sueperb pages

Oct 13, 2011

Kesilapan yang menghantui fikiran ..


Assalmualaikum , salam sejahtera..

Sebenarnya aku tak nak cerita benda ni kat blog ni.. sebab aku rasa benda ni sangat memalukan aku.. tapi semenjak isnin minggu lepas sampai la sekarang, aku asyik terfikir benda tu je... ye, manusia memang buat silap tapi aku rasa inilah kesilapan yang paling aku tak sangka aku akan buat.. arghh.. rasa sangat frust kalau difikirkan balik..

Isnin minggu lepas aku ada test JPJ untuk kereta.. daripada 80 orang aku punya giliran nombor 77.. memang agak lama lah kena tunggu giliran.. mula-mula kena buat parking dulu baru jalan raya.. memang ramai yang gagal kat bukit.. aku pelik, kenapa ramai orang bila naik bukit okey, tapi terundur balik.. rugi sangat.. 

Lepas tu dah sampai giliran aku pulak.. alhamdulillah berhenti-henti betul atas garisan.. dah angkat tangan dah free gear dah tarik hand break.. nak buat balancing.. tiba-tiba kereta terundur belakang.. arghhhh.. frust nye lah aku masa tu... hand brake tak makan..  ciss.. aku dah tarik kuat-kuat kot.. 

aku tanya kat orang yang nak ambil kereta tu kenapa handbrake tak makan ni? pastu dia suruh tarik dua-dua tangan.. hoh.. apa lah bagi kereta uzur macam tu.. patut lah ramai yang gagal kat bukit.. masa belajar dulu ok je kat bukit tu.. memang frust..

lepas tu kena buat jalan raya pulak.. aku tengok muka pegawai JPJ tu memang agak menakutkan.. dengan misai tebal dia.. aku buat macam biasa je.. lepas tu entah macam mana aku boleh pulak pergi langgar lampu isyarat merah.. aku nampak lampu tu merah tapi aku was-was nak berhenti ke tak sebab kereta semua jalan je.. dan lampu isyarat tu memang jarang merah.. 

sebab kesalahan yang tu lah aku GAGAL SERTA MERTA.. yang paling aku akan ingat sampai bila-bila ialah bila aku kena duduk sebelah pegawai JPJ pulak yang memandu.. malu nya lah.. memang tak bersuara langsung lah masa tu.. pegawai JPJ tu pulak bawak kereta macam apa tah.. ingatkan pegawai JPJ bawak kereta lagi pro.. ni sampai nak langgar kereta orang.. sabar je lah aku yang tengah frust masa tu..

bila sampai kat pusat memandu tu aku kena jugak serah borang kat ofis.. oleh sebab aku gagal dua-dua, so kalau nak retest kena lah bayar RM200..mana lah nak cekau duit ni.. dah la tak dapat-dapat kerja lagi..  entah la bila nak retest.. 

MALU + TENSION bila orang tanya kenapa boleh gagal sampai dua2? target motor pulak.. harap-harap lulus la...





16 komen SUEPERBS...:

Unknown said...[Re perbs]

xpe2..cuba lg..usaha tangga kejayaan :)

SoLy SoLicious said...[Re perbs]

cuba lagi test lain nnti ye..heee

[sutera kasih] said...[Re perbs]

rileks dear..sy lg teruk dulu 3 kali failed bukit haha..tp berkat semangat mak sy, sy lulus jgk akhirnya semua test heee..

jgn give up tau??? :)

Azza Azman said...[Re perbs]

praktis byk banyak dulu sebelum exam... saya dulu peluh2 15 kali sehari praktis.

Azza Azman said...[Re perbs]

tak aci gila dia bagi kereta uzur..huhu. kejam.. buat je surat permohonan.

syuwai said...[Re perbs]

<=pernah gagal dekat bukit juga..hehe

besalah tu kreta uzur nak mampus!..huhu

nasib ambl kali k-2 ok jer..huhu

sue perbs.. said...[Re perbs]

@ziraziz ye.. jngn putus asa..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@SoLy SoLicious ye.. mesti cuba lgi

sue perbs.. said...[Re perbs]

@[sutera kasih] yeke.. respek la awak ni.. tk prnah mengaku kalah.. hehe

sue perbs.. said...[Re perbs]

@! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! tu lah.. kene praktis lbih ni.. kesian mrk2 yg dpt kereta uzur tu..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Penggemar Coklat hu'uh.. sabo je la .. best la dh dpt lesen kan

Unknown said...[Re perbs]

Sy x amik2 lesen smpai skrg.. Huhu...

sue perbs.. said...[Re perbs]

@MissCt a.k.a MuqDeq tkpe.. awk msih muda.. sy dh tua dh.. hehe

Nasz said...[Re perbs]

langgar lampu merah tu memang kesalahan besar. memang confirm fail. takpe, nanti try lagi. jgn give up k?

MOHD NASER.com

Jay Saja said...[Re perbs]

tak apa. bila ada masa, duit, boleh ambik lagi. hal kecik je. ;)

tahu tak sue, sepanjang belajar...kita memang tak pernah larat nak tarik handbreak. nak pusing stereng pun berpeluh2...padahal aircond pasang. sampai luka tangan sebab melecet! terpaksa pakai sarung tangan. :)

instructor siap suruh get ready dengan kereta yang bermasalah. sebab masa test, kita tak akan dapat kereta yang kita selalu guna. :)

Addin said...[Re perbs]

usaha lagi :) chaiyok , pasti boleh .