sueperb pages

Oct 21, 2011

Program Latihan 1 Malaysia di Kolej Komuniti..

Kolej Komuniti Shah Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Korang tahu tak pasal Program Latihan 1 Malaysia? Program ni adalah ilham YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2011 bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat melalui Latihan 1 Malaysia.



Objektif Program

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat setempat
  • Membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
  • Mengurangkan masalah sosial belia
  • Memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran
  • Memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan

Syarat Kelayakan

  • Warganegara MALAYSIA
  • Boleh membaca dan menulis
  • (Pesara kerajaan/Warga Emas/Belia/Lulusan Universiti/Lepasan Sekolah)
  • Pekerja yang sedang bekerja
  • Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon
  • Kursus dijalankan pada selepas waktu pejabat (hari bekerja) dan hujung minggu:
  • Masa 6.00 petang hingga 10.00 malam (hari bekerja)
  • Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang (hujung minggu)
  • Program Kemahiran Bahasa - RM10.00 / Kursus (Pakej)
  • Program Kemahiran Lain - RM 1.00 sejam (Bayaran Dicaj Mengikut Jam Kursus)

Kalau nak daftar, korang kena lah pergi kat mana-mana kolej Komuniti yang ada tawarkan program ni..  Aku sebenarnya dah join satu kursus iaitu kursus bahasa Mandarin.. RM10 je tau.. untuk 32 jam.. setakat ni aku dah datang untuk 2 kelas. kelas bahasa diadakan sebelah malam.. malam ni pun ada lagi kelas.. seronok jugak belajar bahasa mandarin ni.. 'Zhen de ma?'

Untuk pengetahuan korang, banyak lagi kursus yang ditawarkan di bawah program Latihan 1 Malaysia ni.. Untungnya kalau korang daftar untuk program ni, yuran dia murah je.. dan kalau korang ambil kursus kemahiran seperti -memasak, jahitan, solekan dan lain-lain, korang cuma bayar yuran je.. barang-barang semua pihak kolej komuniti yang akan sediakan.. 

Antara kursus yang ada kat Kolej Komuniti Shah Alam untuk bulan Oktober-November

BAHASA DAN MUZIK

  • Kursus Bahasa ( RM 10 setiap bahasa)
  • Kursus Muzik ( RM 10 setiap muzik)
  • Kursus Tarian ( RM 10 setiap tarian)

Kemahiran (RM 20)
SAJIAN DAN KATERING

  • Kursus kuih-muih tradisional
  • Kursus pembuatan coklat
  • Kursus masakan barat
  • Kursus Roti dan kek
  • Kursus Pembuatan coklat

FESYEN DAN PAKAIAN

  • Kursus Jahitan Kreatif (Baju)
  • Kursus Jahitan Kreatif ( Langsir)
  • Kursus Jahitan Kreatif (Tudung)

GRAFIK DAN MULTIMEDIA

  • Kursus Fotografi Kreatif
  • Kursus Adobe Illustrator Photoshop

SOLEKAN

  • Kursus Solekan dan Andaman
  • Kursus Kecantikan

ART & Craft

  • Kursus Silk Printing
  • Kursus Felt Craft
  • Kursus Clay Animation
  • Kursus Frame Craft



P/s : Kalau boleh memang nak join semua.. hehe .. untuk apply online dan tengok senarai kursus boleh klik SINI



INFO




10 komen SUEPERBS...:

Jahirah said...[Re perbs]

menarik ni.....nak join gak la..:)

SoLy SoLicious said...[Re perbs]

mcm nk amik bahasa..eh, bhs asing ade ke?

emy|farid said...[Re perbs]

eh, cam best je. nak join la

sue perbs.. said...[Re perbs]

@cik aisha memang menarik.. join jngn tk join..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@SoLy SoLicious ade kot.. mcm jepun tu ade.. kene dftar dulu..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@emy|farid jom jom join..

Mesin Terapi said...[Re perbs]

salam..mcmna nk daftra..sebab kita ada kol tnya di kolej komuniti selayang dpa kata xda kelas jahitan separuh masa.(hujung minggu)..sedihnya..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Mesin Terapi hari tu sy daftar kat kolej tu.. tk semua kolej ada kelas jahitan separuh masa ni.. mase tu kat kolej komuniti shah alam ade kursus asas jahit baju.. kene slalu update dngn diorg la kursus2 yg ade..

Unknown said...[Re perbs]

Nk join jugak la mcm best je,mcm kursus kecantikkan tu,brg kita bw sdr ke @ disediakan?email pada saya blh errafahmi80@gmail.com

Anonymous said...[Re perbs]

Mcm mana nk daftar ye