Oct 9, 2011

Lirik dan melodi..


Bila aku dengar lagu kat tv ke radio ke aku tak lah ambil kisah sangat.. tambah-tambah lagi lagu-lagu baru yang  semakin banyak di radio.. memang banyak.. lagu tempatan ke lagu antarabangsa.. ada je lagu baru kat radio tu.. 

Bila dengar lagu aku selalu tertarik dengan melodi dulu.. lirik aku tak ambil kisah sangat.. bila dah tertarik dengan melodi barulah kadang-kadang aku cuba fahamkan lirik lagu tu.. tak pun google je lirik lagu tu.. selalunya lagu-lagu ni mesti pasal cinta... hmm.. 

Aku teringat zaman marikulasi dulu.. aku dan roomate memang selalu belajar lewat-lewat malam.. (stay up lah konon nye ).. dia suka pasang lagu masa belajar.. tak nak ngantuk katanya.. aku layankan aje.. sampai ada satu lagu ni aku dengar..lepas tu aku cakap lah kat kawan aku ni, "Best jugak lagu ni.. lagu apa ni? " Tiba-tiba kawan aku tu nangis.. keluar air mata lah jugak.. Aku mula risau, kenapa tiba-tiba dia nangis.. aku salah cakap ke? ke dia baru gaduh dengan 'pakwe' dia? sudahhh! aku tak reti lah nak pujuk memujuk ni..

Lepas tu dia pun cakap kat aku " Sedih nya... lagu tadi tu sedih.. kesian perempuan dalam lagu tu.." bla bla bla..

Haha .. aku ingatkan pasal apa lah tadi.. rupanya dia menghayati lirik lagu tu.. sampai ternangis.. aku pernah jugak cuba hayati lirik lagu tu tapi tak sampai bebrapa minit je aku boleh fokus.. tak sedih pun.. ke aku yang tak ada perasaan? haha.. 

Terpulang lah kepada setiap orang.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. 

ini ada satu lagu ni, aku ternampak ada orang post video ni kat facebook.. aku pun cuba lah tengok video lagu ni.. lagu baru lah kot sebab aku baca nama penyanyi pun aku tak kenal.. bila aku dengar, aku rasa aku selalu dengar lagu ni kat radio.. dan aku ingat kan lagu nasyid.. melodi dan suara penyanyi tu macam lagu nasyid la.. 

Tengok video macam bukan.. macam K-Pop je.. ke aku je rasa macam tu? entah la.. penyanyi baru.. 








6 komen SUEPERBS...:

Addin said...[Re perbs]

mesti jiwa dia lembut sampai menangis, tu baru nama nya betul betul menghayati ! :)

lieynanilaz said...[Re perbs]

selalu gak layan lagu lagi2 malam...syok jer dengar di halwa telinga...:)

princess said...[Re perbs]

hehe . sangat menghayati tuu your friend . kadang2 layan jgk lgu time stay up nak stdy tu kan .

Kancil 8349 said...[Re perbs]

lagu memainkan peranan dalam keadaan kita...kalau nak ceria carilah lagu yang rancak...

ziraziz said...[Re perbs]

jrng dgr radio..tp suka lgu2 KPop.. :P.

wpn x phm melodi ttp sedap d dengar...

emy|farid said...[Re perbs]

tak berapa minat lagu ni, mcm tlampau jambu je, hihi