May 22, 2011

Pengakuan..


Pengakuan hari ni.. first time aku buat AFUNDI untuk AF8 ni.. hehe



Secara jujur aku bukan lah fanatik AF.. kalau tengok pun sekadar tengok je... tak undi pun... bukan anti AF ke apa... setiap orang ada pandangan masing-masing kan.. cuma bagi aku, aku rasa 'something is not right' je.. ambil yang positif je la...

lagipun, aku ni bukan lah banyak sangat kredit..   top up RM 10 sebulan pun tak habis-habis.. yang menghabiskan pun bila kena tolak charge “caller ringtone” tiap bulan yang tah bila aku nak deactivate kan.. ni semua kes zaman sekolah la ni...

siapa yang aku undi? Pelajar yang AF masuk... ada dua tapi satu je yang aku undi.. siapa agak nya ye? 

hmm.. mimpi apa tah nak AFUNDI pulak hari ni.. lagipun dia ada mention undian untuk malam ni akan disalurkan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh di Hulu Langat... 

tanah runtuh di Hulu Langat (image from Mr googoo)




Sama-samalah kita membantu golongan yang ditimpa musibah ini..


p/s: takziah juga atas pemergian Seniwati Mahyon Ismail (ibu Faizal Hussein)

1 komen SUEPERBS...: