Oct 23, 2011

Usha-usha Career fair Institut-institut Bank Malaysia (IBBM)..

selamat datang..


Semalam aku pergi KLCC bersama kawan.. bukan nak jalan shoping ye.. sebenarnya ada career fair anjuran Institut-institut Bank Malaysia.. kami pergi agak lambat memandangkan kawan ku ada kenduri yang dia kena datang.. dalam pukul 3 kami sampai..

Nak kata ramai tu tak la ramai sangat.. memandangkan penganjur karnival ni ialah Institut Bank-bank Malaysia, memang semua employer terdiri dari bank-bank dan badan-badan kewangan.. Antara bank-bank yang turut serta dalam karnival kerjaya ni ialah Agro Bank, Bank Islam, Maybank, CIMB Group, Exim Bank, Bank Pembangunan, Hong Leong Bank, OCBC Bank, HSBC Bank, RHB Bank... dan banyak lagi..


suasana di IBBM Career Fair


Kami pergi hampir semua booth yang ada kat situ.. tanya apa yang nak tanya dan drop resume .. sampai habis dah resume sebab asyik drop je.. lepas selesai kami melencong ke Masjid India @ jalan TAR.. hehe.. semalam kan sabtu.. setiap sabtu memang ada pasar malam kat jalan TAR.. 

kami jalan-jalan cuci mata, sambil tu beli la apa yang patut.. dan yeah.. kami TERRR beli selendang..hehe..  tak pe.. satu je...

lepas penat berjalan, kami singgah di kedai cendol..

cendol pulut ni serius SEDAP..

Perghh.. memang sedap cendol tu.. kawan aku yang rekemen.. baru first time cuba.. lain kali mesti nak rasa lagi.. dan ini aku nak tunjukkan apa yang dapat aku kumpulkan untuk career fair semalam.. 

bertambah lagi koleksi bag, buku dan pen.. 







6 komen SUEPERBS...:

Gen2Merah said...[Re perbs]

woww.. nak kerja di bank ye.. semoga berjaya mendapat kerjaya dalam bidang tu ye..

NasZ said...[Re perbs]

haha.. dah makin banyak koleksi ek?

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Gen2Merah insyaallah.. harap2 dapat la ye

sue perbs.. said...[Re perbs]

@NasZhehe.. menambah koleksi

izfanora said...[Re perbs]

lama dah tak pergi fair camnie..

cendol xsedap.. huhu.. sy penggemar abc.. :)

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! said...[Re perbs]

wah!!!paling suka kalau dapat goody bag dan buku kan? seronok je hehe mcm dak kecik. TApi best!