Oct 31, 2011

Semua kau nak bagitau orang...



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kecoh la kau ni.. Semua kau nak bagitahu orang? bagitahu apa? hehe.. ni kes blogger la ni.. ada blogger yang menggunakan blog mereka untuk meluahkan apa saja yang mereka nak.. kadang-kadang benda hal remeh temeh pon nak cerita kat blog.. contoh tajuk macam kena gigit kucing, terjatuh kerusi, sakitnya cabut gigi, seluar ku terkoyak , bajuku tak muat, malunya tersalah masuk toilet, tayar keretaku pancit, dan .. (cerr senaraikan lagi.. hehe)

Kadang-kadang aku tulis jugak benda-benda remeh tu.. mungkin orang lain nampak macam sangat remeh, tapi boleh jadi benda yang remeh tu pengalaman baru dan manis bagi penulis blog tu.. benda-benda remeh tu la yang selalunya blogger-blogger suka baca dan komen.. jadi bagi aku benda tu bukan satu masalah..  biarlah blogger tu nak tulis apa pun.. asalkan jangan melampau batas sudah.. blogger-blogger mesti tahu semua tu..

Betulke semua benda nak kena bagitahu kat blog? hmm.. kalau macam aku, memang tak semua la nak bagitahu kat blog ni.. kadang-kadang bila aku keluar pergi mana-mana memang aku suka snap pic yang aku rasa menarik.. nanti boleh jugak kongsikan kat blog.. tapi sebenarnya tak semua yang aku snap tu masuk dalam blog.. bila aku snap pic kadang-kadang kawan-kawan atau ahli keluarga yang tahu aku ada blog mesti sindir (eh.. tegur) "nak letak kat blog dia lah tu".. hehehe.. kadang-kadang memang segan bila orang yang rapat dengan kita tahu dan baca blog kita.. nak tulis pun berhati-hati takut ada yang terasa.. ye tak? dan kadang-kadang tu kena perli pun ada.. haha.. tahan je la.. siapa suruh tulis kat blog..

walau apapun yang korang nak tulis, korang pandai-pandai lah ye tanggung risiko nya.. dan kalau boleh elakkan tulis benda-benda yang tak pasti.. takut menjadi fitnah pulak.. ^_*





8 komen SUEPERBS...:

Mia Meymi said...[Re perbs]

betul2..:)

tqa_tqi said...[Re perbs]

like like like.. =)

~ Eiya temBam ~ said...[Re perbs]

betul...tapi selalunyer aku suker tulis "suker aku ar nk tulis ape? belog aku kan..."
hihik...ala2 gurau gtuh...:)

NasZ said...[Re perbs]

betul2. hehe. selalu gak kena sindir.

"Hebat tu. Blogger hebat".

Bagus gak dorang sindir sebab dorang mendoakan. saya amiinnn kan je. hehehe.

SoLy SoLicious said...[Re perbs]

jgn nk pg mndi pun nak buat pos..hee

sue perbs.. said...[Re perbs]

@~ Eiya temBam ~ haha.. betul jugak tu

sue perbs.. said...[Re perbs]

@NasZbetul2.. kata2 itu satu doa

sue perbs.. said...[Re perbs]

@SoLy SoLicious haha.. itu dh terlebih lebih tu