sueperb pages

Apr 24, 2011

Imam Muda Musim ke 2...

Program Imam Muda kembali... 10 peserta telah terpilih.. Juara Program Imam Muda Musim Pertama Imam Muda Asyraf.. Siapa pula juara untuk musim ke 2 ini?

Berikut adalah senarai peserta dan sedikit info mengenai peserta-peserta Imam Muda Musim ke 2 ini..


Imam Muda Hassan Adli Yahaya, 26 thn, Air Tawar, Perak. Imam Muda Hassan adalah seorang Pensyarah. Di waktu lapang Imam Muda Hassan suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam. Imam Muda Hassan seorang yang pemalu tetapi selepas mengenalinya ternyata Imam Muda Hassan seorang yang peramah dan suka berkongsi ilmu.



Imam Muda Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada aje topik dan lawak yang disampaikan bersuaianlah dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. Imam Muda Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah sumber informasi buatnya. Tidak pernah tinggal MP3 nya.




Imam Muda Mujahid Suhaimi, 20 thn, Woodlands, Singapura. Imam Muda Mujahid anak jati kota metropolitan. Imam Muda Mujahid antara salah seorang peserta termuda dalam Imam Muda Musim Ke-2 dan pernah beraksi dalam sukan Gimnastik dan masih lagi menuntut.



Imam Muda Amar Wan Harun, 27 thn, Alor Setar, Kedah. Imam Muda Amar masih bergelar seorang mahasiswa. Banyak menghabiskan masa bersama rakan di kolej dengan melakukan aktiviti bersukan. Imam Muda Amar suka bermain video. Imam Muda Amar juga mempunyai keunikan mengubat menggunakan pendekatan AURA seseorang. Seorang yang sempoi tapi penuh dengan ilmu agama di dada.




Imam Muda Fakhrul Hassan, 27 thn, Terengganu. Imam Muda Fakhrul adalah seorang Imam di tempatnya. Istimewa tentang Imam Muda Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa. Imam Muda Fakhrul suka memancing dan menonton filem. Imam Muda Fakhrul adalah lulusan dari Universiti Sains dan Teknologi Yemen.


Imam Muda Nadji Wan Mohd Noh, 20 thn, Kajang, Selangor. Anak Kelantan ini, salah seorang pelajar dan peserta paling muda untuk musim ini. Imam Muda Nadji cukup minat dengan sukan bola keranjang dan futsal. Imam Muda Nadji juga penyokong kuat kelab bolasepak Chelsea. Dari keluaraga yang kuat agama ayahnya seorang Guru Taranum.



Mohd Azlan Zulkarnain, 25 thn, Kuala Lumpur. Biaraun masih muda, anak jati KL yang juga seorang jurutera di sebuah syarikat gergasi petroleum ini nampak matang. Lihat saja gayanya berbicara, petah dan ada 'isi'. Jadi tidak hairanlah Imam Muda Azlan memberitahu bahawa dia gemar menulis blog. Pasti ramai yang ingin membaca coretan Imam Muda Azlan.


Imam Muda Fakhrul Hassan, 27 thn, Terengganu. Imam Muda Fakhrul adalah seorang Imam di tempatnya. Istimewa tentang Imam Muda Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa. Imam Muda Fakhrul suka memancing dan menonton filem. Beliau adalah lulusan dari Universiti Sains dan Teknologi Yemen.



Imam Muda Fadli Hj Awang, 24 thn, Brunei Darussalam. Imam Muda Fadli merupakan satu-satunya peserta dari Brunei. Bertugas sebagai Pegawai Masjid, masa yang ada banyak digunakan untuk menelaah bahan-bahan agama dan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu Imam Muda Fadli juga suka menonton TV.



Imam Muda Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 thn, Segamat, Johor, merupakan seorang Guru Besar. Selain gemar berkebun, Imam Muda Nazrul berbakat menyanyi. Irama Nasyid menjadi pilihan. Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan Imam Muda Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja. Baru mendapat cahaya mata kedua bulan lalu.




saksikan program Imam Muda di Astro Oasis saluran 106.
Medan Imam Muda setiap Jumaat bermula 29 April 2011 pukul 9 malam sehingga 10 Malam..


untuk info lebih lanjut like fanpage IMAM MUDA di Facebook..

1 komen SUEPERBS...:

Zalies said...[Re perbs]

Info terkini..Program Keusahawanan 3K bersama Imam Muda Fakhrul setiap Hari Sabtu & Ahad bertempat di Prima Sri Gombak,Batu Caves Selangor..sila lawati blog : http://inspirasilensa.blogspot.com