelasah pengawal yang menjaga pintu masuk.. Daim dan Gaban cuba untuk mencari dan menyelamatkan Cikgu Zakiah dengan menaiki motor.. Botak hampir menikam cikgu Zakiah .. mujurlah Gaban dan Daim sampai... Cikgu Zakiah dibawa ke kawasan pagar sementara Daim pula cuba berhadapan dengan Botak..

Daim cuba mennyedarkan Botak dengan kata-kata yang bernas supaya Botak sedar yang perbuatannya itu tidak membawa apa-apa untung langsung..  tetapi Botak tidak mahu mendengar kata-kata Daim.. dan Daim ditikam di bahagian tepi perut.. 

Sementara itu, Cikgu Zakiah dan kawan-kawan  lain berjaya di tangkap dan dimasukkan ke kurungan semula selepas cuba melarikan diri.. Cikgu Zakiah dibelasah lagi.. Warden juga telah menelefon polis mengatakan yang pelajar-pelajar sedang merusuh..  itu hanyalah taktik Warden supaya mereka semua akan ditangkap polis..

sementara itu, Cikgu Zakiah cuba menggunakan skill kaunseling nya untuk memberi kesedaran kepada Cikgu Azmi dan Botak yang Warden hanya menggunakan mereka untuk kepentingan sendiri.. Cikgu Azmi mula percaya kata-kata Cikgu Zakiah.. dia menyuruh Botak mengawal Cikgu Zakiah untuk pergi mencari warden dan mendapati Warden seolah-olah ingin melarikan diri.. tetapi Warden menafikannya..

pelajar-pelajar yang dikurung itu pula memperdayakan pengawal buat kali ke dua.. mereka berjaya melepaskan diri semula dari kurungan.. Cikgu Zakiah masih cuba untuk menyedarkan Botak tetapi Botak tetap degil.. dia sangat yakin yang Warden akan menyebelahi dia walaupun dia menjadi pembunuh.. 

Warden menyuruh Botak membawa Cikgu Zakiah keluar dari bilik kurungan.. sementara itu, semua pelajar juga sudah berada di pintu utama.. Warden menghapuskan barang-barang bukti dengan membakarnya.. dia juga mengugut untuk membakar pita rakaman testimoni yang Daim tidak bersalah jika pelajar-pelajar tidak mengaku yang mereka membuat rusuhan.. 

Bila polis sampai, Warden berpura-pura berlakon yang pelajar-pelajar sedang merusuh.. Dia menuduh yang Botak adalah ketua kepada kes rusuhan ini.. Botak yang selama ini mempercayai Warden tidak mampu berbuat apa-apa.. tambahan pula ketika polis datang, dia sedang mengacu pisau di leher Cikgu Zakiah.. 

Tapi Warden silap.. Polis sudah tahu semuanya.. sebenarnya Cikgu Ariffin yang memaklumkan hal sebenar pada Polis.. Cikgu Ariffin di bantu oleh Gaban telah berjaya melepaskan diri ketika keadaan huru-hara tadi.. Warden, Cikgu Azmi dan Botak ditangkap.. sementara itu, cikgu Zakiah, Daim dan kawan-kawan lain berjanji akan membantu Botak.. Botak menyesal dan meminta maaf kepada Daim yang telah ditikam nya tadi..

Daim akhirnya dibebaskan dari disabit kesalahan membunuh... pembunuh yang sebenar-benarnya juga telah di tangkap.. Di akhir episod, terdapat babak yang menunujukkan apa yang berlaku 10 tahun kemudian... 10 tahun selepas kejadian itu, Cikgu Zakiah masih bekerja di Sekolah Wira Bakti itu..  dan Daim tiba-tiba muncul melapor diri sebagai guru... 

dan TAMAT..

barisan pelakon dna pengarah (FAizal Ishak) drama bersiri Juvana 


fuhh.. panjang pulak review kali ni.. sory la kalau review tak berapa best.. dan mungkin ada yang lagi pening kot baca review aku ni.. hehe

kalau nak lebih "feel" korang kena lah tengok rancagan ni sendiri ... Jom tengok kat TONTON.. 

dan kalau ada review ku yang tersilap harap tegur ye. kot-kot ada yang tersilap watak ke tersalah pandang ke.. ^_*




Jul 18, 2011

Juvana - chat dengan Apek, Ayam, Daim dan Botak..



Usha wall Facebook Juvana tadi.. siapa nak livechat dengan Ayam dan Apek boleh chat pukul 8 sampai 9 malam ni.. siapa nak chat dengan Daim dengan Botak boleh chat pukul 10 malam nanti.. 

Boleh tengok diorang live lagi.. kot kot ada yang  nak tengok diorang atau nak chat dengan diorang boleh la pergi kat TV3 LIVE CHAT ni.. tengok diorang melalui web cam kat SINI..



Ayam dan Apek di Live Stream





Tengok Harry Potter - wayang kosong?

Semalam aku pergi Mid Valley dengan abang dan kakak ipar nak tengok cerita Harry Potter and the Deathly Hallows part two.. Baru keluar 14 Julai lepas.. bila masuk hall 7, fuhh.. kosong..

Suasana wayang yang kosong..

Wah pelik-pelik.. tak kan tak ada orang nak tengok Harry Potter ni.. lama jugak la tunggu dalam tu tak ada orang yang masuk.. memandangkan tak start lagi, aku pergi la toilet ( dah start nanti susah nak keluar ).. bila bukak pintu, ooohhh.. ramai tunggu kat luar.. eh, kitorang masuk awal sangat ke.. nampak sangat terlebih excited.. tapi masa nak masuk tadi tak ada orang halang masuk pun..

Hehe.. Harry Potter wayang kosong? memang tak la kan.. kitorang beli tiket wayang ni pagi-pagi semua penuh.. tinggal tiket untuk malam je.. itupun tinggal seat bahagian depan je.. huhu.. mendongak la kitorang yang kat depan ni.. hall dia pulak kecik je.. 2 jam lebih mendongak, lenguh jugak la kepala ni.. 


Harry Potter and the Deathly Hallows...

Sebenarnya aku bukan lah peminat tegar Harry Potter.. banyak jugak la episod Harry Potter ni yang aku tak tengok.. tapi bila tengok cerita ni malam semalam.. best-best.. memang best cerita ni.. part yang sedih tu bila Harry Potter mati... aku dengar ada suara orang nangis tau masa Harry Potter mati tu.. hehe.. kalau nak tahu kena tengok la.. nak cerita lebih-lebih nanti panjang menjela pulak entri ni.. 






Jul 17, 2011

Ops Buang..

Rasa tak puas hati pulak dengan blog sendiri.. walaupun belum ada orang yang komen atau tegur pasal blog ni, tapi bagi aku sebagai tuan blog ni rasa macam semak bila tengok blog sendiri.. hehe.. sedangkan tuan blog tengok blog sendiri pun dah semak, macam mana lah dengan orang-orang yang berkunjung ke blog ni? huhu

dan sebab itu jugak, aku buat renovation sikit dekat blog ni... mungkin korang tak perasan, tapi sebenarnya banyak jugak benda-benda yang aku dah buang dalam blog ni.. dan susun atur blog ni pun dah berubah.. 

antara yang aku dah ubah dalam blog ni..

  1. Bloglist.. dulu tamak sangat sampai ada 5 bloglist .. sekarang dah kurangkan jadi 2 je..
  2. Scroll.. dulu aku tak buat scroll ni.. sekarang bloglist dan blog archive aku dah letak scroll untuk mengelakkan list yang panjang.. 
  3. Reply.. untuk komen dah ada button reply.. so tak yah susah-susah nak tulis balik nama2 pengomen bila membalas komen mereka.. terima kasih yang rajin komen.. ^_*
  4. Susun atur.. kalau ada yang perasan, aku dah ubah sikit-sikit susun atur widget-widget dalam blog ni.. supaya nampak lagi menarik..
  5. Widget-widget.. ada beberapa widget yang aku dah buang.. walaupun sebenarnya aku suka sangat dengan widget tu.. tapi demi kebaikan blog ini, aku dengan berat hati buang jugak widget-widget tu... 

dan itu je la kot perubahan yang aku dah buat kali ni.. dan bila analyze blog sueperbs.blogspot.com ni, keputusan yang aku dapat..




dah tak tau apa nak ubah lagi.. ini je la yang termampu setakat ni..

korang rasa nak check speed blog korang jugak? cuba test kat SINI

credit to Mr Nasz untuk info pasal page speed grade ni..




Segmen : Jom Terjah Blog Newbie



Slogan saya untuk segmen ni.. " JOM TERJAH HAHAHAH..."

Hehe.. entri yang saya pilih "Melatah"..

nak join segmen ni klik SINI


Jul 16, 2011

Kuliah yang meng “excited” kan..


Dah lama tak pergi kelas.. rindu pulak rasa nak pergi kuliah.. dulu bila masa ada kuliah asyik niat jahat nak ponteng je.. sekarang baru rasa betapa pentingnya kuliah itu.. huhu..

Pagi tadi aku tersangat lah excited nak pergi kuliah.. bukan kuliah kat U tu.. kuliah memandu la.. haha.. dah tua ni baru sedar diri nak belajar memandu.. bukan apa, dulu masa lepas sekolah aku memang tak rasa teringin pun nak memandu... aku suka orang yang bawak aku ( aiceh. Macam bos besar pulak..)

Masa kat UiTM dulu sebenarnya aku ada daftar kelas memandu sebab ada promotion sempena program apa tah, .. tak kisah bila-bila nak pergi pun boleh.. call je bagitahu orang tu, nanti dia jemput.. dan sampai lah dah habis belajar ni, aku tak pergi-pergi pun kelas tu.. duit pendaftaran burn macam tu je la.. huhu..

Dan sejak dua menjak ni semangat untuk ada lesen memandu membuak-buak... tambahan pulak abang dan kakak aku semua dah ada lesen.. di tambah lagi dengan kawan-kawan yang men’sycho’ aku, akhirnya aku nekad daftar lesen lagi.. L dan P untuk motor dan kereta..

jauh lagi perjalanan nya..


Pagi tadi kalau ikut jadual,pukul 9 dah start kuliah tu.. punyalah excited, pukul 8 dah terpacak kat situ.. tak tau nak buat apa, tengok je la gelagat-gelagat orang yang belajar memandu tu.. sebelum nak masuk kelas kena cap jari dulu.. dan maisng-masing ada kad sendiri untuk cap jari..

kad kedatangan guna cap jari..

Dan sebelum sampai tadi aku beli gula-gula untuk mengelakkan ngantuk.. sebab kat kelas dulu-dulu memang selalu mengantuk.. bila mengantuk je, aku kena cubit kawan sebelah, baru hilang ngantuk.. memandangkan aku pergi sorang je, tak kan lah nak cubit kawan yang duduk sebelah aku.. memang nak kena ‘pang’ la kan.. hehe

gula-gula ubat ngantuk..

Ye, dah nak pukul 10 baru start... ciss.. saje je membuat aku tertunggu-tunggu... nasib baik la penceramah tu tak bosan.. asyik nak buat lawak je.. walaupun ada lawak dia yang tak dapat respon, tapi dia tetap tak putus asa nak bagi orang gelak.. itu yang aku kagum.. ye la, yang datang belajar tu banyak peringkat umur, berbilang kaum.. dan ada jugak orang dari Indonesia yang masuk kelas tadi.. bukan senang nak mengajar orang ni..

Dan 3.30 petang tamat lah kuliah tadi.. lepas kuliah kena cap jari lagi.. dan tunggu untuk test komputer pulak.. excited..


Jul 15, 2011

BEN ASHAARI dan SEKOLAH


Kenangan zaman sekolah.. memang banyak sangat..

kenangan zaman sekolah rendah, pernah kena tinggal bas.. dua kali..

sekali tu, pergi mana tah dengan kawan.. lepas tu tunggu punya tunggu bas tak datang.. selalu bas datang sebelum pukul 6.30 .. dah maghrib tak sampai-sampai bas.. nasib baik la ada cikgu bertugas teman kan.. tunggu punya tunggu van datang.. rupanya bas rosak... ada budak dalam van tu ( dari sekolah lain) nangis teresak-esak ingatkan kena tinggal bas dah.. dalam hati aku "ala baru bas datang lambat sikit nak nangis.." (hehehe.. berlagak)..

kali ke dua, sama jugak.. kalini sampai dah pukul 8 bas tak datang-datang... aku ingat bas rosak lagi.. cikgu yang bertugas tu pun nak balik dah.. dia pun ada anak kat rumah nak jaga... last-last cikgu bagi handphone dia suruh call rumah.. aku call kat rumah, mak aku dah risau dah... apasal tak balik-balik padahal bas ada lalu tadi.. rupa-rupanya memang aku kena tinggal... ape la pakcik bas ni... nasib baik la ada cikgu teman kan...

apa-apa pun, aku cool okey.. tak nangis.. hehe (padahal dalam hati hanya Allah aje yang tahu)..

so korang yang nak join boleh klik SINI ye


Jul 14, 2011

...Acik Pembuat Banner...


Terima kasih banyak-banyak Acik sebab buat kan banner ... secara percuma pulak tu.. hehe.. ni ha banner yang cik buat..



Okey, segan lak tengok banner muka sendiri.. meow meow pulak tu.. haha..  Mesti Acik tak jumpa gambar lain dalam blog ni  kan.. sebenarnya ada, tapi memang susah nak jumpa pon.. 

Haha.. Acik ambil gambar profile.. gambar ni gambar tengah bosan kat ofis.. masa ni ngantuk tahap ekstreme .. bila dah ngantuk macam-macam la benda lain nak buat.. saje buat black and white ala ala zaman dulu-dulu.. oohh.. rupanya kena guna gambar berwarna baru boleh buat lip lap lip lap ye.. 

Wahai blogger-blogger sekalian, kalau korang nak bannerr free, korang mintak la Acik buat.. Acik buat free je tau.. korang berbuat baiklah dengan Acik ni... semakin baik semakin cantik banner yang Acik buatkan nanti.. hehehehe

Abis la Acik.. tak tido malam la nanti asyik buat banner je.. 

Untuk maklumat lebih lanjut, klik kat blog  ACIK..


Interview...

Siapa ada pengalaman interview (temuduga) ? atau mungkin korang yang jadi tukang temuduga? hmm.. pengalaman temuduga biasa-biasa tu ada la tapi kalau sorang di temuduga oleh 3 orang penemuduga atau lebih, aku tak pernah ada pengalaman lagi.. 

Ye, sebelum nak di ambil bekerja mesti la kena di interview dulu kan.. tapi kalau orang-orang yang tak biasa mesti gemuruh masa di interview.. kadang-kadang tu, dah prepare siap-siap dari rumah apa nak jawab tapi bila sampai bilik interview terus jadi 'blank'... dan aku sangat risau kalau benda tu jadi kat aku.. 

Yang ini tatacara temuduga yang sangat berguna untuk orang-orang yang sedang mencari kerja macam aku ni.. Benda-banda ni basic je tapi ye lah, kita kan manusia biasa.. mudah terlupa.. 



Gud Luck kepada sesiapa yang nak pergi temuduga.. Kalau gemuruh, banyak-banyakkan lah berselawat.. Insyaallah hilang perasaan  gemuruh tu.. 




Jul 13, 2011

SEGMEN KENALI BLOGGER SPORTING



Korang rasa korang sporting? kalau sporting jom lah join segmen ni.. jawab 4 soalan kacang putih ni.. hehe

Jantina : Perempuan ..
Umur : 22 tahun
Status : Bujang trang tang tang..
Negeri : Selangor

Nak join klik kat Header atau kat SINI


..Pangkor Giveaway..



Siapa nak ole-ole dari Pangkor? kalau nak join la segmen dari blog Kunang-kunang ni... tarikh tutup 17 Julai jam 12 malam.... 

boleh klik SINI untuk join...


Juvana episod 12...


 Juvana Episod 12 ... jom tengok jom... 





credit to Youtube


Wordless Wednesday ~5~






Jul 12, 2011

Botak kat Fuhh..

Johan Asari..

Eh eh ada Botak la kat Fuhh...

Korang-korang yang minat sangat ngan Botak ni, tengok lah Fuhh kat TV3 sekarang.. 11 malam sampai 12 malam... Botak (johan asari) dengan Liyana Jasmay artis undangan kat Fuhh..




MTV Jeritan Batinku - Azlan and The Typewriter...





dah tengok MTV jeritan batinku nyanyian Azlan and The Typewriter? suke dengan vokal Lan ni ... walaupun dah keluar meet uncle hussein, tetap sokong dia..

bila tengok MTV ni rasa macam tengok cerita seram pulak... huhu... cerita seram versi pendek... layan je la MTV Jeritan Batinku ni.. hehe



Jul 11, 2011

Juvana episod 12 - ramai yang tension tengok episod kali ni..


Siapa yang dah tengok Juvana mesti geram kan? episod kali ni banyak babak yang tak di sangka-sangka... 

Pertandingan debat yang ditunggu-tunggu telah tiba.. pihak media turut datang mebuat liputan.. Dato' Wira juga hadir untuk memberi sokongan.. Sebelum pertandingan debat akhir itu bermula, Daim terdengar perbualan antara warden dan Tony semasa keluar dari tandas.. Rupa-rupanya Warden (Tuan Raja) dah songlap duit yang Dato Wira peruntukkan untuk pelajar-pelajar sekolah tu.. memang tak patut betul la Tuan Raja ni.. tak amanah langsung.. bukan tu je, Tuan Raja pun langsung tak bagitahu Dato' Wira pasal kes Daim yang tak bersalah tu.. Pita rakaman Daim dengan Kedah yang sepatutnya dijadikan bukti di simpan dalam peti besi je..


sebelum pertandingan debat..


Bila Daim tanya Dato' Wira pasal kes dia, Dato' Wira langsung tak tahu menahu pasal benda ni.. dan sebab itu jugak Daim tak boleh fokus dalam pertandingan debat akhir ..


Daim tak mampu menggulung hujah 


Daim sengaja nak kalah dalam pertandingan Debat tu dengan tujuan untuk memalukan Warden.. Daim hanya berani untuk cerita sebenar pada cikgu Zakiah sahaja.. 

Perbuatan Daim tu jugak menyebabkan semua benci dan marah dengan Daim.. Apek sampaikan nak pindah bilik Komeng sebab menyampah dengan Daim.. Apek pun hampir nak belasah Daim.. tapi lepas Daim terangkan hal sebenar, barulah Apek dapat terima.. Daim juga menceritakan hal yang sama kepada Ayam, Kicap, Gaban dan Komeng.. tapi Botak curi-curi dengar perbualan mereka..

Botak masih dengan perangai jahat dia.. dia bersetuju nak berkomplot dengan Tony dan Tuan Raja.. Semasa Daim dan geng-geng yang lain tengah berbincang macam mana nak cari bukti, Tuan Raja, Tony dan Botak datang.. Daim di tuduh menyebarkan cerita-cerita palsu..  oleh sebab Daim buat masalah Tuan Raja menyuruh Daim disumbatkan ke dalam penjara.. tapi kawan-kawan yang lain tak puas hati.. diorang nak kan penjelasaan pasal kes songlap duit mereka tu.. 

Tak pasal-pasal semua kena hukum ..  Cikgu Azmi pulak dengan tergesa-gesa memaklumkan Cikgu Zakiah yang pelajar-pelajar sedang di hukum.. diorang kena belasah.. hukuman berat dikenakan iaitu seminggu dikurung tanpa makan dan minum.. cikgu Zakiah cuba menghalang tapi dia di halau keluar.. 

Yang paling menyakitkan hati bila Tuan Raja tu cakap " cikgu Zakiah, ini bukan sekolah, ini penjara ! " .. 

Tuan Raja - warden yang sangat kejam..


Sementara tu Cikgu Zakiah memberitahu Cikgu Azmi tentang perbuatan jahat Tuan Raja tu.. dia nak menunjukkan bukti yang Tuan Raja dah songlap duit sekolah kepada pihak berkuasa.. Cikgu Azmi pun mahu ikut sama.. tapi.... belum sempat Cikgu Zakiah tutup pintu kereta, Cikgu Azmi menangkup muka cikgu Zakiah dengan kain sehingga pengsan... dan sekarang, siapa lagi yang boleh dipercayai? 

Aku mati-mati ingat Cikgu Azmi tu baik.. arghh.. tension pulak tengok Juvana episod 12 ni.. semua jahat.. kalau cikgu-cikgu pun jahat, baik namakan sekolah cikgu jahat je.. haisyh.. emosi pulak dengan cerita Juvana ni.. dan minggu depan episod akhir.. tak sabar nak tahu apa kesudahan dia.. 


kepada yang minat cerita Juvana ni boleh like fanpage Juvana

dan kepada yang terlepas tengok cerita Juvana boleh tengok kat TONTON..




Juvana Episod 11 - part akhir..





Yang ini part masa Kedah nak balik dah selepas kes dia selesai.. dan paling sedih masa Kedah peluk Botak.. teringat pulak masa aku nak keluar dari kem PLKN sebab nak masuk matrik.. aku sempat ikut kem tu selama dua bulan je ... tapi memang hubungan kitorang satu kompeni ( aku kompeni charlie) sangat rapat...  yang paling sedih bila satu kompeni buat tepuk semangat untuk aku sorang... dan bila peluk dengan kawan-kawan (perempuan je ye.. hehe).. terkeluar jugak air mata ni.. huhu... tapi kem PLKN tu tiga bulan je.. 

serius memang best bagi aku walaupun ada yang seboleh-bolehnya tak nak pergi kem tu.. kepada adik-adik yang dapat PLKN tu, memang beruntung la.. banyak pengalaman berguna boleh dapat kat situ.. 

Malam ni Juvana episod 12.. jom tengok jom... tak puas hati dengan warden tu.. apa muslihat dia sebenar ye??


Jul 10, 2011

Hari Ahad di KL yang aman...


Di sebabkan perhimpunan bersih semalam, aku postpone nak melawat kakak kat Wangsa Maju... semalam kan jalan banyak tutup.. duduk rumah je la main dengan meow-meow.. hari ni masa untuk jalan-jalan dengan mak dan ayah aku pulak... 

Hari ni first time melawat kakak aku selepas baru pindah rumah sewa baru.. Dapat jugak lepas geram naik skooter kakak aku hari ni.. teringin nak beli satu.. hehe.. (lesen pun tak ada .. malu pulak mengaku kat sini.. heh)..  

Oh ye, ada kucing jugak kat rumah sewa kakak aku tu.. jiran sebelah punya.. tapi dia suka datang dan masuk rumah kakak ... kakak aku cerita bila balik kerja mesti kucing ni sambut.. siap kejar sampai pintu rumah lagi..  aku rasa kucing ni mesti kucing jantan yang miang ni.. ye lah kan semua kat rumah sewa tu anak-anak dara je.. hehe.. terlupa pulak nak snap pic kucing tu.. kalau tak, boleh jugak tunjuk kat korang..

Lepas tu pergi Ampang settle kan benda yang belum settle dan sebelum balik, kami cari makan pulak .. mak aku teringin nak makan Pizza tapi ayah aku nak makan Mi Rebus Kampung Baru.. ayah aku bukan suka makan fast food ni.. dia lebih suka makan kat gerai makan biasa.. dah ayah aku yang drive, mak aku terpaksa mengalah .. aku?? aku ikut je.. semua aku bedal.. yang penting halal.. hehe..

Masa nak order makanan , semua order mi rebus.. nak jugak rasa mi rebus Kampung Baru ni.. apa yang special sangat sampai ayah aku nak makan kat situ.. masa order air, ayah order teh 'o', mak order fresh oren.. aku? aku order air masak.. entah apasal budak laki yang ambil order tu tersenyum pulak bila aku order air masak.. mesti dalam hati dia 'air masak je?'.. hmm.. dari pagi tak minum air masak.. aku perlu air masak...

mi rebus Kampung Baru.


Rasa mi rebus ni boleh tahan la sedap.. Alhamdulillah, kenyang sudah.. Lepas makan, kami kembali ke rumah.. trafik kuala lumpur hari ni tak sesak seperti selalu.. tak ada road block.. wah.. kalau hari-hari kuala lumpur macam ni... hmm..



ps: trafik blog aku pun macam kuala lumpur jugak.. suram aje.. hee




Photoshoot...


Aku buat photoshoot? untuk majalah mana? ke surat khabar? heh.. jangan nak berangan sangat la kan.. majalah mana lah pulak nak ambil aku ni untuk photoshoot.. cover majalah lagi la tak mungkin..

oh ye.. dah lama tak beli majalah.. zaman sekolah dulu aku suka sangat beli majalah.. bila tulis biodata pun saya letak hobi membaca majalah ( buku teks tak minat?)..  bila masuk kedai buku mesti nak tengok majalah.. mata ni asyik nampak majalah je.. 

majalah yang di beli majalah hiburan pulak tu... haisyh.. bila teringat balik rasa menyesal pun ada.. duit belanja mak bagi pergi buat beli majalah.. kalau duit tu aku simpan , entah-entah dah boleh beli rumah banglo dah.. (melampau la tu.. hehe).. last-last buang jugak majalah-majalah tak berfaedah  tu.. sangat lah membazir..

bila dah masuk matrik aku tak beli dah majalah hiburan yang melampau ni.. aku beli majalah Remaja je ... remaja lah katakan..  tapi sekarang ni dah lama tak beli majalah Remaja tu.. masuk kedai buku pun dah tak nampak majalah dah.. (rabun)

bukan majalah tajuk utama sekarang ni.. aku nak cakap pasal photoshoot sebenarnya.. tadi aku tiba-tiba bersemangat nak buat photoshoot untuk model-model di bawah jagaan aku.. (aku lah pengurus mereka).. taku gunakan tiga model untuk photoshoot pertama ni..

tapi model-model aku ni degil sikit.. aku suruh pandang kamera dia pandang tempat lain.. aku suruh buat muka cute, dia buat muka masam.. aku suruh senyum dia jeling.. haisyh... belum terkenal lagi dah buat perangai.. nasib baik lah aku ni pengurus korang..

selama lebih kurang 3 jam, maka selesai lah photoshoot dengan diorang.. oleh sebab diorang ni bukan model profesional, untuk kali ni aku tak bagi gaji.. aku belanja makan je.. diorang pun happy dapat makan.. diorang tak pandang sangat duit-duit ni.. lain kali boleh la ambil diorang untuk photoshoot lagi.. cuma kena tahan sikit la dengan perangai diorang..

nak tengok hasil-hasil photoshoot model-model di bawah pengurusan aku tak? tengok la ni... 

aku cakap senyumm... 


apa yang korang pandang tu? pandang la kamera ni..

yang ni masa aku suruh buat aksi kiut..


banyak kerenah kan model-model aku nih.. hehe.. photoshoot paling bajet.. guna kamera biasa.. aku mana ada DSLR... huhu.. nanti nak upload gambar diorang lagi .. 




Jul 9, 2011

Ost Juvana Tv3 ( Drama Band - Babak Pertama )




Hari ni hari sabtu.. esok hari Ahad.. lusa hari Isnin.... apa kena dengan hang ni ? mengira hari pulak.. hehe.. . Isnin ada Juvana.... 2 minggu je lagi Juvana nak habis... sambung la lagi.. best cerita macam ni.... layannn....




Jul 8, 2011

shiema sufian : FIRST GIVEAWAY


First time masuk blog Shiema Suffian setelah di Tag oleh Syuna.. menarik jugak segmen ni.. hadiah pertama pendrive 8 gig.. dan banyak hadiah lain lagi.. kalau nak join klik la kat SINI ye..

Shiema suruh komen blog dia.. overall saya rasa ok je.. kemas dan menarik... saya suka.. hehe.. tahniah sebab dah sampai ke tahap ini.. follower dah menjangkau 534 ( setakat sekarang ni).. saya pun tak sampai 500 lagi.. apa pun, selamat berblogging ye Shiema.. 



Esok ke mana?



Kecoh sekarang ni pasal perhimpunan Bersih yang tetap nak diadakan esok.. Warga-warga Kuala Lumpur, antara jalan-jalan yang ditutup esok 


- Lebuh Ampang
- KLCC
- Bank Negara
- Dataran Merdeka
- Sogo
- Chow Kit
- Menara Sultan Ismail
- Masjid Negara
- Jalan Raja Chulan
- Jalan Ipoh
- Sentul
- Jalan Tuanku Abdul Rahman
- Jalan P. Ramlee
- Jalan Bandar
- Subang Jaya (Near Segi)
- Sunway Pyramid dan Subang Parade
- The Federal Highway
- LDP




dengar kata tengah ada road block start dari pukul  4 petang tadi sampai tengah malam.. Federal, klang Lama, Puchong-Damansara...  


bagaimana agaknya esok ye.. perhimpunan diteruskan atau tak.. politik.. hmm... semoga tiada malapetaka yang akan berlaku esok.. Amin