sueperb pages

Jul 29, 2011

Kalah? Kecewa?..


Perlawanan bola semalam keptusannya seri .. Malaysia 1 -Singapura 1.. tapi mengikut agregat Malaysia 4 - Singapura 6.. Tahniah Singapura yang berjaya mara ke peringkat seterusnya.. kepada Harimau Malaya, dah mencuba yang terbaik tapi apakan daya Malaysia gagal.

Separuh pertama, tiada gol dijaringkan.. separuh masa kedua, Safee Sali menggamatkan stadium dengan jaringan gol permulaan.. memang seronok sangat masa tu.. seluruh stadium bersorak.. tapi bila Singapura menjaringkan gol, satu stadium tiba-tiba sunyi.. aku pun terdiam.. macam tak percaya.. 

Apapun, Khairul Fahmi memang patut diberi pujian kerana bermati-matian menyelamatkan gawang gol Malaysia. tapi apakan daya gawang Malaysia bolos juga.. tentang pemain import tu, tak perlulah aku nak tekankan sangat. tak puas hati?.secara peribadinya memang agak tak puas hati.. tapi kita ambil positif la kan.. kalau masuk piala dunia pun kita perlu berhadapan dengan pemain-pemain antarabangsa ni.. mungkin ini boleh dijadikan sebagai satu cabaran.. tak kisah la pemain asal dari mana pun.. yeah.. aku nampak ada banner besar kat stadium tu.. 100% pure Malaysian.. bangga menjadi rakyat Malaysia..

Corak permainan semalam? memang sangat tak berpuas hati.. ye.. kalau tengok bola kat stadium memang tak ditunjukkan ulang tayang .. aku pun tak nampak sangat skrin besar tu.. aku pun duduk jauh dari skrin besar.. so aku tak tau sangat bila pemain Singapura jatuh dan cedera tu sama ada betul-betul dikasari atau tak.. tapi kalau baru cuit sikit dah sakit sampai kena sorong keluar,baik tak payah main la.. keluar je terus.. kalau sekali dua boleh tahan lagi, tapi kalau dah banyak kali, memang menyirap jugak la bagi kita yang tengok ni.. 

Taktik Singapura tu memang tak profesional.. melambat-lambatkan permainan dengan bakat lakonan yang memang Fuhh.. dasyat tu.. jadi pelakon la lepas ni.. Kita dapat tengok yang corak permainan pasukan Harimau Malaya agak terganggu jugak la dengan pemain-pemain Singapura yang asyik sakit je.. memang tension.. huhu..

Suasana stadium lepas perlawanan habis, macam biasa, ramai yang main baling botol.. bunyi mercun pun ada jugak kedengaran.. hang dok baling botol apasal? kena orang bawah kot.. nasib baik tak kena aku..  orang bawah yang kena botol kat kepala tu memang mengamuk la.. dan aku tengok muka-muka penyokong Malaysia masa pulang tu memang nampak la kekecewaan tu.. sedih sangat.. 

Secara keseluruhannya aku gembira.. bukan sebab Malaysia gagal ke peringkat seterusnya, tapi sebab aku dapat tengok pemain-pemain Malaysia bermain secara live di Stadium.. yeah..sungguh bersemangat.. hehe.. tak apa lah .. aku  terima kekalahan kali ni.. kita tewas dengan bermaruah.. semoga dalam perlawanan akan datang, Harimau Malaysia akan terus berjuang dan ambil kekalahan ini sebagai iktibar.. 




7 komen SUEPERBS...:

SoLy SoLicious said...[Re perbs]

waahh..pengulas sukan yg hebat ni.heee...
btw, sgt2 geram,sakit hati psai gmae semalam...xnengok lagi ni, tp rase mcm nak jerit sekuat hati...huhu...kecewa2

Aleen Aiden said...[Re perbs]

comel kan abam singa smlm?sker taw men jatuh2...
mcm harem!

Unknown said...[Re perbs]

singapura-pura, singapuuuuuiiii, singapooodahhh!

Eh, kita pn tgk live kat stdium gak smlm..

Hmmm..okaylah kan..de gak 1 gol,
daripada 0. Papepun, MALAYSIA hebat! harimau Malaya sgt hebat ! Auuummmm!

Unknown said...[Re perbs]

kecewa jugak sebab kalah..adat bertanding..tetap suport walau kalah d

sue perbs.. said...[Re perbs]

@SoLy SoLicious hehe.. awat tk tngk.. kene tngk walaupun kalah..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@aleen aiden singa tu comel.. tpi dia tk mo pusing .. asyik dok depan tu je.. tk aci.. huhu

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Fee Hafeezah ketuk keyboard, @Bro ahmad yeah.. malaysia tetap di hati.. support harimau Malaya..