layak ke nak jadi ratu setakat muka cantik tapi perangai astaghfirullahallazim, hati busuk, pentingkan diri, hasad dengki dan semua la yang busuk2..
rilex2... aku pun bukan la sempurna sangat... banyak kekurangan pun.. sebenarnya nak review cerita Ratu The Movie yang baru aku tengok ( thanx to Dira) yang pinjamkan kat aku...
ye.. aku tau cerita tu agak dah lama... tak up to date la aku ni... hehe... bukan apa, malas nak tengok kat wayang, tak ada siapa nak teman..
emm... cerita dia pasal 10 orang peserta akhir program realiti Pertandingan Ratu Cantik yang berkumpul untuk pergi ke lokasi yang dah ditetapkan menaiki kapal layar.. masa belayar tu tiba-tiba ada ribut dan terpaksa mendarat di pulau.. banyak peristiwa aneh berlaku ... ada yang hilang dan masa tersadai kat hutan tu la dapat tengok sikap sebenar peserta-peserta tu... macam mana sorang tu sanggup nak bunuh kawan sendiri sebab tamakkan harta... dan macam mana bila kawan dalam kesusahan tak ada siapa nak tolong... macam mana perempuan tu asyik nak mengarah orang je, tapi tak nak tolong buat pun, sikap suka menyalahkan orang lain, pentingkan diri sendiri... dan last-last rupanya semua tu memang dah di plan..
ok... sekarang dah tau benda tu dah di plan, memang tak surprise kan? macam tu la aku rasa bila kawan aku dah bagitau dulu pasal cerita ni.. bila aku dah tau pasal benda tu dah plan memang 'feel' dia lain sikit... sebab otak aku dari awal dah set '' ala, semua ni dah plan''... hmmm... itu pasal la aku lebih suka orang tak cerita kat aku apa yang bakal terjadi walaupun orang tu dah tengok cerita tu dulu awal-awal... senyap-senyap sudah la... tak surprise la.. (huhuhu)
survival di hutan..
so, selepas tengok cerita tu aku rasa bolehla tahan, macam cerita biasa dan tak rasa macam movie pun... (ye la, tengok kat laptop, bukan kat wayang (wekk)... dan pasal pelakon-pelakon tu, kebanyakan nya pelakon baru... boleh nampak la beza pelakon yang dah pro dengan yang baru berlakon... macam kaku je berlakon.. hehehe.. (lebih-lebih lak aku kang tak pasal-pasal kena saman)... I'm sorry..
biasa la tu... belajar dari pengalaman..
p/s : nak tengok cerita dalam botol pulak...
0 komen SUEPERBS...:
Post a Comment