sueperb pages

Showing posts with label Picture. Show all posts
Showing posts with label Picture. Show all posts

Mar 31, 2013

My Remos...


Sebelum...


His name is REMOS..







Selepas...















Aku beli Remos ni kat Pasar Tani tahun lepas.. kesian bekas dia dulu kecik.. tak bebas nak berenang.. sekarang dah besar sikit.. Bila tengok Remos ni dapat la hilang kan penat dan stress seharian bekerja.. 




Sep 22, 2012

Suspended..

Assalamualaikum dan salam sehahtera..

Kerana akaun ku dah di suspend, aku buat keputusan untuk terminate terus.. Huhu.. Siape  suruh suspend akaun aku.. Sebulan je terlepas bayar.. Hehe.. Tak apa lah.. Aku pun dah lama plan nak guna line internet yang lain...

Alang- alang dah suspended baik terminate terus...

Ps: sila bayar hutang anda...


May 30, 2012

Sueperbs Pagi 30 Mei 2012...

May 24, 2012

Sueperbs Pagi 24 May 2012..

Dec 30, 2011

Dodo..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. korang tahu tak dodo? bukan dodol tahu.. ini dodo.. sejenis makanan korea.. 

Sebenarnya aku pun baru tahu pasal dodo ni.. itu pun officemate yang perkenalkan.. masa lunch tadi sempat lah jugak cuba merasa dodo ni.. kedai makan nya kat Sooka Sentral tingkat 2.. cari je kedai yang ada tulis dodo.. dan Sooka Sentral tu dekat-dekat dengan KL Sentral ye.. kena keluar dari KL Sentral baru boleh jumpa bangunan Sooka Sentral tu ( kot payah sangat GPS je lah .. hehehe )..

Set dodo ni ada beberapa jenis.. Set fish, beef atau squid  .. tadi aku order set Squid.. meh aku nak bagitahu apa yang ada dalam set dodo ni..


Set dodo Sotong..

1. Ni ialah sup rumpai laut ye.. 
2. Ni nasi la.. 
3. Ni macam smashed potato kot...
4. Ni kimchi.. (aku eksaited sebab tak pernah makan Kimchi.. selalu tengok cerita korea teringin gak nak rasa.. well, rasa nya macam masin-masin tapi ok la.. boleh tahan.. )
5. Ni teratai.. rasa dia macam ... teratai la.. ahaha.. tak tahu nak terangkan macam mana..
6. Yang ni betik ye..
7. Yang ni kalau tak tahu pergi google sekarang.. ( google Tembikaiiiii...)
8. Dan yang ini sotong masak... emm... masak merah kot.. ahaha.. sedap-sedap...


Lain kali nak rasa set lain pulak lah.. 

Set dodo ikan...


Harga set dodo ni Rm 10 ye.. agak-agak mampu boleh la nak makan hari-hari pun.. ( habis koyak la.. sekali dua boleh la.. )





Dec 28, 2011

Sueperbs pagi 28 DIsember 2011..






plag kat atas ni hadiah dari senior kat tempat kerja untuk junior2 semepna krismas hari tu... ^_*  lama tak dapat hadiah.. plag ni dah gantung kat bilik dah... hehe.. 

Dec 14, 2011

Wordless wednesday.. my dream..






 p/s: susah tahu nak lukis ni.. oh ye.. rumah sepatutnya lagi besar dari kereta.. hehe.. silap ukur..




Dec 8, 2011

Seperbs Pagi 8 Dec 2011..








Dec 2, 2011

Sueperbs pagi 2 Dis 2011...







Nov 28, 2011

Jalan-jalan cari jodoh??


Semalam aku jalan-jalan di Jalan TAR dengan kakak.. hujung-hujung bulan ni memang ramai la yang bershoping kat situ.. SOGO.. hari-hari sale kot.. nasib baik la aku ni tak berduit, kalau tak memang dah menyogo sekali dah.. dugaan.. dugaan.. 

Untung lah dapat kakak yang pemurah.. nak jugak belanja adik bongsu sorang ni.. thats my only sister.. the best sister..  (hehe.. nak bodek lerr tu.. ) dan thanks jugak kat bro muz yang sudi melayan kerenah future adik ipar dia ni.. heheh

Masa jalan-jalan semalam nampak ada orang bagi flyers.. aku jalan belakang sorang-sorang.. aku tengok orang tu tak bagi pon flyers tu kat kakak aku.. bila aku lalu je, bersungguh-sungguh dia nak bagi flyers tu kat aku.. mulanya aku memang malas nak ambik.. tapi dah dia suruh ambik jugak aku ambik je la.. tak kena bayar pun.. lepas tu aku tengok la flyers apa yang dia bagi.. kot-kot la ada voucher free ke, diskaun ke.. tahu tak flyers apa? ni ha...




agensi cari jodoh..


cehh.. aku belum nak kawen lagi la.. haha.. so, korang-korang yang macam susah sangat nak dapat jodoh apa kata try benda ni.. hehe.. tapi aku tak berani jamin la kan boleh confirm dapat .. 




p/s: aku dah promote agensi ni, bagi lah komisyen sikit... ^_*




Sueperbs pagi 28 Nov 2011...








Nov 24, 2011

Sueperbs pagi 24 Nov 2011 ( spontaneous thursday )

Nov 17, 2011

Kelas sudah tamat ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam semalam kelas terakhir untuk kursus bahasa Mandarin di Kolej Komuniti Shah Alam.. Di bawah program 1 Malaysia.. Sekejap je rasa nya 32 jam tu.. Alhamdulillah, tamat sudah.. So, boleh lah ye bercakap dalam bahasa Mandarin lepas ni... ahaha.. baru belajar 32 jam jangan nak berlagak sangat lah ye.. banyak lagi yang kena belajar.. sikit-sikit cakap boleh la.. lepas ni kalau boleh nak teruskan untuk bahasa Mandarin tahap lebih advance pulak..

Xian zai wo yao (Sekarang saya nak) kongsi gambar-gambar masa di kolej Komuniti Shah Alam.. 



Ni gambar masa kelas pertama.. ada lah dalam 20 orang..


Ini lah Ms Susan.. Wo de Lao Shi (My teacher) ..  Wo de Lao shi hen mei he ke ai... (hehe.. cerr la translate ).. saje tulis guna bahasa Mandarin sikit-sikit.. praktis.. kata dah tamat kelas ye dak?! hehehe


Yang ini masa kelas terakhir.. 10 orang je tinggal.. yang lain? ada yang tak dapat datang atas sebab-sebab yang munasabah.. 


3 orang je student perempuan.. yang lain semua lelaki yang gagah lagi perkasa (gagah ke???). heheh


bila lelaki lagi ramai macam ni la jadinye.. 


yeah.. amoi-amoi.. wo men hen hao..


ucapan untuk Lao shi..


penyampaian hamper kepada Lao shi.. 


mendengar sepatah dua ribu kata dari Pengarah Kolej..


Muka over eksaited dapat sijil..


yeah dapat sijil.. 


Muka-muka happy dengan sijil.. mak ayah ! kami dapat sijil !


candid yang tak berapa nak candid.. peace yo..


1 Malaysia.. 


berat hati rasa nak tinggalkan kolej.. sebelum turun lif pun sempat tangkap gambar lagi.. huhu



tu je lah gambar yang dapat dikongsi.. actually ada 8 orang dalam kelas ni adik beradik.. ada yang sepupu..   masing-masing ada hubungan keluarga la kiranya.. sebab tu lah gambar-gambar ni nampak macam meriah je.. 

banyak lagi jenis kursus yang ada selain kursus bahasa ni.. yuran pun tak mahal sangat.. kursus nya pun jangka pendek.. ada yang dua hari je.. anda akan dapat sijil dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tau.. rugi tau kalau tak join.. (aiceceh promote lebih pulak..) benda baik kena kongsi.. kan? kan?  ^_*


p/s: gambar-gambar ni di ambil dari fanpage KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM








Spontaneus thursday..








Nov 16, 2011

Melaka River Cruise.. + gambar


Ni aku pergi minggu lepas.. lepas balik dari kenduri nikah Pak Cik di Johor, aku dan mak ayah singgah di Melaka.. dulu pernah singgah tempat ni tapi tak naik pon Melaka River Cruise ni.. So, minggu lepas dapat lah jugak merasa naik cruise.. walaupun tak sebesar Titanic.. heheh.. 


Tiket RM 10 untuk dewasa..  RM 5 untuk belum dewasa..


Pintu gerbang. Tak nampak sangat sebab time ni matahari terik memancar..


Pandangan dari atas jambatan..


kosong.. guard bawak kami ke tempat beli tiket.. sebab kami dah sesat tak tau nak beli tiket kat mana.. So dapat merasa naik cruise percuma sebelum naik yang kena bayar..


wajah-wajah excited..


sedang menikmati pemandangan Melaka..


tak tau apa nama benda tu.. macam eye on Malaysia tapi ni kecik sikit kot..


orang kat dinding tu tengah menconteng dinding.. 


meriam.. bolehla kalau nak main masa malam raya ke.. 


budak ni asyik suruh aku tangkap gambar dia je.. walaupun aku tak kenal .. aku tangkap je. bulat nya mata.. 


monorail yang ketot..


Kampung Morten.. guard cruise tu cakap kalau malam lagi cantik..


Rumah Kampung yang masih dikekalkan..

cantik.. rumah siapa ni? mintak izin nak tangkap gambar ye.. hehe


Ni je lah gambar yang dapat ku kongsi.. banyak lagi gambar tapi kalau nak upload semua, sehari semalam belum tentu siap.. huhu.. lain kali nak try naik cruise ni malam-malam pulak lah.. siapa nak belanja?