May 7, 2011

Imam Muda dikehendaki... Imam Muda Hassan..



Mengikut pada statistik di blog saya ini, setiap hari mesti ada 'search keyword' yang mencari info tentang Imam Muda Hassan.. Terus terang saya belum sempat menyaksikan Imam Muda secara live untuk musim ni.. Jadi saya pun nak tahu juga siapa Imam Muda Hassan yang orang selalu nak search ni..

Imam Muda Hassan seorang Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.

Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.








Untuk penyokong Imam Muda Hassan silalah like fanpage beliau di sini:


Kelab Penyokong Imam Muda Hassan










0 komen SUEPERBS...: