sueperb pages

Feb 26, 2011

Mencapai 10 000 langkah..



Tadi hp aku ada tanda hijau.. kenapa ni ? rosak ke ? huhu... rupanya aku dah mencapai tahap ’health goal 10 000 steps’.. maksudnya 25februari aku sihat la.. hehehe (nak dibandingkan dengan hari-hari lain yang tak berapa nak sihat.. ) ye la.. pergi kerja jalan sikit je.. lepas tu naik LRT.. pastu jalan sikit lagi dah sampai ofis.. lepas tu lunch kadang2 je keluar makan... kalau tak keluar tapau kat kafe sebelah je.. macam mana la nak capi tahap 10 000 langkah tu.. kalau balik kerja singgah beli barang pun ke mana la sangat.. setakat ‘Amcorp’ tu... kadang2 masjid India.. lain la kalau pergi balik  kerja jalan dari rumah... memang tak sampai-sampai ke tempat kerja la jawabnya.

Ke mana la aku sehari suntuk sampai boleh capai 10 770 langkah tu ye... semalam aku cuti sebab nak jumpa ‘advisor’ untuk project paper.. dari pagi sampai malam baru balik..
Ke mana la aku pergi ye.. hehehe.. (sungguh jauh perjalanan semalam sampai tak sanggup aku nak cerita satu-satu.. korang pun mesti tak nak tau..(kan ??)

semalam sempat lagi beli cupcake.. baru perasan tadi baru terjumpa dalam beg.. saja nak rasa.. nak sikit?


Application ni selalu ada kat hp sony yang sekarang ni dah kira ‘cikai’ nak dibandingkan  dengan I-phone, Blackberry dan macam-macam teknologi lagi yang semakin canggih. Application ni dah lama sebenarnya.. saja je nak cerita application lama ni..

Application Walk-mate ni membolehkan anda mengetahui berapa langkah anda dah berjalan satu hari.. First time beli hp ni memang pelik jugak la tengok applicaion ni..Eh, orang tu berjalan, tekan-tekan lagi, tak ada apa terjadi pun.. lepas tu terbaca buku panduan baru la tahu fungsi sebenarnya.. dan aku bagitahu kat kawan-kawan.. ada jugak yang baru tau dan ada yang tak perasan pun application tu sebenarnya dah ada kat hp dia.. (nampak sangat tak pernah explore hp sendiri).. hmm

Cara nak guna application tu cuma jadikan application tu wallpaper lepastu letak la dalam poket seluar... (poket baju, poket doremon.. ) dalam beg tangan pun boleh kot.. asalkan hp tu bersama anda ketika barjalan (name pon walk mate) .. lepas tu jalan macam biasa.. tak perlu cat walk ye... heee.. kalau lari setempat sambil pegang hp pun benda tu boleh bergerak ‘step’ dia.. (aku dah test dah)..kalau nak pergi joging sesuai jugak la guna sekali application tu.. sekadar nak tunjuk... weyh... aku sihat.. aku sihat.. haha.. macam jakun je..

Lebih kurang macam tu la.. jom kita mencapai 10 000 langkah sehari.. baru la sihat.. ^_*

Feb 22, 2011

Berjalan pun Kena Fokus, Nanti Orang Ambil Kesempatan


Seharian bekerja, masa yang paling ditunggu tunggu ialah 5.30.. kenapa? sebab masatu la masa untuk balik.. hehehe.. hari ni sharp pukul 5.30 aku balik sebab dah plan nak singgah Amcorp nak beli barang sikit..


Ni lah Amcorp Mall


Baru 5.30 KL dah gelap macam dah nak malam.. Keluar dari bangunan ofis dah hujan rintik-rintik dah.. Nasib baik la bawa payung.. tak la basah nak sampaikan ke LRT stesyen.. Hujan nampaknya semakin lebat kat KL.. Boleh nampak dari train tu.. Sampai kat LRT Taman Jaya aku pun turun la.. Amcorp tu dekat dengan LRT Taman Jaya (kepada siapa2 yang tak tau).. Kat sini pun hujan jugak tapi tak lebat sangat..

Aku pun turun la tangga dan “touch n go” untuk keluar.. lepas tu ada lagi tangga.. turun lagi... banyak pulak tangga nak turun.. sambil tu berfikir dan berfikir ( apa tah yang aku fikir, aku pun tak ingat ).. Dan tiba-tiba cantik je macam mana tah boleh tergelincir.. kat jalan rata kot..dan aku tak pakai ‘heels’ pun...  mungkin sebab lecak dan licin, aku dengan pose baik boleh pulak terjatuh.. tapi tak ada la sampai tergolek dan tertonggeng.. (kalau tertonggeng mungkin aku buat-buat pengsan terus kot.. haha)..  lebih kurang macam terduduk la... kaki terlunjur macam ahli gimnastik.. pergh (pandai-pandai la korang bayangkan sendiri)

Yang paling memalukan ialah lokasi aku buat aksi gimnastik tu betul-betul kat depan orang tengah berasak-asak nak beli nasi lemak.. (mi,mihun dan yang berkenaan).. maluuu dowhh... dah la sorang... tak ada tempat nak cover ke’malu’an ni.. mesti semua orang yang beli nasi lemak tu pandang.. dan yang tunggu bas, yang lalu lalang... arghhh.. tapi aku ada terdengar suara kakak tu kata... « kesian nyaa  » mana kakak tu? Aku nak say thanks sebab kesian.. dan nak cakap “kenapa tak tolong angkat saya kak?” hehe.. banyak songeh kau

Well, walaupun dah terduduk, aku dengan steady boleh bangun sendiri. Dan kenapalah mata aku boleh straight terus pandang kat group “Nasi Lemak” tu dan senyum.. Selalu kalau malu, aku dah tak pandang depan dah.. jalan je terus.. Dan yang tak sangka, acik jual nasi lemak tu boleh pulak balas senyuman « manis » aku.. haha.. (senyum tu kan sedekah.. ) thanks acik sebab membalas senyuman aku.. huhu


kedai nasi lemak dan acik yg senyum tadi... (beberapa jam lepas kejadian)



Lepas tu dengan muka slumber aku pun meneruskan langkah macam menuju ke  satu lagi tangga.. dalam 3,4 langkah ada sorang lelaki tengah edarkan “flyers”.. dan yang aku pasti dia pun nampak aku bergimnastik tadi. Dia pun bagi la “flyers” tu kat aku.. sebelum turun tangga aku tengok la “flyers” pasal apa.. ada sale ke promotion ke yang murah-murah (ada hati lagi nak ‘sale’ tu).. korang tau tak ‘flyers’ pasal apa ??  pasal takaful dowh... baik punya promotion... macam tau-tau je aku nak jatuh situ... dan secara autimatik aku tercakap ‘kuang ajo !!’...(orang tu tak dengar kot)... nak je tanya ‘takaful boleh tak protect  kalau saya jatuh macam tadi ?’... huhuhu





flyers yang dh konyok... heheh


Turun tangga lagi... kali ni alhamdulillah selamat... tak jatuh dah... sampai AMCORP terus pergi toilet cek kalau-kalau ada cedera.. ok.. tak ada cedera.. tak rasa sakit, rasa malu je.. heeee...


 
kawasan maut..


Pengajarannya...
-fokus lah bila berjalan terutama ketika hujan..
-balik kerja jangan suka melencong tempat lain..
-kalau jatuh bangun sendiri
-senyum selalu dalam apa jua keadaan
-nak bagi ‘flyers’ hati’hati sikit
-tak usah pakai kasut tinggi2 time hujan (selipar jamban lagi selamat kot)


pandangan kedai dari atas... tak berani nak buat pandangan depan.. heee



Itu sahaja nak cerita... thanks sebab sudi menyinggah blog ni... *_^

Feb 17, 2011

mikosumateot..

Apekebenda MIKOSUMATEOT tu... haha.... suka-suka je reka nama sendiri.. hehe.. ni sebenarnya singkatan untuk minuman ruji aku.. aik? ruji ke? lebih kurang macam favourite la jugak..


MI- milo
KO-kopi
SU-susu pemanis
MATE-Kcofee mate
OT-oat




Suka hati je kan... cara nak buat dia senang je... semua pun boleh buat..


Mula-mula sediakan cawan ke gelas ke... jangan pakai pinggan pulak ye..
Lepas tu jangan terlupa cek dulu ada tak milo, kopi, cofeemate,oat dan susu sweetened cream
Benda-benda ni masuk dalam satu cawan.. (kalau nak buat untuk diri sendiri satu cawan cukupla)




Masukkan bahan-bahan tadi


Sukatan ikut citarasa sendiri.. kalau citarasa aku.. 1 1/2 sudu milo+1 sudu kopi +3 sudu oat+ 1 1/2 sudu sweetened cream.. 


*kopi mcm nescafe or indocafe.. kalau aku tak berapa prefer nescafe sebab aku tak tahan sangat dengan nescafe ni..




Susu swetened cream jangan lupa.. kalau takda letak gula pun boleh je..


Lepastu masukkan la air panas.. Jangan air sejuk nanti tak sedap la.. oat tu tak masak nanti..

Tambah kan air ye..

Lepas tu godak la bagi sebati ye.. godak perlahan-perlahan ye untuk mengelakkan orang lain dengar dan mungkin akan berkata "buat secawan je ke?" hehe.. yang penting sebati..

Ni ah rupanya lepas siap digodak..

Tadaaa... dah siap dah.. sesuai untuk minuman ketika sedang haus, lapar, ngantuk... dan kalau nak stay up pun ok kot..

Inilah saja resipi minuman 5 in 1 aku or also known as "MIKOSUMATEOT" ni... tak glamour langsung lah name dia..

Walaupun minuman biasa je ni tapi kalau kaji betul-betul setiap bahan tu ada fungsi masing-masing.. 

Milo - minum milo anda jadi sihat dan kuat !! (background iklan milo)
kopi - mai secawan .. kaw kaw punya
cofeemate - cofee's perfect mate
sweetened cream - rich tasting milk tea ..nothing else compares (tagline teapot)
oat - : QUaker make Malaysia Heart-Healthy (tagline quaker oat)... baik untuk penghadaman




p/s : kurangkan manis dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman... *_^












Feb 16, 2011

Mr K yang memeningkan ku..

Mr K kah ini?



Semalam cuti sempena Maulidurrasul. Di kesempatan ini sama-samalah kita menghayati dan sentiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola sepanjang zaman. Rasullullah SAW sangat mengasihi umat-umatnya lebih dari beliau mengasihi dirinya sendiri. Banyak-banyak kan la berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Cuti semalam aku tak pergi jalan mana-mana pun walaupun kawan aku ada ajak keluar. Bukan nya apa, duit elaun tak dapat lagi. Dan yang paling dah lama aku tunggu ialah duit biasiswa aku yang tak masuk-masuk akaun lagi. haisy.. Dah banyak kali cek dah tapi tak masuk-masuk jugak. Banyak barang  aku dah plan nak beli ni tapi terpaksa lah aku bersabar je... sabar sabar..

Malam semalam aku nekad nak buat proposal sebab submission dateline dah nak dekat sangat. Minggu depan rasanya. So, aku pun kembali dengan tabiat lama macam masa zaman student dulu. Cofee.... oh cofee... Teman setiaku untuk stay up. Dan semalam jugak aku buat cofee citarasa aku sendiri (5 in 1 resipi aku sendiri.. Nanti aku cerita kat entry lain ya)...

Indocafe.... hentam sajalah asalkan cofee..


Memang nekad sangat tu.. Yang penting aku kena bertindak.. Proposal aku kena siap jugak.. Tak nak buat last minit lagi. Ye memang cofee itu sangat berkesan.. Aku memang tak ngantuk dan mata ni segar je. Aku buat jugak proposal tu tapi sambil tengok FB la.. hehe.. Biasa la aku ni memang tak boleh nak fokus kalau buat kerja guna laptop ni. Mesti melencong ke FB. My bad habit...

Hmm.. Tak sedar tengok-tengok jam sudah pukul 3 pagi.. Memang buat gila aku ni.. Dah la hari ni kerja.. Tak pasal-pasal tak bangun nanti. Kalau time kat university boleh jugak ponteng satu dua kelas (Haipp !!! Tak baik ponteng kelas !!!).. hehe

Kalau maksud lambat sikit pun tak da hal sangat la. Bukan ada punch card pon.. hehe..
Nasib baik aku sedar diri, aku tidur jugak.. Tapi nak tidur bukan perkara senang. Lama jugak la baring dengar lagu, tengok viideo kat hp... last2... zzzzzzzzzzzz... tidur jugak akhirnya..

Oetorya... oetorya... (bunyi alarm clock aku).. hehe... nasib baik aku tersedar.. Macam biasa la bangun solat subuh dan mandi siap-siap nak pergi kerja.. yea.. harini aku sangat la pening. Kat dalam LRT pun rasa nak pengsan je.. dengan orang yang bersesak dalamtu.. minta nafas minta nafas.. huhu... memang sangat kuat la effect Mr kafein tu.. sampai dup dap jantung aku ni.. 

Dan aku tak dapat berfikir dengan berapa waras harini... huhu.. nak muntah pun ada gak..
yes.. you spoil my brain.. termenung dan termenung.. alahai Mr kafein... kau memang memeningkan kepala otak aku harini.. Tapi kalau kau tak da siapa lagi nak teman aku “stay up”.. Mr Kafein, bagiku kau berguna tapi berbahaya..


My Mr Kafein...


Pesanan : kalau tak tahan jangan cuba-cuba nak belasah cofee especially time nak exam.. nanti otak boleh blank... langsung tak dapat jawab exam nanti.. Pesanan dari yang berpengalaman.. heee... ^_*




Feb 14, 2011

Employee Perception Towards Organization Change

Employee Perception Towards Organization Change
View more presentations from ashish.kr2066.




sebenarnya aku kena buat research tentang "employees' perception" kat tempat aku berpraktikal.. nak cari idea buat questionnaire. google punya google jumpa slide ni.. nak copy tapi tak tau macam mana nak copy.. ada butang untuk share je... so tak tau nak share kat mana baik aku share dalam blog aku je.. heee...


proposal aku tak siap lagi... bila nak siap ni.. haisyh.. ^_*

Feb 13, 2011

RAJA LAWAK MUSIM KE 5 MINGGU KE 5



credit to Buttontvs...

Johan dan zizan masa nak megumumkan peserta yang terkeluar.. kreatif... memang terbaik la gabungan Johan dan Zizan ni..

Tema minggu ke 5, muzikal komedi... overall biasa-biasa saja.. but still ok..

Feb 9, 2011

Ahli baru...

Harini balik kerja je ada bunyi kucing.. meow... meow...

Aku pon mencari bunyi itu datang dari mana.. Oh.. Kakak ipar ku yang mengiau sebenarnya... hehehe..
Aku yang curious pon bertanya la ada kucing ke? tak nampak pon.. rupanya abang aku bawa kucing dari rumah mak angkat dia.. 2 ekor katanya... tapi di mana? mana? tak nampak pon.. huhuhu..

Rupanya kucing tu malu dan takut... Diorang menyorok bawah sofa.. Malu-malu pulak mereka ni.. Sekor yang betina dah dapat tangkap.. Sekor yang jantan ni pulak malu mengalahkan betina.. Susah betul nak tangkap.. Hasil usaha aku yang gigih dan kecekapan aku menangkap haiwan akhirnya dapat la tangkap si jantan ni.. yuhu.. maka bertambah la 2 ahli baru kat rumah ni... hehe



yang oren jantan yang hitam betina..



Mereka berdua tak ada nama lagi...



Yang oren ni paling penakut dan pemalu..


Couple yang sepadan..

Feb 6, 2011

Sinaran Cahaya Ayat Kursi





Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama dengan salam itu.

HIKMAT AYAT AL-KURSI MENGIKUT HADIS-HADIS

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya sehingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalam lingkungan Allah SWT sehingga sembahyang fardhu yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang, tidak menegah dia daripada masuk syurga. Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah sekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan pada rahmat.

5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allaj SWT mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7.  Barang siapa membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.




Sumber diperoleh dari buku SAKIT Apakah Ubatnya? Penelitian daripada Al-Quran dan Hadis ( Wan Md Jamal Bin Haji Wan Md Saman)

Feb 5, 2011

7 kalimat






Sabda Rasulullah SAW

Ertinya :

Barang siapa hafal tujuh kalimat, dia dipandang mulia di sisi Allah SWT dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap se lesai melakukan sesuatu

3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah tersilap pada perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya’Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak diingini

6. Mengucap Inna Lillahi wa inna ilahi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa






Sumber diperoleh dari buku SAKIT Apakah Ubatnya? Penelitian daripada Al-Quran dan Hadis ( Wan Md Jamal Bin Haji Wan Md Saman)

Feb 4, 2011

Tanda-tanda kematian





Memang benar kematian itu telah ditetapkan oleh Allah SWT. Mengikut Ulama, tanda kematian adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhir hayat baginda.

Semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyukutukan Allah. Nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peirngatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan.


Tanda 100 hari sebelum mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semiua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak . Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih. Jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan akan bergetar. Tanda ini lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

    


Tanda 40 hari sebelum mati

Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengamnil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikut kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat amut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan menjadi bingung seketika. Adapun malaikat maut ini cuma satu tetapi kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini hanya akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan  di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini akan dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan  kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianaya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula.

Kesimpulan

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah  diantara orang-orang yang dipilih oleh Allh yang akan diberi kesedaran untuk peka tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa urusan hutang piutang kita.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHU A’LAM


Sumber diperoleh dari buku SAKIT Apakah Ubatnya? Penelitian daripada Al-Quran dan Hadis ( Wan Md Jamal Bin Haji Wan Md Saman)

Feb 3, 2011

ASAL USUL SEMBAHYANG




SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua : Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anak nya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua : Bersyukut kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas ( binatang ).

ASAR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang asar ialah Nabi Yunus a.s. iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Makka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat  ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan nun

MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu :


Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa
Rakat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang

ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. , pada ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.


Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Harun
Rakaat ketiga : Dukaita terhadap Firaun
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak firaun





Sumber diperoleh dari buku SAKIT Apakah Ubatnya? Penelitian daripada Al-Quran dan Hadis ( Wan Md Jamal Bin Haji Wan Md Saman)

Feb 2, 2011

9 MIMPI RASULULLAH S.A.W.




Nabi Muhammad saw bersabda : “sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan…


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi mala’ikatul maut dengan keadaan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHAN KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat manyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikeremuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


3. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


4. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangani satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia rasa puas.


5. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia akan usir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNA sambil memimpinnya ke kumpulan seraya duduk di sebelahku.


6. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.


7. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.


8. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAH YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Bersabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
     
“SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”


Sumber : Buku SAKIT Apakah Ubatnya? Penelitian Draipada Al-Quran dan Hadis. (WAN MD JAMAL BIN HJ. WAN MD SAMAN)

Feb 1, 2011

Raja Lawak 5 Minggu 3 - NAZMI





Sekadar untuk hiburan... hehehe.. ^_*