sueperb pages

May 8, 2011

Mak Aku Chef Terhebat...



Tiada Chef di dunia ini yang setanding dengan mak aku sendiri.. Betul.. Ikhlas dari hati seorang anak..


KFC, Mc D, Pizza Hut, Domino, Anisup Utara, Nasi Ayam Penyet , Bali-Bali, Sate Kajang... semua tu aku dah pernah rasa.. Tapi semua tak boleh tanding dengan masakan mak ... 


Bila ditanya makanan Favourite, jawapannya tentulah masakan Mak Aku.. Tak kisah la masakan apa pun... masak nasi lauk Telur pun tetap aku ngap.. tetap sedap..


Dan Mak aku jugak la yang tahu apa aku suka makan dan apa yang aku tak boleh makan... Tiap kali aku balik rumah Mak mesti masakkan sarapan Mi Goreng atau Mihun... aku tak tau apa mak aku letak dalam Mi Goreng tu tapi memang kalau aku tak tambah memang tak sah.. Mi Goreng mak memang powerr...


Tiap kali cuti balik rumah mesti perut aku penuh.. lagi suka bila Mak bekalkan makanan bawak balik Hostel.. betapa bezanya air tangan Mak dengan masakan orang lain...  Resipi rahsianya tentulah rempah "kasih sayang" seorang ibu terhadap anak-anak nya..



Mak.. You are the best Cheff in my heart... Terima kasih kerana bertarung nyawa melahirkan anakmu ini.. Love you mum..


0 komen SUEPERBS...: