sueperb pages

Apr 30, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 5 - Jozan



Macam biasa, persembahan Jozan yang tak mengecewakan... hahah.. my favourite..

pada minggu ke 5 ni Jihan satu satunya peserta wanita telah terkeluar... Jozan still the best... tidak lupa kepada group SEPAH dan BALAS...


credit to enjoyshows..

Apr 28, 2011

Mentor 5 Salma & Azlan and The Typewriter - Jeritan Batinku



sungguh power suara Azlan ni.. suke sangat...

persembahan Azlan dan Salma masa Mentor minggu lepas..

Makan sampai muntah...

Update yang tak up to date..  biasalah aku ni... nak update cerita pasal isnin lepas... isnin haritu aku pergi ofis kejap nak ambil barang.. lepastu dah janji nak keluar beli barang dengan abang dan isterinya.. (kak ipar ku)..


lepas beli barang keluar makan kat warung kejap... tiba-tiba teringat ada kedai makan durian sampai kenyang kat PJ... Bayar RM 10 sahaja dan makan la berapa banyak pun yang penting kena makan kat situ.. 


oleh sebab tiga-tiga orang ni memang hantu durian, apa lagi, terjah la..


sampai kat sana banyak sangat kedai yang jual durian samapai tak tahu nak makan kat kedai mana satu... nak cari kedai yang makan sampai kenyang tu tapi tak ada pulak.. semua kira timbang kilo.. mungkin ada musim musim dia kot baru ada offer macam tu..


tak kisah la... dah sampai kedai durian tak kan tak nak makan langsung.. so kitorang pon pilih la 3 jenis durian (3 aje ke? kata hantu durian?) tak baik tamak..kalau tak cukup tambah la lagi..

harga-harga durian..

kami pilih 3 jenis durian.. Durian D24, D 101 dan X O kot.. (aku tak ingat)... selama ni mana pernah ambil kisah dengan nama durian.. main ngap je masuk mulut.. kat situ orang kedai yang kopek kan.. tinggal ngap je la..

durian sedap punya... 

masing-masing dengan tak sabar dan rakus nya pun makan la durian tu.. fuhh... lepas geram.. dan tengok la hasil aku, abang dan kakak iparku makan...

tinggal kulit..

mak ai... banyak nya makan... ok.. tipu je... bakul kulit durian tu kongsi dengan orang sebelah punya.. sebab baru lepas makan kat warung, kami hanya mampu membelasah 3 biji durian aje... sikit je kan... huhu.. tak apa la.. lain kali boleh makan lagi..



p/s: teringin nak makan durian dalam dusun dan kutip durian




Apr 27, 2011

bukan nak mengata nak mengumpat je ...





Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.

Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;
  1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
  2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
  3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
  4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
  5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;
  6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
Lima cara henti sifat mengumpat

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan perkara yang wajib kita ikuti untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;
  • Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;
  • Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;
  • Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.


credit to  FB page~JOM TUTUP AURAT DAN JAGA AKHLAK~


p/s : renungan dan iktibar untuk saya juga... 


Harga emas kekal tinggi


Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns

HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.

Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.
Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.

“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil.
Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.
Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.
Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”

Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu.
Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.
“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP

Apr 26, 2011

Sila rajin....



okeyh... monyet ni bukan monyet aku...

hmmm.. tak sedar diri betul la aku ni... bila tah nak insaf ni... huh.. 

walaupun thesis dah nak kena submit, next week nak present.. boleh pulak aku dok rilax je...  memang nak kena betul la... ok.. time time macam ni memang sangat la tension.. perlukan motivasi... 

apa-apa pun aku berpegang pada ayat ni:

      Tiada siapa dapat mengubah seseorang itu melainkan orang itu mengubah diri nya sendiri..


sekian... 

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH ..





join segmen mr Ben Ashaari lagi... kenangan masa sekolah.. hmm... dah 5 tahun kot meninggalkan zaman persekolahan ni.. 


sekolah rendah di SK Alam Shah (1)
sekolah menegah di SMK (P) Sri Aman dan SMK Pendamaran Jaya


* ada siapa-siapa yang pernah sama sekolah dengan saya?? hehehe.. kalau ada... tegur-tegur lah ye.. 


kenangan sekolah rendah...
emm.. banyak dah lupa.. huhu.. apa yang aku ingat, masa sekolah rendah aku jadi Penolong Ketua Pengawas... Serius aku rasa tak layak.. aku pengawas paling diam kot masa tu... Ketua Pengawas bersama aku masa tu Mohd Zaid...  masa darjah 5 kami berdua ditugaskan untuk tekan loceng masuk kelas, keluar rehat masuk kelas lepas rehat dan balik... masa mula-mula tu memang excited nak tekan butang loceng tu sampaikan kitorang berdua lumba kejar mengejar sampai kat ofis tu (butang loceng kat ofis)... lepas tu dah 5,6 bulan , dua2 dah bosan tekan loceng sampaikan budak-budak selalu lambat masuk kelas sebab tak ada yang tukang tekan loceng... last-last orang ofis yang tolong tekan kan.. yang paling best jadi pengawas ni boleh ponteng kelas.. alasan nya kena jaga kelas yang tak ada cikgu... hehehe... padahal merayau je kadang-kadang tu..




kenangan sekolah menengah...
kalau sekolah menengah aku sekolah kat sekolah perempuan sampai form 4... form 5 aku pindah ke sekolah campur..  memang agak janggal la jadi budak baru ni.. aku jenis pendiam dan pemalu (sila jangan muntah.. heee) ... so orang lain la yang akan tegur aku dulu.. sekali tu aku pergi la tandas sorang-sorang, lepas tu aku nak keluar tandas tiba-tiba ada budak perempuan ni tahan.. aku ingat dia nak buli aku (dia sememangnya kecik dari aku)... rupanya dia nak mintak biodata... dia cakap nak jadi adik angkat... hahahaha... kelakar jugak bila teringat balik... mungkin aku ada rupa kakak yang baik kot... heheh... padahal aku ni anak bongsu... tak pe.. aku layan je la... 




P/s : hehehe.... rindu zaman persekolahan.. *_^

Apr 24, 2011

Imam Muda Musim ke 2...

Program Imam Muda kembali... 10 peserta telah terpilih.. Juara Program Imam Muda Musim Pertama Imam Muda Asyraf.. Siapa pula juara untuk musim ke 2 ini?

Berikut adalah senarai peserta dan sedikit info mengenai peserta-peserta Imam Muda Musim ke 2 ini..


Imam Muda Hassan Adli Yahaya, 26 thn, Air Tawar, Perak. Imam Muda Hassan adalah seorang Pensyarah. Di waktu lapang Imam Muda Hassan suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam. Imam Muda Hassan seorang yang pemalu tetapi selepas mengenalinya ternyata Imam Muda Hassan seorang yang peramah dan suka berkongsi ilmu.



Imam Muda Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada aje topik dan lawak yang disampaikan bersuaianlah dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. Imam Muda Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah sumber informasi buatnya. Tidak pernah tinggal MP3 nya.




Imam Muda Mujahid Suhaimi, 20 thn, Woodlands, Singapura. Imam Muda Mujahid anak jati kota metropolitan. Imam Muda Mujahid antara salah seorang peserta termuda dalam Imam Muda Musim Ke-2 dan pernah beraksi dalam sukan Gimnastik dan masih lagi menuntut.



Imam Muda Amar Wan Harun, 27 thn, Alor Setar, Kedah. Imam Muda Amar masih bergelar seorang mahasiswa. Banyak menghabiskan masa bersama rakan di kolej dengan melakukan aktiviti bersukan. Imam Muda Amar suka bermain video. Imam Muda Amar juga mempunyai keunikan mengubat menggunakan pendekatan AURA seseorang. Seorang yang sempoi tapi penuh dengan ilmu agama di dada.




Imam Muda Fakhrul Hassan, 27 thn, Terengganu. Imam Muda Fakhrul adalah seorang Imam di tempatnya. Istimewa tentang Imam Muda Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa. Imam Muda Fakhrul suka memancing dan menonton filem. Imam Muda Fakhrul adalah lulusan dari Universiti Sains dan Teknologi Yemen.


Imam Muda Nadji Wan Mohd Noh, 20 thn, Kajang, Selangor. Anak Kelantan ini, salah seorang pelajar dan peserta paling muda untuk musim ini. Imam Muda Nadji cukup minat dengan sukan bola keranjang dan futsal. Imam Muda Nadji juga penyokong kuat kelab bolasepak Chelsea. Dari keluaraga yang kuat agama ayahnya seorang Guru Taranum.



Mohd Azlan Zulkarnain, 25 thn, Kuala Lumpur. Biaraun masih muda, anak jati KL yang juga seorang jurutera di sebuah syarikat gergasi petroleum ini nampak matang. Lihat saja gayanya berbicara, petah dan ada 'isi'. Jadi tidak hairanlah Imam Muda Azlan memberitahu bahawa dia gemar menulis blog. Pasti ramai yang ingin membaca coretan Imam Muda Azlan.


Imam Muda Fakhrul Hassan, 27 thn, Terengganu. Imam Muda Fakhrul adalah seorang Imam di tempatnya. Istimewa tentang Imam Muda Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa. Imam Muda Fakhrul suka memancing dan menonton filem. Beliau adalah lulusan dari Universiti Sains dan Teknologi Yemen.



Imam Muda Fadli Hj Awang, 24 thn, Brunei Darussalam. Imam Muda Fadli merupakan satu-satunya peserta dari Brunei. Bertugas sebagai Pegawai Masjid, masa yang ada banyak digunakan untuk menelaah bahan-bahan agama dan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu Imam Muda Fadli juga suka menonton TV.



Imam Muda Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 thn, Segamat, Johor, merupakan seorang Guru Besar. Selain gemar berkebun, Imam Muda Nazrul berbakat menyanyi. Irama Nasyid menjadi pilihan. Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan Imam Muda Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja. Baru mendapat cahaya mata kedua bulan lalu.




saksikan program Imam Muda di Astro Oasis saluran 106.
Medan Imam Muda setiap Jumaat bermula 29 April 2011 pukul 9 malam sehingga 10 Malam..


untuk info lebih lanjut like fanpage IMAM MUDA di Facebook..

Apr 23, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !





Hari-hari minggu ni nak jugak join segmen dari mr BEN ASHAARI.. rajin sungguh mr BEN ASHAARI ni buat segmen untuk blogger-bloger.. i salute u lah.. 


Untuk join segmen ni mudah je, jawab 2 soalan mudah..




Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog


Saya terpengaruh buat blog oleh sebab Prof Dr Zaidi...  prof yang mengajar subjek 'Strategic Management' semester lepas.. saya sangat suka prof ini sebab beliau sangat kelakar dan pandai ambil hati student.. blog nya biasa je tapi dia selalu cakap kebaikan berblog ni... so saya buat la blog masa tu tengah nak final exam... then, tinggal macam tu je.. sangat jarang nak update sebab memang tak ada idea.. masa mula update bila dah praktikal kat bank, seorang dari pegawai kat situ dia kata dia ada baca blog saya dan saya pun macam ... ohhh... ada jugak yang baca blog saya... dan ketika itu follower saya adalah '0'...


ketika itu saya sudah mula rasa semangat nak menulis.. dan ketika itu saya telah terjumpa blog Elia si jejari runcing tu.. (gf Khairul Fahmi Che Mat la)... saya suka baca blog dia dan saya banyak belajar pasal blog ni dari blog dia.. dan saya mula nak aktifkan diri berblogging... saya start blogwalking, komen  dan alhamdulillah ada juga yang sudi follow..


dari blogwalking la saya jumpa blog-blog famous macam blog mr BEN ASHAARI ni..




Siapakah sumber inspirasi anda


selain cik Elia, tentunya mr BEN AHAARI.. yang lain tu seperti Maria Elena, Nana Osaki, Cik Epal , Anwar Hadi dan ramai lagi sebanarnya....




p/s: terlebih panjang suda.. hehe

Fakta pedas dan hmmm...


Assalamualaikum, saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam


Semua statistik adalah dari perangkaan JAIM, JAIS, sekolah pondok, stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, dan kementerian perpaduan penduduk.


p/s : sumber: thanks to rakan fb.. Nur Hummida.. 

Apr 22, 2011

Hey Gay... kembali la ke pangkal jalan...

Gay.. hubungan songsang lelaki dengan lelaki... kenapa? mengikut yang selalu aku dengar dan baca pasal golongan yang bukan lelaki 'straight' ni, naluri dia dah memang macam tu sejak kecil adalah naluri perempuan... Astaghfirullahalazim... kenapa macam tu ye? Aku bersyukur aku bukan tergolong dalam golongan macam tu.. bukan nak membenci bukan nak menghukum, tapi kembali lah ke pangkal jalan...






semalam baru tengok cerita pasal gay.. Dalam Botol... yang dulu ada kontroversi pasal pelakon utamanya nya 'Arja Lee' tu.. watak Rudy dan Ghous yang mempunyai hubungan songsang.. Ruby sampai sanggup nak ubah penampilan jadi perempuan... betapa hancur nya hati mak dan ayah Ruby melihat anak nya yang sesat tu.. dari kecik dibela, bila dah besar kenapa sampai jadi macamtu? Ruby kata dia tak nak menipu, dia jujur pada diri sendiri... huh.. Jujur ke macam tu??


Ya Allah... tetapkan lah hati kami... semoga kami berada di jalan yang lurus...




P/s; raza dunia macam dah sangat teruk.. tanda-tanda akhir zaman..



Apr 21, 2011

berlagak ratu dowh...




layak ke nak jadi ratu setakat muka cantik tapi perangai astaghfirullahallazim, hati busuk, pentingkan diri, hasad dengki dan semua la yang busuk2..

rilex2... aku pun bukan la sempurna sangat...  banyak kekurangan pun.. sebenarnya nak review cerita Ratu The Movie yang baru aku tengok ( thanx to Dira) yang pinjamkan kat aku...

ye.. aku tau cerita tu agak dah lama... tak up to date la aku ni... hehe... bukan apa, malas nak tengok kat wayang, tak ada siapa nak teman.. 

emm... cerita dia pasal 10 orang peserta akhir program realiti Pertandingan Ratu Cantik yang berkumpul untuk pergi ke lokasi yang dah ditetapkan menaiki kapal layar.. masa belayar tu tiba-tiba ada ribut dan terpaksa mendarat di pulau.. banyak peristiwa aneh berlaku ... ada yang hilang dan masa tersadai kat hutan tu la dapat tengok sikap sebenar peserta-peserta tu... macam mana sorang tu sanggup nak bunuh kawan sendiri sebab tamakkan harta... dan macam mana bila kawan dalam kesusahan tak ada siapa nak tolong... macam mana perempuan tu asyik nak mengarah orang je, tapi tak nak tolong buat pun, sikap suka menyalahkan orang lain, pentingkan diri sendiri...  dan last-last rupanya semua tu memang dah di plan..

ok... sekarang dah tau benda tu dah di plan, memang tak surprise kan? macam tu la aku rasa bila kawan aku dah bagitau dulu pasal cerita ni..  bila aku dah tau pasal benda tu dah plan memang 'feel' dia lain sikit... sebab otak aku dari awal dah set  '' ala, semua ni dah plan''... hmmm... itu pasal la aku lebih suka orang tak cerita kat aku apa yang bakal terjadi walaupun orang tu dah tengok cerita tu dulu awal-awal... senyap-senyap sudah la... tak surprise la.. (huhuhu)

survival di hutan..



so, selepas tengok cerita tu aku rasa bolehla tahan, macam cerita biasa dan tak rasa macam movie pun... (ye la, tengok kat laptop, bukan kat wayang (wekk)... dan pasal pelakon-pelakon tu, kebanyakan nya pelakon baru... boleh nampak la beza pelakon yang dah pro dengan yang baru berlakon... macam kaku je berlakon.. hehehe.. (lebih-lebih lak aku kang tak pasal-pasal kena saman)... I'm sorry..

biasa la tu... belajar dari pengalaman..



p/s : nak tengok cerita dalam botol pulak...

Apr 20, 2011

BEN ASHAARI suruh teka harga durian ini !



Baru mengupdate cerita pasal durian terjumpa contest dari dari encik BEN ASHAARI.. 

alang alang dah makan durian, nak join la sekali contest ni... jom teka harga durian...

ye aku memang hantu durian... kalau dapat hadiah durian best jugak ye.. heheheh

berduri diluar lembik di dalam...

                       sedapnya durian..

dah lama aku mengidam durian.. sampai termimpi mimpi... serius mengidam.. ok tadi ayah dan mak aku balik kampung kat Banting ada sikit urusan... aku nak ikut tapi memandangkan aku tak siap SPSS aku lagi so aku terpaksa la berkorban masa dan tenaga di UiTM bersama Kak Lyn dan Dira.... 

mak ayah yang hantar pegi sana ( ok mesti korang ingat aku anak mak.. anak manja)... malas nak naik bas la... banyak pendatang... bahaya jalan sorang-sorang..

ok... berusaha menggodek data, sempat lagi layan cerita hindustan (We are family)... lakonan kareena kapoor, arjun rampal dengan rani mukherjee (aku tak tau eja)... sampai petang, mak ayah aku ambil lagi hantar balik PJ.. naik je kereta aku dah dapat cam satu bau... bau durian weh.. kuat betul reseptor bau aku ni..

rupa-rupanya sebijik je durian je... mak aku cakap sebijik RM 23... mak ai.. mahal tu.. selalu tengok kat tepi jalan 4 biji RM10 je.. (memang aku tak pernah beli sendiri)..

oleh sebab mahal ayah aku beli sebijik je... boleh la makan sorang seulas dua.. cukup la tu sekadar nak melepas rindu... hihi... 

isinya perghh.... terliur..




p/s : ye.. memang tak puas... nak lagi durian... durian oh durian...






Apr 19, 2011

Syiok sangat mendelete kan dah terdelete benda tu...

Sementara  jadi penganggur setelah habis praktikal ni aku telah menggunakan masa sebaik mungkin untuk menggodek blog aku yang aku rasa agak serabut.. setelah blogwalking membaca tips-tips blogging dan mengelakkan blog lambat nak loading, aku pun dengan nekad nak buang la benda-benda alah yang aku rasa tak patut.. widget-widget yang tak perlu dan gambar-gambar kat tepi yang aku rasa tak ada pun tak apa...



tiba-tiba aku tersedar... eh!! mana shoutbox aku ni?? hilang mana?? fuhh... walaupun hanya shoutbox, tapi benda alah tu kalau tak ada kat blog memang rasa macam tak cukup je... kira wajib la kena ada... ok dengan gelabah aku terpaksa buat balik.. dan tengoklah shoutbox aku dah jadi lain macam... entah komen dari blog mana pulak yang masuk dalam shoutbox aku...

aiyak... tak apa la... janji ada shoutbox.. pengajaran untuk aku harini... jangan syiok sendiri je.. hati-hati bila mendelete ..


He is stronger... he is my hero...

What is a home without proper Internet connection? Let's make ourselves at home with #P14G broadband this instant!




Cuma nak mengupdate apa yang aku beli masa PIKOM PC Fair kat KLCC hari ahad lepas.. terrr lambat update.. (bila masa yang terrr cepat tu? )

Ok.. target nak beli external je sebenarnya... lebih 3 kali pusing tapi tak beli apa-apa pun lagi.. (biasa la kena survey dulu.. nanti menyesal pulak terbeli yang lagi mahal)...

first yang aku beli...

mp3 with memory card..


tengok la.. mp3 ni memang tak ada dalam list pun .. dan dah ada rasanya kat rumah tapi dah lama tak guna...  harga dia macam agak murah.. RM 29.90... ada radio tapi memory card tak sedia... memory card pakai yang micro sd (Hp Nokia selalu pakai)...

Aku pakai Sony, jadi memory card nya tak sama... kena la beli.. memory card sekarang dah murah... dulu emory card 1 gig pun dah RM100 lebih... melampau betul... aku beli micro SD jenama KINGSTON 4gig punya... RM 24... ok la tu.. dan kebetulan ada lucky draw untuk siapa yang beli barangan KINGSTON ni... tapi kena cari booth dia... puas pusing-pusing masih tak jumpa..

kembali kepada tujuan asal...External Hard Disk... Western Digital 1 terabyte dalam RM 339 kalau tak silap.. Seagate 1 terrabyte RM 319 kot... ada yang murah lagi jenama Samsung... RM295.. kalau yang 500gig yang paling murah RM150 lebih..  Ok.. aku beli jenama Samsung memandangkan tu yang paling murah...

external.. permukaan nya macam cermin.. nampak tak tangan siapakah itu???

dah dapat external, nak redeem hadiah pulak... susah betul nak cari booth KINGSTON ni... dah samapi hujung tak jumpa-jumpa jugak... pusing lagi sekali.... masa pusing-pusing tu, aku telah di kejar oleh orang-orang Broadband... semua jenama ada... cakap je nak apa.... dan aku telah secara tak sengaja terr stop di booth P1 Wimax... dengar je la promotion nya... dan tiba-tiba aku telah terregister untuk pakej broadband RM 49 punya... haha... banyak sangat terr ni.. 

broadband baru... 


dapat beg dan beberapa godies di dalam..


sekarang tengah guna la ni.. hehehe..... boleh tahan la dari broadband sebelum ni... walaupun saiz dia besar sikit je dari broadband biasa..



p/s : sebenarnya aku memang nak tukar broadband sebab sebelum ni punya, limit dia 3 gig... kejap je dah habis dan bulan-bulan RM68... kadang-kadang kena topup lagi... heyy.. aku student lagi... mana dapat gaji lagi nak bayar tiap-tiap bulan..

p/s : saya promote dengan ikhlas... saya bukan agen P1 Wimax ni ye... heheh



Apr 16, 2011

Dah tamat dah.. cepatnya..

15 April 2011... tarikh keramat.. Tak ada la keramat mana pun.. start dari 29 November 2010 sampai lah 15 April 2011... Walaupun dah 5 bulan tapi rasa macam sekejap je.. dan macam tak cukup je..


semalam pagi last aku tazkirah jumaat dengan staff-staff 'Islamic Banking'.. dan banyak la nasihat-nasihat terakhir diorang bagi.. ye.. aku rasa sangat bertuah ditempatkan di department tu.. mereka semua sporting dan tak lokek ilmu... dan tentunya murah hati.. (selalu belanja makan... sampai dah gemuk ni)... hihihi


sebelum lunch time diorang dah order piza.. aku pun tak perasan sebab busy mengisi 'log book' report yang dah lama ditinggalkan..hari jumaat, kena la pergi sembahyang jumaat... sebelum tu kami bersam-sama turun ke tingkat 10... nak celebrate my last day kat department tu..
( sebelum ni kami di tingkat 10 baru pindah ke tingkat 18 )... 


piza... cukup la untuk 8 orang makan..


En Azrin (the manager).. selaku my supervisor pun turun sama meraikan majlis perpisahan ini dan menyampaikan hadiah sebagai kenangan..  yeay dapat hadiah..

anugerah pekerja tersopan...


 hehe.. senyum lebar dapat hadiah yer.. suke suke suke... diorang suruh buka hadiah masa tu jugak.. aku pun bukak la.. ni hadiah nya.. 


thank you semua... purse baru... i like..

selepas baca doa selamat,  makan la apa lagi... kerusi dah bawa pindah tingkat atas so terpaksa la berdiri.. (tak baik makan berdiri ye adik-adik)..


kenangan... my first workstation... 



jemput makan semua...


kenangan tempat diskusi n tazkirah setiap jumaat...


bersama 4 officer yang selalu mengajar dan membantu.. 


laki : en ezani, en amran, en wan, en azrin, 
wanita: kak elin, kak zura n kak fin....


tamat la latihan praktikal kali ni... semoga dapat bertemu lagi... dan dapat bekerja bersama mereka lagi.... terima kasih semua.... ^_*