Assalamualaikum semua..
Sebelum ni aku ada bagitau yang aku ambil kerja part time kan.. tapi tak bagitahu pun kerja kat mana.. hehe.. sebenarnya aku part time kat kedai baju je.. atau lebih senang cerita, kat butik je.. butik pakaian perempuan.. kalau aku bagitahu nama butik ni mesti ramai yang tahu ni.. butik ni ada banyak cawangan kat Malaysia.. baju kurung, jubah, blouse, seluar, kebaya... semua ada.. baju Melayu pun ada tapi kat cawangan butik tempat aku kerja ni hanya ada baju untuk perempuan je..
sebenarnya untung jugak kerja part time kat butik ni.. dapat diskaun untuk baju .. berapa? tak banyak.. 20% je.. tu pun untuk setiap seminggu bekerja.. apa yang untung nya kerja kat sini, aku dapat tengok macam-macam jenis baju yang ada.. bila pelanggan tak ada, apa lagi, aku try la baju-baju yang ada kat siitu.. kalau sebelum ni kalau beli baju memang aku sangat lah malas nak try baju.. bila balik mulalah tak puas hati, saiz tak sesuai la.. warna tak cantik la.. macam-macam hal..
aku sebenarnya sambil melayan pelanggan, aku perhatikan jugak jenis-jenis baju yang orang suka.. setakat ni aku tengok ramai jugak yang mula berminat dengan baju jubah ni.. memandangkan aku tak ada jubah lagi, aku rasa nak beli la jubah untuk raya ni.. hehe.. dan untungnya lagi, pekerja-pekerja kat sini boleh reserve dulu baju-baju yang kitorang nak.. bayar kemudian la.. tunggu dapat gaji..
tapi kan.. bila dah hari-hari tengok orang beli baju yang sama, rasa macam bosan pulak.. kadang-kadang bila nak bel baju yang sama tu, aku terfikir, berapa ramai orang kat Malaysia ni akan pakai baju yang sama hari raya ni.. tak nak la pakai baju design yang sama je.. hehe.. ( mengada-mengada je lebih aku ni.. kalau nak baju tak sama, design la sendiri.. ceitt )
ps: yeah esok cuti.. nak survey baju raya la nanti..
14 komen SUEPERBS...:
waahh de partime ek..siap de diskaun lg..bgus la cam tu..nnt leh belikn utk sy lak..kih kih..
wah..bestnye dapat diskaun ;)
hehehe.. cam pika la dulu.. keje kedai kasut.. ble nk bli.. reserve dlu.. dpat gji bru byar.. hehe
butik nama apa tu?haha
butik first lady ke..hehe...:)
keke. baru nak teka first lady. dah ada orang teka dulu rupanya. ;P
betul ke su? waaah. dapat discount tuuu. leh la beli untuk kita. :P
mesti keje kat butik first lady ni..hehe.
MOHD NASER.com
bgs jgk keje part time kt kedai baju..hihi..dpt usha2..
ok..slmt bershopping ea..hehe
waaa...samalah..sy pun wat part time kat tempat tudung ngan baju..pehhh..bos baik hati bagi harga borong trus... tp untung keja kat tmpat2 macam ni, sekurang2nya tau byk benda ttg kualiti nya sekali and dpt tau harga sebenar~
dah survey baju raya? beli berapa helai? berhelai-helai-helaiiii ke? :)
hhaha..hada pun sma..bukan sama kerja part time..sma y satu lg tu..ihihi..kalau boleh hada pun xnak lah pakai baju y sama dgn orng pd hr raya..kekeke..xkisahlah kalau baju raya tu x vogue pun asalkan xsama..nampak buruk sekalipun xkisah asalkan xsama..ehehehe..
aku nak teka!kat 1st lady kah?heee
hahaha.. tak suruh teka tapi ramai yang teka ni.. pandai la korang-korang ni..
@ArulchelseA nak jubah ke kebaye? hehe
Post a Comment