May 17, 2011

Aku Memang dah Lupa...





Bila dah banyak sangat benda register online memang senang nak lupa id dan password sendiri.. Aku rasa id dan password aku lah yang paling senang nak ingat tapi satu masalah ni.. aku tak ingat id dan password yang aku guna untuk akaun bank aku sendiri.. 


aku dah call customer care hotline tadi, dia kata kalau ingat e-pin, dia boleh email id dengan password.. Masalah nya e-pin pun dah tak ingat... bila masa pulak ada e-pin ni.. haisyh.. memang bermasalah betul la aku ni.. 


dan cara terakhir ialah dia reset balik number e-pin dan kena daftar semula kat mesin ATM.. waduh waduh... baru nak bagi nombor kad, terputus pulak talian.. kredit habis pulak... laaa... ingat kan customer care line tu toll-free.. cool.. hp pun dah tak ada duit.. (aku memang tak pakai line)


so, kalau dah tau diri tu cepat lupa, catat la kat mana-mana.. 
tapi kalau dah catat lepas tu masih lagi lupa dah catat kat mana.. macam mana pulak tu? 






p/s: alhamdulillah masih ingat nama sendiri lagi...





1 komen SUEPERBS...:

amny said...[Re perbs]

huhuh..kena banyak berhati2..kalau x..habislaaa....heee