sueperb pages

May 12, 2011

Merempat sorang-sorang

wah.. benda yang tak dirancang.. aku ingatkan nak hantar project paper malam semalam tapi disebabkan beberapa perkara aku dah terlambat... ter 'stuck' di UiTM sampai pukul 11..


Bas dah tak ada lepas pukul 11 malam.. memandangkan aku nak hantar esok pagi jugak, aku buat keputusan stay je kat UiiTM..  tak tau nak merempat mana malam-malam ni.. tiba-tiba teringat dulu aku pernah stay up study kat bilik tv dengan member sampai subuh.. 


nasib baik la ada bilik TV kat kolej Mawar.. Menumpang kejap kat bilik TV.. Ada Astro.., bagus... tah apa-apa la yang aku buat sorang-sorang kat bilik tu.. 


esoknya, aku cerita kat Mak aku yang aku merempat kat bilik TV sorang-sorang... Mak aku pulak yang risau... "Tak Takut ke sorang-sorang kat bilik tu? ada hantu kacau nanti"


semalam aku tak terfikir pulak benda-benda macam tu.. kat hostel kan selalu ada kes histeria semua tu... alhamdulillah selamat..


ye, memang sangat toink-toink kepala ni... lepas dah hantar 'benda alah' tu , aku naik bas dengan tak mandi nya... haisyh... harap tak ada yang perasan.. hehe...


pasal "benda alah" ni la aku merempat..




sekarang hujan agak lebat di Petaling Jaya... Ohh.. ramalan cuaca yang aku tengok sebelum ni memang tak boleh nak dipercayai..


Ramalan cuaca hari ini..


Khamis, 12/05/2011

Cuaca Baik
Sepanjang Hari
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 26 °C
 Maksimum : 35 °C











well, dah kalau ramalan memang la tak semestinya betul..  hmmm... 

0 komen SUEPERBS...: