Jun 3, 2011

111111



Pukul 8.50 malam.. mataku terpandang ke arah jumlah pengunjung... jumlah pengunjung sekarang 11111..
Macam cantik je number tu.. huhu.. blog ini dah mencapai 11111 pengunjung sejak ia ditubuhkan.. wah.. tak sangka ada jugak pengunjung di blog yang tak seberapa ni..

Blog ini ditubuhkan Oktober 2010.. Mula aktif secara serius Januari 2011.. Mula-mula ingat nak jadikan blog ini private.. tapi bila buat blogwalking tengok blog orang-orang lain aku rasa lebih baik buat public.. boleh kongsi cerita dengan orang lain... ada orang cakap "apa guna ada blog kalau tak ada follower/pembaca.."

pembaca tak semestinya follower je.. ada silent reader.. ada yang nak google sesuatu sampai tersesat kat blog ini.. aku memang selalu tengok statistik blog ni setiap hari dan kadang-kadang tergelak jugak tengok search keyword yang membawa mereka ke blog ini.. huhu.. rakyat Malaysia memang selalu menggoogle benda-benda yang.... Hmmm..

apa pun, aku amatlah menghargai pembaca-pembaca, pengunjung-pengunjung blog ini.. walaupun aku bukan blogger professional tapi suatu hari nanti aku akan berusaha ke arah itu..

teima kasih semua...


p/s : lebih suka nombor 8... bila jumlah pengunjung nak capai 88888?? hehe

2 komen SUEPERBS...:

Freaky said...[Re perbs]

ha ah cantik angka tu. semua 1. pasni try sampai 22222 lak

zacky ~786~ said...[Re perbs]

waaa tahniah2 :D