sueperb pages

Jul 10, 2011

Hari Ahad di KL yang aman...


Di sebabkan perhimpunan bersih semalam, aku postpone nak melawat kakak kat Wangsa Maju... semalam kan jalan banyak tutup.. duduk rumah je la main dengan meow-meow.. hari ni masa untuk jalan-jalan dengan mak dan ayah aku pulak... 

Hari ni first time melawat kakak aku selepas baru pindah rumah sewa baru.. Dapat jugak lepas geram naik skooter kakak aku hari ni.. teringin nak beli satu.. hehe.. (lesen pun tak ada .. malu pulak mengaku kat sini.. heh)..  

Oh ye, ada kucing jugak kat rumah sewa kakak aku tu.. jiran sebelah punya.. tapi dia suka datang dan masuk rumah kakak ... kakak aku cerita bila balik kerja mesti kucing ni sambut.. siap kejar sampai pintu rumah lagi..  aku rasa kucing ni mesti kucing jantan yang miang ni.. ye lah kan semua kat rumah sewa tu anak-anak dara je.. hehe.. terlupa pulak nak snap pic kucing tu.. kalau tak, boleh jugak tunjuk kat korang..

Lepas tu pergi Ampang settle kan benda yang belum settle dan sebelum balik, kami cari makan pulak .. mak aku teringin nak makan Pizza tapi ayah aku nak makan Mi Rebus Kampung Baru.. ayah aku bukan suka makan fast food ni.. dia lebih suka makan kat gerai makan biasa.. dah ayah aku yang drive, mak aku terpaksa mengalah .. aku?? aku ikut je.. semua aku bedal.. yang penting halal.. hehe..

Masa nak order makanan , semua order mi rebus.. nak jugak rasa mi rebus Kampung Baru ni.. apa yang special sangat sampai ayah aku nak makan kat situ.. masa order air, ayah order teh 'o', mak order fresh oren.. aku? aku order air masak.. entah apasal budak laki yang ambil order tu tersenyum pulak bila aku order air masak.. mesti dalam hati dia 'air masak je?'.. hmm.. dari pagi tak minum air masak.. aku perlu air masak...

mi rebus Kampung Baru.


Rasa mi rebus ni boleh tahan la sedap.. Alhamdulillah, kenyang sudah.. Lepas makan, kami kembali ke rumah.. trafik kuala lumpur hari ni tak sesak seperti selalu.. tak ada road block.. wah.. kalau hari-hari kuala lumpur macam ni... hmm..



ps: trafik blog aku pun macam kuala lumpur jugak.. suram aje.. hee




7 komen SUEPERBS...:

Unknown said...[Re perbs]

Lah umah akk awak wangsa maju ke? Kita kat sri Gombak j kot..hehe.. eh, kesian kat mak nk makan pizza..mesti mak merajuk kan..>.<

sue perbs.. said...[Re perbs]

@ Fee Hafeezah : huuh.. hehe.. kempunan mak.. tak mrajuk pon.. bleh mkn len kali kot..

farah ashikin said...[Re perbs]

nampak sedap kot mee rebus ko tuh.. huhu

Nasz said...[Re perbs]

Sedapnya...nak gak tapi jauh la plak..

MOHD NASER.com

ftdanisha said...[Re perbs]

singgah sini pulak

Aleen Aiden said...[Re perbs]

samela dgn kucing cni!klo balik kls je die da tunggu depan pintu.hu3

Acik said...[Re perbs]

hai, traffic kat blog acik pun selalu suram. huks! sedey!