Untuk episod 9 kali ni, 2 tenaga pengajar di Sekolah Wira Bakti yang telah di buang dahulu, diserap untuk kembali berkhidmat.. Cikgu Zakiah yang sebelum ni di berhentikan kerana tidak dapat mengawal keadaan kelas sehingga menyebabkan murid-murid bergaduh kini diserap semula atas arahan Datuk Wira.
cikgu Zakiah..
Sementara itu, Gaban dan Kicap (cerita di episod 8) meminta tolong Daim untuk menuliskan surat untuk Ibu bapa mereka.. Daim pula meminta Nadia membelikan kertas dan pen tetapi telah dirampas oleh Tony (pengawal yang diserap masuk semula).. akibatnya semua pelajar telah dihukum..
Botak mempersoalkan mengapa cikgu Zakiah masuk semula selepas di berhentikan.. Cikgu Zakiah kembali dengan niat untuk menubuhkan kelab debat.. Nadia pula tidak putus asa memberikan alatan menulis surat kepada Daim.. setelah dipastikan Botak dan Tony tiada, Kicap dan Gaban duduk bersama Daim dan Apek di satu tempat untuk menulis surat yang ingin di kirimkan kepada ibu bapa mereka.. Tapi Ayam telah nampak apa yang mereka lakukan dan memberitahu Botak.. Botak sangat marah dan telah membelasah Kicap dan Gaban dengan teruk sekali.. Botak merasakan yang Daim yang telah menyebabkan mereka tidak mengikut Botak lagi.. kedudukannya sebagai Taiko dirasakan tercabar..
Oleh sebab terlalu marah, Botak dan Ayam pergi mencari Daim.. Sementara itu, Daim, Apek dan budak Kedah telah menawarkan diri untuk menyertai kelab debat yang dianjurkan cikgu Zakiah.. mereka berlatih berdebat mengikut tajuk yang di beri oleh cikgu Zakiah iaitu mengenai masalah pembuangan bayi.. Ayam yang mengintai mereka untuk memastikan di mana mereka berada teringat akan kesalahan yang pernah dilakukan di mana dia pernah mebuang bayi bersama teman wanitanya..
profil pelajar.. Ayam..
akibat terlalu sibuk dengan kerja, ibu Ayam langsung tidak tahu yang Ayam dan teman wanitanya telah terlanjur... akibat daripa itu, teman wanitanya telah mengandung.. tapi mereka berjaya menyembunyikan daripada pengetahuan ibubapa masing-masing sehinggalah bayi itu dilahirkan.. mereka telah membuang bayi di kawasan semak namun seorang lelaki telah terjumpa bayi itu.. akhirnya Ayam dan teman wanita nya di tangkap polis akibat kesalahan membuang bayi tersebut.. sementara ibu Ayam seolah tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.. akibat dari terlalu sibuk dengan kerja, ibunya telah mengabaikan anakya sendiri..
pengajarannya di sini, ibubapa tidak seharusnya mengabaikan anak.. anak-anak memerlukan kasih sayang dari keluarga.. anak-anak perlu dididik dengan sebaiknya.. dan bagi remaja pula janganlah terlalu mudah untuk jatuh ke lembah maksiat.. kawal lah nafsu dan ingatlah kuasa Allah.. maksiat sememangnya satu perbuatan yang sangat dilaknat oleh Allah.. dan bagi yang sudah terlanjur itu, taubatlah dan kembali ke pangkal jalan.. janganlah dibuang bayi yang tidak berdosa itu.. cukup lah dengan dosa maksiat.. tak perlu ditambah lagi dengan dosa membunuh bayi yang tidak berdosa itu..
nak tengok Juvana episod 9 tengok kat SINI
5 komen SUEPERBS...:
uh, nape rasa cam komplicated benar citer ni? hahaaa
haha.. sebab sy yg mengkomlicated kan nye kot... kena tngk sndiri kot..
best cite ni..
dah lama xtengok cite juvana ni.. xde tv kt sini.. huwaaaaa~ T_T
@ ArulchelseA : memang best
@ NusaNa NoSa 91 : tk de tv leh tngk kat tenet je.. tonton kan ade.. ^_*
Post a Comment