sueperb pages

Apr 4, 2011

Sorry..





'Sorry' itu perkataan yang kadang-kadang susah dan kadang-kadang mudah untuk di lafazkan..


Aku manusia biasa memang selalu buat kesilapan.. 


Aku berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik...


Tapi aku juga mempunyai sebab dan alasan mengapa aku melakukan sebegitu...


Dan aku selalu diamkan diri tanpa menyatakan sebab dan alasan itu...


Kerana aku memang tak pandai dan tak suka memberi alasan..


Aku tahu alasan aku kadang-kadang tak masuk dek akal fikiran..


Aku tahu alasan ku remeh bagi mereka kerana mereka tak mengalaminya..


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..


Mereka tidak faham perasaan ku, kesedihan dan keperitan..


Perkara itu memang remeh, tetapi boleh menghancurkan semangat ku..


mungkin banyak persepsi buruk yang telah dilemparkan..


Aku terima kerana aku tahu aku memang penyebabnya..


Aku manusia lemah yang selalu menginginkan kata-kata semangat dan peransang...


Aku selalu cuba berfikiran positif dan memotivasikan diri sendiri...


Selalu bersendirian tidak mahu bergantung pada orang lain..


Di saat dan kala ini hanya seorang insan yang aku perlukan...


Ibu ku...


Tiada yang lebih memahami ku selain ibu kandung ku sendiri..


Kerana aku sebenarya bingung dengan diri ku sendiri..


Ibu... aku perlukan ibu, aku sayang ibu, aku mahukan ibu disisi..


aku mengaku telah membuat kesilapan..


aku merasa sangat bersalah tetapi aku hanya mampu sembunyikan saja perasaan ini..


Ibu.. kembalikan semangat ku ibu..


kembalikan semangat ku untuk meneruskan kehidupan ini..


kerana hati aku sangat kecil dan rapuh..


ubatilah hati ini ibu..








Terima kasih mak kerana memahami ku...








sorry mood sedih pulak malam-malam ni.. *_*







0 komen SUEPERBS...: