sueperb pages

Jun 28, 2011

Juvana episod 10



Dah tengok Juvana malam semalam? dalam episod 10 semalam, Botak begitu marah dengan Ayam bila Ayam menghalangnya dari memukul Daim dan geng yang lain semasa mereka sedang berlatih debat.. Ayam, kawan yang paling rapat dengannya pun sanggup dibelasah... Botak oh botak..

Pemimpin yang zalim akan di benci, pemimpin yang belas kasihan akan rakyatnya akan di ingati sampai bila-bila.. lebih kurang macam tu la kata-kata cikgu Zakiah yang membuatkan Botak terfikir.. Ayam takut untuk berhadapan dengan Botak.. dia mengikut Daim, Kedah dan Apek yang berniat membantu menentang Botak.. Sementara tu, Botak yang perasan Ayam, Kicap dan Gaban yang semakin menjauhi dirinya cuba berbuat baik dengan mereka.. (baik giler Botak time ni)..  Ayam pun terpengaruh dan kembali kepada Botak.. tapi rupa-rupanya Botak berlakon je.. Ayam dibelasah lagi.. 

Berkenaan dengan surat yang Gaban dan Kicap suruh Daim tuliskan haritu, surat mereka telah dibalas semula oleh ibubapa mereka.. Ibu bapa mereka yakin yang mereka juga mampu berubah.. itu yang manaikkan lagi semangat Gaban dan Kicap..

Sementara itu, Ayam, Gaban dan Kicap pula turut mengikut jejak Daim, Apek dan Kedah menyertai kelab debat.. pada mulanya mereka tidak yakin, tapi dengan keyakinan yang diberikan oleh Cikgu Zakiah dan ahli debat yang lain, mereka semakin berani.. satu pertandingan debat telah diaturkan dimana mereka perlu berdebat dengan sebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar wanita.. 


Daim sedang menyampaikan idea-idea nya..

Mereka telah berdebat dengan begitu bersungguh-sungguh.. tapi Kedah tidak dapat mengawal diri apabila pelajar-pelajar perempuan yang berdebat dengan sekolah mereka itu mengutuknya..  oleh sebab itu juga, mereka kalah dalam pertandingan debat itu.. perbuatan Kedah itu membuatkan warden sangat marah dan tidak mengizinkan kelab debat itu diteruskan lagi.. tapi Cikgu Zakiah yang begitu bersungguh-sungguh ingin membantu pelajar-palajar tersebut, merayu kepada warden supaya dapat meneruskan pertandingan debat dengan sekolah lain pula.. 

Barisan pendebat yang hebat..



untuk pertandingan debat yang seterusnya, Apek, Ayam dan Daim telah mewakili sekolah mereka.. dengan idea-idea yang bernas dan skil debat yang mengagumkan, akhirnya Sekolah Wira Bakti telah muncul sebagai juara buat pertama kali.. warden turut gembira dengan kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah..

Sekolah Wira Bakti menjadi juara debat


Berkat usaha bersungguh-sungguh, akhirnya dapat menjadi juara..


Sekolah Wira Bakti akan menganjurkan pertandingan debat lagi.. kali ni, pihak media juga akan dijemput.. Sementara itu, Botak semakin hilang kawan.. ramai yang telah meninggalkannya dan tidak mahu mengikutnya lagi.. apa agaknya nasib Botak minggu depan ye?? di pengakhiran cerita, Kedah mula ingat akan kes Daim.. dia seolah tahu siapa yang sebenarnya membunuh ibu Daim.. nak tahu kena tengok minggu depan la ye..



ps: terlepas tengok kat TV tengok cerita Juvana kat SINI pon boleh.. 




4 komen SUEPERBS...:

syarifahsidrus said...[Re perbs]

xsabar tunggu the next episode

sue perbs.. said...[Re perbs]

@syarifahsidrus : huuh.. tpi dh tinggal brape episod je lgi nk abis

a r i l said...[Re perbs]

hehe..mest layan juvana..luv botak..hahaha

sue perbs.. said...[Re perbs]

@ aril: layan.. bile botak nak insaf nih