Fuhh.. lamanya aku menyepi.. first entri lepas menyepi ni aku nak join segmen dari blog Invasion Plan.. segmen kenangan bersama kad raya.. macam menarik je segmen ni..
hmm.. aku mengaku dulu aku seorang yang sangat la rajin hantar kad raya.. dulu-dulu masa sekolah rendah kan budak-budak perempuan suka sangat buat buku biodata.. (aku ada jugak satu buku khas ) .. tau tak buku biodata tu macam mana? ala buku yang korang tulis maklumat peribadi korang tu.. siap hias-hias bagai.. guna pen warna warni.. macam-macam nak tulis.. yang lawak bila ada yang siap tulis, senarai nama kawan baik, kawan karib, kawan musuh.. kalau tulis biodata kat tuan punya buku, dia mesti letak nama dalam senarai kawan baik atau kawan karib.. haha.. bila baca balik macam kelakar je.. dan aku masih simpan sampai sekarang buku tu.. kenangan tu.. dan dengan maklumat-maklumat dalam tu la aku guna untuk hantar kad raya..
bila masa puasa dulu, aku sanggup pergi beli kad raya guna duit sendiri.. lepas tu tulis la ucapan-ucapan dalam kad raya tu.. siap pantun-pantun lagi.. kadang-kadang siap bercerita dalam kad raya tu.. lepas tu, sanggup berjalan pergi pejabat pos sorang-sorang nak pos kad-kad raya tu.. lepas tu, tunggu la kawan-kawan balas..
bila kad raya yang aku hantar tu di balas, punya la seronok.. serius aku sangat happy.. ada jugak kawan yang siap tampal duit kat kad raya tu.. walaupun ada yang RM0.10 je.. (kedekut.. hehe).. tapi tak semua yang balas kad raya aku tu.. tahun berikutnya, aku hanya akan pos kad raya kepada kawan-kawan yang hantar dan balas kad raya kat aku je...
makin lama makin kurang kad raya yang aku hantar.. dan masa sekolah menengah dulu ada jugak kawan-kawan yang bagi je kad raya by hand.. dan aku pernah dapat kad raya misteri.. tak tau siapa yang bagi.. dan ada juga kawan internet bagi kad raya.. siapa-siapa pun bagi kad raya aku akan simpan.. ye.. kat rumah, aku ada lagi kotak koleksi kad-kad raya yang aku terima.. sayang sangat nak buang...
tapi kan.. tahun ni aku langsung tak bagi kad raya kat siapa-siapa.. huhu.. sory la kawan-kawan semua.. tapi kalau ada yang sudi lagi nak bagi kad raya kat aku memang aku berterima kasih sangat la.. aku akan berusaha untuk balas..
akhir kata.. terima lah pantun ni...
pecah kaca pecah simen,
sudah baca sudi-sudilah komen..
selamat hari raya semua...
15 komen SUEPERBS...:
hahhaha.. kelakar.. teringat buku biodata.. memang semua budak2 macam tu kot... :)
makin lme mkin pupus kn budaya menghantar kad raya ni..nk dpt sekeping pun ssh..hihi
hehe, jom la hantar kad raye kat keroro :P
tapi sue memang semangat dulu :)
p/s : thanks join XD
buku biodata!
weee
same
hahah..tula..dulu sggop tulih kan..huhu
mmg kelakar bila teringat buku biodata tu..tp berguna kalo nk anta kad raya kan..heheee...
btw, nak kad raya jugak...heeee
Memang lawak bila ingt buku biadota tu..kah kah kah kh
suka mintak biodata kwn2 time zaman bebudak dulu :D
wahhh, sampai sekarang masih simpan buku biodata. buku biodata sy dah hilang dahh. huhuhu.
tapi mcm rugi kan,sbb musim bg kad raya tu dh mcm nak pupus. tahun depan ingat nak bg kad raya kat kawan2 la. =D
http://sayasibudakopto.blogspot.com/2011/08/kenangan-bersama-kad-raya.html
@Lia-De-Pinky-Leo, @aimie amalina, @SoLy SoLicious, @ArulchelseA, @CikMiMiey : kan.. kenangan tu buku biodata.. semangat lebih..
@fieha ha'ah.. klu dpt sekeping pon dh kire happy sngt dh
@sergeant keroro welkam.. hehe.. keroro la hntar dlu nanti sy balas..
@Mrs. Farhan mesti la simpan.. kenangan tu.. hehe.. anta kat sy skali ye..
hehe, malas la pulak :P
siapa la admire tu... hurm.....
@Cik Asma BLuppy entah le.. mane ade admire..
Post a Comment