Apr 10, 2011

Segmen Teguran Sesama Blogger..

Ok... petang-petang ni rasa macam nak join je segmen yang dibuat oleh blogger2 ni... sebelum ni setakat baca je blogger2 yang buat contest atau segmen tapi macam malas nak join... tapi kali ni nak join jugak lah ,, segmen teguran sesama blogger by NANAOSAKI...






mengikut cik Nanaosaki ni, untuk nak join segmen ni, blogger diminta untuk tegur apa yang tak suka pasal blog dia.. hmm.. 

So, kepada cik nanaosaki, saya dengan sejujur jujur nya saya sangat la tak puas hati dengan cik nanaosaki sebab..... kenapa blog ciknanaosaki ni banyak follower ek?? lebih dari 600 followers..  tak puas  hati ni... follower saya setakat 40 orang je... alhamdulillah la masih ada yang sudi memfollow saya... hehe.. 
(walaupun saya memang perasan ciknanaosaki rajin update blog nya tentang isu-isu terkini... tak macam saya yang update ikut mood.. hehehe.. mengaku sendiri..)

komen lain cuma bila masuk blog cik nanaosaki ni nampak macam simple je... background pun biasa-biasa je.. gambar pun tak banyak sangat.. tapi yang penting kandungan nya kan... ye dok? itu je la kot komen saya.. siapa la saya ni nak komen lebih-lebih (aceceh)... 

untuk pengetahuan, saya blogger wanita tulen.. hehe..agak baru la jugak menceburi bidang blogging ni..  dan kalau boleh saya pun nak ciknanaosaki tegur saya jugak supaya saya pun boleh dapat banyak follower macam ciknanaosaki jugak.. mungkin nak tegur blog saya yang serabut ni... mungkin di mata saya cantik, tapi di mata orang lain mungkin nampak macam sakit mata je.. tak pe.. saya terima je.. ^_*

sama-sama la kita menyokong sesama blogger ye.. 



1 komen SUEPERBS...:

cik hani said...[Re perbs]

gud luck utk segmen ni...