sueperb pages

Jun 24, 2011

Imam Muda Minggu ke 8



Tema Imam Muda minggu ke 8 ialah kematian..

Tugasan untuk minggu ke lapan sangat mencabar di mana Imam Muda ditugaskan untuk menguruskan jenazah yang menghidap penyakit berbahaya seperti HIV... Jenazah juga tidak dituntut oleh ahli keluarga..

Menguruskan jenazah itu adalah perkara yang wajib. Oleh itu Imam Muda dipertanggungjawab untuk menguruskan jenazah tersebut seperti jenazah muslim yang lain.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita tidak seharusnya meratapi kematian dengan menangis teresak-esak dan meraung-raung di atas pemergian seseorang itu.. Kita perlu menerima hakikat bahawa ajal dan maut itu telah ditentukan oleh Allah swt.. Sebagai hamba yang masih hidup ini, seeloknya kita mendoakan kesejahteraan arwah dan mensedekahkan Al-fatihah buat mereka..

Untuk Imam Muda minggu ke lapan, Imam Muda terbaik di sandang oleh Imam Muda Hassan.. Beliau telah menerima ganjaran percutian ke Indonesia..

Imam Muda Hassan..

Imam Muda yang tersingkir pada minggu ke 8 ini ialah Imam Muda Fatah.. Walaupun beliau pernah menduduki tempat teratas sebanyak 3 kali, tetapi mungkin rezeki tidak memihak kepadanya untuk menjadi Imam Muda terunggul.. Walaubagaimanapun, pembelajaran akan diteruskan seperti biasa bersama dengan Imam-Imam muda yang lain..

Imam Muda Fatah..


penerangan yang lebih detail dan menarik tentang Imam Muda bolehlah baca di BLOG INI..


2 komen SUEPERBS...:

Acik said...[Re perbs]

Imam muda mana pilihan kalbu? heheee ...

sue perbs.. said...[Re perbs]

@ Acik : hehe.. semua pun boleh..