sueperb pages

May 31, 2014

Hallo my blog.. Jalan-jalan KLCC..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Serius lama betul tak jenguk blog sendiri. Tiba-tiba hari ni terasa nak usha apa khabar blog ku yang dah bersarang ni.. hehe.. tak sangka pulak masih ada orang komen walaupun dari entry yang lama.

OK sekarang nak update la sikit. 

Sebenarnya aku agak baru tukar kerja selepas 2 tahun lebih kerja untuk sebuah international bank. Alhamdulillah banyak pengalaman yang dapat bekerja di situ. Sekarang dah tukar angin pulak ke international ins company. So far, memang banyak sangat perbezaan nya. Aku masih lagi sesuaikan diri di tempat baru ni. (Bahaya komen lebih-lebih.. ada yang memerhati.. hehehe)

Semalam kawan lama ajak jalan KLCC. Walaupun tempat kerja aku dekat sangat dengan KLCC, tapi tak pernah pon nak singgah situ. Ni la first time singgah KLCC setelah bekerja di tempat baru.

Kami makan di food court level 2. Makan spagheti je kat Milano.

Lasagna



 Spaghetti Carbonara (Lupa pulak nama betul dia)


Spaghetti Bolognese (pon aku lupa name betul dia)
 



Kitorang lepak dekat tempat air terjun tu lepas maghrib. Baru aku tahu ada persembahan lagu air pancut setiap pukul 8 dan 9 malam. Lain macam pulak bunyi nye persembahan lagu air pancut tu.. hehe.. alaa.. dia akan pasang lagu dan air pancut tu akan ikut rentak lagu.. cantik sangat.. colourfull dan creative.. 

Memandangkan bateri hp nak habis, aku tak dapat nak rakam .. dapat tangkap gambar je la. So next time jangan lupa kalau pergi KLCC malam-malam, dalam pukul 8 dan 9 malam keluar kejap kat tempat air pancut tu. Kawan aku cakap lagu Melayu , Cina , India semua ada. Yang time aku dengar tu macam muzik Cina kot.

Lebih kurang macam ni la air pancut nya.


Gambar kenang-kenangan..