Walaupun tak sempat tengok kat TV3, tapi harini dapat jugak tengok cerita Juvana ni kat Tonton...
Untuk episod 8 kalini kebanyakan nya berkisar pasal ''flashback''... kisah silam macam mana mereka boleh dimasukkan ke dalam sekolah pemulihan akhlak itu.. setiap bulan akan ada satu hari di mana ahli keluarga pelajar boleh melawat mereka.. Apek (kawan rapat Daim) selalunya akan dilawati oleh adiknya yang sangat sayang dengan abang Long nya seorang ini..
Apek dan adiknya yang melawat semasa hari terbuka..
Apek seorang abang yang bertanggungjawab dan sangat sayang kepada ibu dan adik-adiknya yang lain.. ibunya mencari rezeki sebagai tukang jahit tetapi selalu sakit dan bergantung kepada ubat.. Apek berusaha membantu ibunya mencari duit lebih tetapi cara yang digunakan itu salah dimana dia menggunakan cara menipu orang lain untuk mendapatkan duit.. adiknya juga terlibat sama kerana ingin menolong abangnya.. walaubagaimanapun, Apek tertangkap juga akhirnya semasa dia menggunakan kad bank orang lain untuk mengambil duit..
profil pesalah Juvana.. Apek
Kisah ke dua ialah kisah seorang pesalah Juvana bernama Kicap.. Ibu Kicap sangat sayang akan anaknya walaupun anaknya selalu melakukan perkara-perkara salah.. anaknya hampir ditangkap kerana meragut beg seorang wanita tetapi ibunya berkeras melindungi anaknya itu.. Kicap rindukan bapanya dan sering menyalahkan ibunya kerana menyangka ibunyalah yang menyebabkan ayahnya meninggalkan mereka.. suatu hari, Kicap memecah masuk rumah jirannya dan dia ditangkap polis namun ibunya masih lagi tidak mempercayai anaknya yang melakukan perbuatan itu..
profil pesalah Juvana ... Kicap
pesalah ketiga ialah Gaban.. Gaban mendapat kunjungan bapanya.. Gaban ditangkap atas kesalahan lumba haram.. Gaban sangat mempercayai kawan-kawannya sehingga tidak mahu mendengar kata ayahnya sendiri.. dia juga telah mencuri motosikal bersama kawannya apabila motornya di tahan dilokap semasa dia melarikan diri dari ditangkap polis... namun, Gaban diangkap juga pada suatu malam semasa lumba haram sedangkan kawan yang dianggap teman sehidup semati nya itu membiarkan sahaja dia ditangkap dengan melarikan diri..
Profil pesalah Juvana.. Gaban
Semoga cerita Juvana ini dapat diambil iktibar.. kepada adik-adik yang masih bersekolah terutamanya, sayangilah keluarga anda dan jangan mudah terpengaruh dengan rakan sndiri.. berfikir sebelum bertindak..
Nantikan Juvana episod 9 setiap Isnin jam 9 malam di TV3...
p/s : episod 8 ni BOTAK tak ada berlakon la..
1 komen SUEPERBS...:
x saba nk tahu cite DAIM plak ! =)
Post a Comment