Jul 19, 2011

Juvana episod akhir.. (Final)..


Rasa macam tak lengkap pulak kalau tak bercerita pasal Juvana ni kan.. walaupun tak buat review dari episod pertama, tapi rasa kena jugak review untuk episod Final ni.. Ye lah bagi yang belum tengok malam tadi mesti nak tahu apa penghabisan cerita ni..


pelakon dan pengarah Juvana yang best..


Juvana episod final ni agak mencemaskan jugak lah.. kalau siapa dah tengok Juvana dari episod pertama, mesti ramai yang sangka Cikgu Ariffin ni jahat.. (aku pun rasa macam tu).. tapi dalm episod akhir ni, Cikgu Ariffin la yang banyak membantu.. walaupun dia memang dah tahu yang Warden songlap duit sekolah, tapi dia diam je dan tak ambil pon walaupun sebenarnya mempunyai masalah kewangan..


cikgu Ariffin dan Tuan Raja (warden)

Dan cikgu Azmi yang ramai sangka dia baik ( cikgu yang sangat sopan santun bila berkata-kata), sebenarnya berperangai teruk.. jahat yang amat.. huhu..( sabar ye sabar ).. Cikgu Zakiah kena kurung.. Pelajar-pelajar lain pun kena kurung dekat Hostel tanpa makan dan minum.. Hanya Botak sorang je pelajar yang ikut bekerjasama dengan Warden..

Pelajar-pelajar Juvana yang dikurung itu cuba mencari idea bagaimana hendak menyelamatkan diri.. sementara Cikgu Zakiah yang diikat dan dikurung oleh Cikgu Azmi juga berusaha untuk melepaskan diri.. Idea menipu pengawal untuk melepaskan diri dari kurungan menjadi.. mereka berpura-pura kononnya ada pelajar yang sakit.. tapi bila pintu pagar dibuka, pengawal dibelasah dan dikurung..

Sementara itu, cikgu Zakiah berjaya melepaskan ikatan tetapi belum sempat dia melarikan diri, Tony, Botak dan cikgu Azmi datang.. dia dibelasah teruk.. sementara Botak yang berkawal diluar dipukul kepalanya dari belakang oleh cikgu Arifin.. begitu juga cikgu Azmi, tapi cikgu Ariffin telah ditikam oleh Cikgu Azmi ketika menyelamatkan Cikgu Zakiah.. 

Cikgu Zakiah berjaya melarikan diri dengan membawa kunci yang diberikan oleh CIkgu Ariffin.. tapi dia dikejar oleh Botak yang telah sedarkan diri setelah dipukul dengan kuat dikepala.. sementara itu, pelajar-pelajar lain cuba untuk melarikan diri dan membelasah pengawal yang menjaga pintu masuk.. Daim dan Gaban cuba untuk mencari dan menyelamatkan Cikgu Zakiah dengan menaiki motor.. Botak hampir menikam cikgu Zakiah .. mujurlah Gaban dan Daim sampai... Cikgu Zakiah dibawa ke kawasan pagar sementara Daim pula cuba berhadapan dengan Botak..

Daim cuba mennyedarkan Botak dengan kata-kata yang bernas supaya Botak sedar yang perbuatannya itu tidak membawa apa-apa untung langsung..  tetapi Botak tidak mahu mendengar kata-kata Daim.. dan Daim ditikam di bahagian tepi perut.. 

Sementara itu, Cikgu Zakiah dan kawan-kawan  lain berjaya di tangkap dan dimasukkan ke kurungan semula selepas cuba melarikan diri.. Cikgu Zakiah dibelasah lagi.. Warden juga telah menelefon polis mengatakan yang pelajar-pelajar sedang merusuh..  itu hanyalah taktik Warden supaya mereka semua akan ditangkap polis..

sementara itu, Cikgu Zakiah cuba menggunakan skill kaunseling nya untuk memberi kesedaran kepada Cikgu Azmi dan Botak yang Warden hanya menggunakan mereka untuk kepentingan sendiri.. Cikgu Azmi mula percaya kata-kata Cikgu Zakiah.. dia menyuruh Botak mengawal Cikgu Zakiah untuk pergi mencari warden dan mendapati Warden seolah-olah ingin melarikan diri.. tetapi Warden menafikannya..

pelajar-pelajar yang dikurung itu pula memperdayakan pengawal buat kali ke dua.. mereka berjaya melepaskan diri semula dari kurungan.. Cikgu Zakiah masih cuba untuk menyedarkan Botak tetapi Botak tetap degil.. dia sangat yakin yang Warden akan menyebelahi dia walaupun dia menjadi pembunuh.. 

Warden menyuruh Botak membawa Cikgu Zakiah keluar dari bilik kurungan.. sementara itu, semua pelajar juga sudah berada di pintu utama.. Warden menghapuskan barang-barang bukti dengan membakarnya.. dia juga mengugut untuk membakar pita rakaman testimoni yang Daim tidak bersalah jika pelajar-pelajar tidak mengaku yang mereka membuat rusuhan.. 

Bila polis sampai, Warden berpura-pura berlakon yang pelajar-pelajar sedang merusuh.. Dia menuduh yang Botak adalah ketua kepada kes rusuhan ini.. Botak yang selama ini mempercayai Warden tidak mampu berbuat apa-apa.. tambahan pula ketika polis datang, dia sedang mengacu pisau di leher Cikgu Zakiah.. 

Tapi Warden silap.. Polis sudah tahu semuanya.. sebenarnya Cikgu Ariffin yang memaklumkan hal sebenar pada Polis.. Cikgu Ariffin di bantu oleh Gaban telah berjaya melepaskan diri ketika keadaan huru-hara tadi.. Warden, Cikgu Azmi dan Botak ditangkap.. sementara itu, cikgu Zakiah, Daim dan kawan-kawan lain berjanji akan membantu Botak.. Botak menyesal dan meminta maaf kepada Daim yang telah ditikam nya tadi..

Daim akhirnya dibebaskan dari disabit kesalahan membunuh... pembunuh yang sebenar-benarnya juga telah di tangkap.. Di akhir episod, terdapat babak yang menunujukkan apa yang berlaku 10 tahun kemudian... 10 tahun selepas kejadian itu, Cikgu Zakiah masih bekerja di Sekolah Wira Bakti itu..  dan Daim tiba-tiba muncul melapor diri sebagai guru... 

dan TAMAT..

barisan pelakon dna pengarah (FAizal Ishak) drama bersiri Juvana 


fuhh.. panjang pulak review kali ni.. sory la kalau review tak berapa best.. dan mungkin ada yang lagi pening kot baca review aku ni.. hehe

kalau nak lebih "feel" korang kena lah tengok rancagan ni sendiri ... Jom tengok kat TONTON.. 

dan kalau ada review ku yang tersilap harap tegur ye. kot-kot ada yang tersilap watak ke tersalah pandang ke.. ^_*




10 komen SUEPERBS...:

H.J said...[Re perbs]

saya peminat komeng..aha

sue perbs.. said...[Re perbs]

@H.J hehe.. Komeng a.k.a Ain..

H.J said...[Re perbs]

hehe..ain anak mak.

anisyafrina said...[Re perbs]

saya tetap suke botak ^___^

Diana @ bilakukatacinta said...[Re perbs]

sy suke botak..i like

NasZ said...[Re perbs]

detail betul review..saya cuma tengok beberapa episod je tp saya faham review final ni..

MOHD NASER.com

Saya Orang Natoi said...[Re perbs]

perghhh terbaek2....aku baca ni pun sbb ada ura2 dari FB kawan aku y botak ni last sekali jadi peninju asia hahaha...rupanya sudah di tokok tambah...maannnn...

sue perbs.. said...[Re perbs]

@anisyafrina same lah.. suke botak jugak.. hehe

@Diana @ bilakukatacinta botak pon botak la.. tpi skrg dh tk botak.. hehe

sue perbs.. said...[Re perbs]

@NasZthanx sudi bace review ni.. nasib baik faham.. hehe

@Saya Orang Natoi haha.. Botak jadi peninju Asia? saje nk tokok tmbh.. klu org tk tngk pcaye je la kan,,

Saya Orang Natoi said...[Re perbs]

habis sudah.da siap download simpan dlm library dah hahahaaha