Aug 24, 2011

Ye.. Butik tu laa..


Minggu lepas aku ada cerita pasal kerja kat butik .. tapi aku tak bagitahu kat butik mana.. tak sangka pulak ada ramai yang meneka.. dan semua yang teka tu jawapannya semua sama.. dan aku terfikir, macam mana diorang boleh tahu ni ? aku baru nak berahsia.. haha

antara mereka yang rajin komen..


Ok lah, di bulan Ramadhan yang ke 24 ni aku mengaku lah.. ye aku part time kat First Lady.. kat mana? Hehehe..yang tu tak nak la bagitau.. nanti korang serbu pulak ( macam la artis popular nak kena serbu )..  kot-kot kalau nampak perempuan tinggi macam patung model baju tu, aku la tu.. (perasan bajet macam model)

Haa.. yang ini aku nak cerita, memang dulu awal-awal kerja dulu, orang selalu terkejut bila pandang aku.. diorang ingat aku patung mungkin sebab aku berdiri tegak tak gerak-gerak.. pekerja lain berdiri setempat jugak tapi tak ada pulak diorang nak terkejut.. kadang-kadang budak kecik siap peluk kaki aku ingat kan patung..

Aku tak puas hati.. dalam minggu lepas jugak aku cuba la mengukur ketinggian aku dengan patung-patung kat butik tu.. oh rupa-rupanya, tinggi aku memang sama dengan patung-patung kat butik tu.. Cuma patung tu lagi ringan dari aku je.. hehe

Dan untuk mengelakkan benda tu berlaku lagi, aku dah tak berdiri tegak setempat tak gerak-gerak dah.. sekarang ni bila ada pelanggan masuk je aku mesti ikut belakang.. walaupun sebenarnya kalau aku sebagai pelanggan, aku kurang suka bila sales assistant ikut je belakang aku.. sebab tu la kadang-kadang bila pelanggan bertanya je baru aku datang dekat..

Bila nak dekat raya ni pelanggan memang sangat la ramai.. ada je yang masuk.. nak duduk sekejap pun payah.. rasa macam nak putus je urat-urat kaki ni.. paling ramai tentulah masa hari minggu.. ada sekali tu sampai 5 pelanggan tanya serentak.. membuatkan aku terkedu.. mana satu nak layan... dengan stok-stok baju yang kadang-kadang terlupa simpan kat mana.. tak apa lah, demi mencari rezeki.. tak baik mengeluh..

Nampaknya kalau tak sempat nak shoping raya, melaram baju First Lady la nampaknya raya tahun ni.. kawan-kawan ku, jangan beli baju raya sama design dan warna dengan aku tau.. nanti jadi boria pulak... hehe..

18 komen SUEPERBS...:

CikMiMiey said...[Re perbs]

seponsor bju raye dri butik first lady satu .. kikiki :)

H.J said...[Re perbs]

sue..kita boria dua la..?macam mana?haha

Acik said...[Re perbs]

ingatkan sue yg jadi first lady! wakakaaaa ...
jangan mare :)

lieynanilaz said...[Re perbs]

hahaha...kelakarlah sue..hehe..

syahira abdullah said...[Re perbs]

heehee ramai plak yg teke betul kn ^^_

Luqeem™ said...[Re perbs]

oh hehe..lain kali jalan2 je smbil buat kerja..

aleen aiden said...[Re perbs]

eh,mane muke aku mane muke aku?aku teka 1st lady jugak!hahah

Queen F said...[Re perbs]

hahah boleh pulak ingatkan patung kan :D macam cerita apa dulu yang tv3 tu, cendana ke apa lah? hehe wahh masyukk keja first ladyy.. kat sini tade pon first lady >.<

syrupmasin said...[Re perbs]

nak duet raye :D

sue perbs.. said...[Re perbs]

@CikMiMiey aiyak... bju sy pon tk bli lgi.. hehe

sue perbs.. said...[Re perbs]

@H.J haha.. nk boria ke.. tk mo ar

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Aciktk mara.. suke.. hehe..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@lieynanilaz klakar ke? gelak kuat2 sket.. haha

sue perbs.. said...[Re perbs]

@syahira abdullah tu la.. bijak2 diorg ni

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Luqeem™ tu lah.. tpi jln je penat pulak

sue perbs.. said...[Re perbs]

@aleen aiden haha.. jarak komen jauh sngt la.. tk dpt nk print screen semua..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Queen F ha'ah.. klu patung cendana tu memg la cantek.. mcm ptung btol.. hehe.. tk de la masyuk sngt.. biase2 je

sue perbs.. said...[Re perbs]

@syrupmasin duet raye? gaji tk dpt lgi.. huhu..