sueperb pages

May 6, 2011

YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak di studio HOT FM

source : HOT FM fanpage


Pagi 6 Mei 2011, TV8 dan Hot FM telah menyiarkan secara langsung temubual bersama YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak di studio Hot Fm dalam segmen HotFM Am Krew.. Dari jam 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi. Pertama kali Perdana Menteri sudi meluangkan masanya bersama rakyat di stesen radio menunjukkan betapa PM juga sanggup turun padang untuk mendekatkan lagi hubungan bersama rakyat Malaysia.

Undangan istimewa YAB PM ke konti Hot FM pada mulanya adalah usikan atau 'idea gila' Fara untuk melihat respone YAB PM. Dan tanpa diduga,usikannya berhasil dimana YAB PM sendiri yang menjawab soalan Fara di laman twitter. 


antara yang di bualkan pertama kali di Hot Fm mengenai  skim "Affordable Quality Housing" ... skim yang mana pembeli boleh membeli rumah yang berkualiti pada harga yang mampu beli... dalam skim ini developer dari pihak swasta akan membina rumah pada tanah yang akan disediakan oleh kerajaan. Ini merupakan satu peluang keemasan untuk mereka yang berumur 35 tahun kebawah untuk memiliki rumah sendiri.




YAB PM Dato Seri penyokong MU.. antara gurauan YAB PM Dato' Seri kepada penyokong Liverpool 


"MU ada TV channel, Chelsea ada TV Channel, Liverpool hanya ada History channel ( alamak... terkena Seelan Paul :D )"




seelan paul yg terkena... image from HOT FM




selain itu ada ada juga perlawanan Dam aji antara Faizal Ismail dengan YAB Dato Seri menyaksikan Faizal Ismail yang langsung tak bagi peluang, menang dan menjuarai perlawanan itu.. Bangga la Faizal harini..


Ucapan YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak utk Hot FM katanya : 
''Hot FM betol2 Hot!!'





YAB Dato Seri juga telah memilih 3 buah lagu kegemarannya untuk diputarkan di HOT FM.. 3 lagu yang menjadi pilihan YAB PM, lagu Kancing Suasa(R.Azmi) , lagu dari Ronan Keating dan Ruth Sahanaya.Percaya atau tidak YAB PM juga suka lagu Wonder Girls (nobody but you).. hehe

Selain itu YAB PM juga ada menyatakan yang beliau sukakan nombor 11 kerana beberapa sebab.. Nak tau sebab-sebabnya?
siapa-siapa yang terlepas menyaksikan temubual pagi tadi boleh la tonton di tonton.com.my









1 komen SUEPERBS...:

BeloG MTT said...[Re perbs]

Wahhh jeles nyee... Kalau dapat tengok kat syiokk.. ;) btw,thanks ! :)