sueperb pages

May 31, 2011

Juvana.. pelakon-pelakon..


Siapa yang layan cerita Juvana? aku layan je sebab ada Zahiril Adzim berlakon (tiba-tiba pulak).. Juvana bersiaran setiap hari Isnin jam 9 malam di TV3..


Juvana cerita pasal budak-budak sekolah nakal yang ada kes jenayah.. Zahiril Adzim atau nama wataknya Daim dimasukkan ke sekolah jahat sebab dia tertuduh melakukan kesalahan membunuh emaknya sendiri.. walaupun bukan dia yang bunuh tapi ada bukti-bukti yang cukup menyebabkan dia dijatuhi hukuman dan dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti, iaitu sebuah sekolah Badan Bukan Kerajaan (NGO), sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan semula. Daim menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar yang terbabit dengan kes jenayah yang serius. Daim mempunyai harapan apabila Cikgu Zakiah, satu-satunya guru wanita di situ, ditugaskan ke sekolah terbabit...

Watak Daim sangat innocent.. baik je.. tapi selalu kena buli.. nak add FB Zahiril Adzim klik SINI..


Zahiril Adzim dengan tunang.. Shera Ayob

Dalam cerita Juvana ni, kawan yang paling rapat dan selalu protect Daim ialah Apek.. Nama sebenar Apek ialah Syazwan Zulkifly.. Nak add FB Apek klik SINI.. 

Apek menyemart..


Semalam dalam cerita Juvana, seorang pelajar bernama Fit, mati kerana terlebih dose dadah.. Nama sebenar Fit Syukri Yahaya.. Nak add FB Fit klik SINI 


Fit (Syukri Yahaya).. img from FB

Watak yang paling geram aku tengok mesti lah watak Botak.. House Captain yang selalu buli orang.. Mangsa utama Daim.. sebab Daim ni lemah sangat.. Rupa-rupanya, Botak semasa di rumah dia selalu kena pukul oleh ayahnya.. sebab tu la dia menjadi kaki buli. 


Botak yang dah tak botak.. heh

Nama sebenar Botak ialah Johan Asari.. siapa-siapa nak add FB Botak klik SINI.



Berikut adalah barisan pelakon dalam cerita Juvana..

Zahiril Adzim,Bront Palare,Izreen Azminda,Irfan Roslan,Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.




p/s: semoga cerita ini dapat dijadikan iktibar terutama kepada budak-budak nakal di luar sana.. ^_*

3 komen SUEPERBS...:

zacky786 said...[Re perbs]

botak dah tak botak.. hahaaa..

suka gak cter ni.. tapi asyik miss jer.. mls laa nk lyn da.. huhu

aishah said...[Re perbs]

malam tadi tengok juga

aLieF si Muncung ManiS said...[Re perbs]

wahh..mcm ebst je crita pasal skolah ni..boleh mengimbau kenangan lama..hehe..