sueperb pages

May 31, 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

,r

31hb Mei ialah hari Tanpa Tembakau Sedunia.. Segmen 24 jam dari Ben Ashaari.. Kenapa aku tak nak merokok? sebab aku sayangkan nyawa aku dan orang-orang sekeliling aku terutama family aku.. Rokok tu mahal la.. lebih baik simpan duit tu untuk kegunaan lain..


dan ini sebab-sebab kenapa anda yang merokok kena berhenti merokok...


Memanjangkan usia

Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubung-kait dengan rokok.

Pencegahan penyakit

Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.

Sihat dan hidup berkualiti

Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.

Anak-anak sihat

Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.

Remaja merokok

Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah seorang adalah perokok.

Gigi kuning

Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.

Bau nafas

Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.

Kulit cantik

Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.

Melindungi keluarga dan rakan-rakan

Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.

Mudah letih dan kurang cerdas

Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.

Baju dan rambut berbau

Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.

Mengurangkan pencemaran udara.

Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.

Kesuburan(fertiliti)

Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.

Disfungsi ereksi

Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok.

Berhenti merokok tindakan yang wajar.

Apabila anda mengetahui bahaya merokok dan akibat-akibat merokok ,atau anak-anak anda tergolong dalam kategori anak remaja merokok ini akan menguatkan semangat anda untuk berhenti merokok.




4 komen SUEPERBS...:

Haris Kaito said...[Re perbs]

dari blog abg ben...
jom singgah blog sy...
follow lebih baik...he3...

JOM TERJAH SINI!!

C`ayob.com said...[Re perbs]

hahah satu je fungsi rokok...menyucikan hati....kawan ku cakap lah....

solomolo said...[Re perbs]

merokok tak nampak cool...
merokok tak nampak hebat...



jom baca entri tentang percutian ke Bali...
http://solomolo.blogspot.com/2011/05/percutian-ke-bali-part-1.html

Cik Mimie said...[Re perbs]

terjah sini jgak..thankz sudi follow n comment..