sueperb pages

Jul 11, 2011

Juvana episod 12 - ramai yang tension tengok episod kali ni..


Siapa yang dah tengok Juvana mesti geram kan? episod kali ni banyak babak yang tak di sangka-sangka... 

Pertandingan debat yang ditunggu-tunggu telah tiba.. pihak media turut datang mebuat liputan.. Dato' Wira juga hadir untuk memberi sokongan.. Sebelum pertandingan debat akhir itu bermula, Daim terdengar perbualan antara warden dan Tony semasa keluar dari tandas.. Rupa-rupanya Warden (Tuan Raja) dah songlap duit yang Dato Wira peruntukkan untuk pelajar-pelajar sekolah tu.. memang tak patut betul la Tuan Raja ni.. tak amanah langsung.. bukan tu je, Tuan Raja pun langsung tak bagitahu Dato' Wira pasal kes Daim yang tak bersalah tu.. Pita rakaman Daim dengan Kedah yang sepatutnya dijadikan bukti di simpan dalam peti besi je..


sebelum pertandingan debat..


Bila Daim tanya Dato' Wira pasal kes dia, Dato' Wira langsung tak tahu menahu pasal benda ni.. dan sebab itu jugak Daim tak boleh fokus dalam pertandingan debat akhir ..


Daim tak mampu menggulung hujah 


Daim sengaja nak kalah dalam pertandingan Debat tu dengan tujuan untuk memalukan Warden.. Daim hanya berani untuk cerita sebenar pada cikgu Zakiah sahaja.. 

Perbuatan Daim tu jugak menyebabkan semua benci dan marah dengan Daim.. Apek sampaikan nak pindah bilik Komeng sebab menyampah dengan Daim.. Apek pun hampir nak belasah Daim.. tapi lepas Daim terangkan hal sebenar, barulah Apek dapat terima.. Daim juga menceritakan hal yang sama kepada Ayam, Kicap, Gaban dan Komeng.. tapi Botak curi-curi dengar perbualan mereka..

Botak masih dengan perangai jahat dia.. dia bersetuju nak berkomplot dengan Tony dan Tuan Raja.. Semasa Daim dan geng-geng yang lain tengah berbincang macam mana nak cari bukti, Tuan Raja, Tony dan Botak datang.. Daim di tuduh menyebarkan cerita-cerita palsu..  oleh sebab Daim buat masalah Tuan Raja menyuruh Daim disumbatkan ke dalam penjara.. tapi kawan-kawan yang lain tak puas hati.. diorang nak kan penjelasaan pasal kes songlap duit mereka tu.. 

Tak pasal-pasal semua kena hukum ..  Cikgu Azmi pulak dengan tergesa-gesa memaklumkan Cikgu Zakiah yang pelajar-pelajar sedang di hukum.. diorang kena belasah.. hukuman berat dikenakan iaitu seminggu dikurung tanpa makan dan minum.. cikgu Zakiah cuba menghalang tapi dia di halau keluar.. 

Yang paling menyakitkan hati bila Tuan Raja tu cakap " cikgu Zakiah, ini bukan sekolah, ini penjara ! " .. 

Tuan Raja - warden yang sangat kejam..


Sementara tu Cikgu Zakiah memberitahu Cikgu Azmi tentang perbuatan jahat Tuan Raja tu.. dia nak menunjukkan bukti yang Tuan Raja dah songlap duit sekolah kepada pihak berkuasa.. Cikgu Azmi pun mahu ikut sama.. tapi.... belum sempat Cikgu Zakiah tutup pintu kereta, Cikgu Azmi menangkup muka cikgu Zakiah dengan kain sehingga pengsan... dan sekarang, siapa lagi yang boleh dipercayai? 

Aku mati-mati ingat Cikgu Azmi tu baik.. arghh.. tension pulak tengok Juvana episod 12 ni.. semua jahat.. kalau cikgu-cikgu pun jahat, baik namakan sekolah cikgu jahat je.. haisyh.. emosi pulak dengan cerita Juvana ni.. dan minggu depan episod akhir.. tak sabar nak tahu apa kesudahan dia.. 


kepada yang minat cerita Juvana ni boleh like fanpage Juvana

dan kepada yang terlepas tengok cerita Juvana boleh tengok kat TONTON..




9 komen SUEPERBS...:

♥ Nazratul Hidayu ♥ said...[Re perbs]

hihi ~ x keruan taw ~

Hafizin Jamil said...[Re perbs]

terbaikla cik sue citer..mcm tgok dalam tibi je..terlepas tngok hari ni sbb ada kelas..haha

NoKaKaSHiCHi HowyeaH!! said...[Re perbs]

cikgu arifin ke cikgu azmi??
tipu ea??ahah :p

Apel D. Doragon said...[Re perbs]

kcian cgu zakiah.. dia nk kene rogol ke nanti? :(.... aduh trauma smpai xleh tido shit betulla

sue perbs.. said...[Re perbs]

@ ♥ Nazratul Hidayu ♥ : memang tk keruan.. hehe
@ H.J : sy citer sikit2 je.. klu nk tngk lbih detail kene tngk tv..
@ NoKaKaSHiCHi HowyeaH!! : erkk.. tu lah tension sngt smpai name cikgu pon trsilap... hehe.. thankiu sbb prasan.. dh tukar dh
@ Apel D. Doragon : tu la.. kesian sngt.. huhu.. tk sbr tngk minggu dpn pulak..

maszull said...[Re perbs]

geram tau tengok episod s'mlm...warden n guru semuanya jahat....:)cikgu Azmi tu rupa je baik sebenarnya jahat jugak...kita saksikn finalnya nanti...:)

reza al-razi said...[Re perbs]

Pebenda la..mcm x logik smuanya jahat.. Tau la skolah bdak jahat.. tpi x kan dengan cikgu2 skali jahat.. erm, nsib baik mak cik kantin x jahat sama.. huhu..

Unknown said...[Re perbs]

wahh debat juvana..best la citer ni..p

Umi Anaan said...[Re perbs]

tension tengok ep hari tu... x sabar nak tengok ep next wik..ermmm, botak tu x nak insaf ke kan...