sueperb pages

Oct 11, 2011

Perubahan yang baik..


"Aku dah berubah.. "

Pernah tak dengar perkataan macam tu? manusia boleh berubah.. sebab tu aku kurang percaya bila tengok drama-drama atau cerita wayang dengan skrip "cinta ku tidak akan berubah sehingga ke akhir hayat ".. hmm.. mungkin ada.. tapi percayalah manusia memang boleh berubah.. cuma samada berubah ke arah positif atau negatif..

aku mempunyai seorang sahabat baik yang aku kenal sejak dari sekolah ... dia seorang yang bijak dan aku lebih selesa berkongsi masalah dengan dia.. cuma aku agak risau dengan gaya hidup dia.. dia memang selalu berkongsi cerita tentang aktiviti harian dia.. dia pernah cerita tentang dia dengan "sugar dady" yang dia kenal entah dari mana.. dia suka bila dibelanja makan dan dibelikan dengan barang-barang mahal.. di sekolah memang dia bertudung.. tapi di luar kadang-kadang dia tak bertudung pun.. aku bukan tak nak menasihati tapi kadang-kadang aku takut kata-kata aku boleh menyebabkan kami berselisihan faham.. lagipun masa tu kami masih bersekolah...

dia kadang-kadang terlampau terikut dengan kehidupan barat.. dia suka mencuba tetapi kadang-kadang mencuba sesuatu yang salah.. dia pernah bercerita yang dia pernah buat "french kiss" dengan BF dia.. aku risau kalau-kalau dia terjerumus ke lembah zina.. entah la.. aku rasa bersalah tak dapat menasihati sahabat baik aku sendiri.. 

Tapi sekarang dia dah berubah.. aku memang sangat kagum dengan dia bila melihat dia bertudung labuh.. aku bersyukur sangat.. sampaikan aku rasa lagi jahil tentang agama daripada dia.. perwatakan dia sekarang memang jauh lebih baik daripada yang dulu.. Alhamdulillah.. semoga perubahan yang baik itu akan berkekalan.. amin..

ps : tak ada niat mengaibkan sesiapa.. kepada sahabatku andai terbaca, niat ku hanya untuk berkongsi cerita sebagai pengajaran bersama.. ^_*


suka tengok gambar-gambar  kat bawah ni.. cantik je.. sejuk mata memandang? betul tak?


Wardina dan Diana Amer

Farah Diyana AF

Nur Fazura

Wardina dan Irma Hasmie

Nur Fathia


Nora Danish

Nur Fathia

Ekin

Lisa Surihani

Siti Nordiana

Diana Amer

Fara Fauzana, anne hotfm, FBI







13 komen SUEPERBS...:

Izwa Kamaruddin said...[Re perbs]

alhamdulillah....

Unknown said...[Re perbs]

cantik perempuan bertudung ni....

alhamdulillah...berubah kepada yang baik

ct kektus said...[Re perbs]

Bgusla da brtdung. Kn npk cntik. :D

Nasz said...[Re perbs]

bertudung ni bukan saja sejuk mata memandang. tapi cantik je. hehe.

MOHD NASER.com

Hafizin Jamil said...[Re perbs]

bagus la macam tu...senang nak buat bini..hak3

Unknown said...[Re perbs]

Alhamdulillah..jangan makin singkat mcm CT sudah ^______^

mikeyvio said...[Re perbs]

aah. btul. kdg2 org yg jahil bla dia brubah, akn jd lebih baik dri org sdia baik. :)

Addin said...[Re perbs]

alhamdulillah . people changed :)

Kancil 8349 said...[Re perbs]

Alhamdulillah...mereka berubah sebelum mati...

SoLy SoLicious said...[Re perbs]

semoga makin ramai lagi tuk terbuka hati tuk berubah..InsyaAllah :)

Acik said...[Re perbs]

memang manis bertudung, kan!

Ezad Skytech said...[Re perbs]

alhamdulillah..hati tu terbuka nak bertudung..:D

missina said...[Re perbs]

harap2 kekal lah perubahan tu kan,,cantik jer diorg bile bertudungkan,,alhamdulillah,,

neway balas kunjgn dan follow sini,,;)