Fobia nak shoping raya? kenapa ye? sebenarnya aku ada kenangan pahit yang tak boleh lupa bila waktu nak shoping raya ni.. macam ni cerita dia..
Dulu masa tahun 2008, masa semester pertama di UiTM, hari sabtu, aku dengan excited nya pergi la shoping raya kat Jalan TAR dengan 3 orang kawan sebilik.. untuk pergi ke sana, kami perlu naik bas U80 sampai ke KL Sentral dan lepas tu naik LRT Putra sampai ke masjid India.. memang shoping sakan la masa tu.. dapat la jugak baju sehelai.. bila dah nak dekat waktu berbuka puasa, kami beli makanan siap-siap.. kami berbuka puasa di stesen LRT KL Sentral je.. Lepas buka puasa tu, kami ke surau KL Sentral untuk solat maghrib.. aku berdua je ( lagi dua orang tu faham2 je la ye.. hehe)
lepas selesai solat, aku pun cari la beg tangan aku .. tapi tak jumpa.. semua tempat aku cari tapi tetap tak jumpa.. aku jadi bingung.. aku tanya orang yang duduk kat situ pun tak tau.. kawan aku pun tak perasan pasal beg tangan aku tu.. Ya Allah.. masa tu betapa nak menangis nya aku mencari beg tangan yang hilang.. dua-dua handphone aku dalam beg tu.. kad pengenalan, kad bank semua dalam tu.. tapi beg barang-barang shoping aku ada.. nasib baik la pencuri tak curi barang-barang shoping aku sekali..
bila dah puas cari berkali-kali dan pasti yang memang dah hilang, aku bersama kawan-kawan sebilik aku pun pergi la kat pondok polis buat report.. rupanya memang dah banyak kes beg hilang dalam surau tu.. duit memang la tak banyak sangat dalam beg tu.. yang penting dokumen-dokumen peribadi .. dan yang paling aku sedih ialah bila 2 handphone aku pun hilang.. mana tak nya.. satu handphone hadiah dari mak, satu lagi hadiah dari ayah.. aku sayang sangat kat handphone-handphone tu.. tambah-tambahan lagi barang pemberian orang yang aku sayang.. tapi nak buat macam mana.. pencuri yang kejam tu dah curi beg aku.. memang kejam betul la.. kat surau pon sempat nak mencuri lagi..
aku agak bernasib baik sebab aku bersama kawan-kawan bilik aku.. kalau tak, aku tak tahu lah macam mana nak balik asrama dengan duit tak ada, handphone tak ada.. naik bas pun kawan aku tolong bayarkan.. bila sampai UiTM, kawan aku bagi pinjam telefon untuk call dan nombor yang aku ingat masa tu nombor mak aku je.. aku ingat lagi macam mana aku tak mampu nak bercerita dengan mak aku apa yang terjadi.. aku cuma mampu cakap yang beg aku hilang.. lepas tu aku terdiam.. dan seingat aku malam tu la malam yang aku memang tak boleh nak tahan perasaan sedih.. aku tak pernah menangis depan kawan-kawan.. tapi malam tu aku tak dapat tahan.. keluar jugak air mata ni..
dan malam tu jugak mak dan abang aku datang asrama walaupun dah lewat malam.. aku ingat lagi betapa risau nya mak aku masa tu.. lepas je aku call, mak aku terus ajak abang aku ambil aku .. malam tu jugak aku balik rumah.. (nampak sangat anak manja.. heheh)..
hanya kerana satu beg yang hilang tu, macam-macam nak kena settle kan.. nak buat kad pengenalan baru, kad bank baru, aktifkan semula nombor handphone.. mujur jugak duit-duit dalam bank aku tak sempat di curi..
amacam? sedih tak cerita aku ni? hehe.. cerita betul ni tau.. mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kat aku ni.. lepas ni, aku kena lebih berhati-hati.. pencuri, perompak, peragut ada di mana-mana.. shoping-shoping jugak, jangan sampai tak ingat dunia.. huhuhu.. aku berterima kasih sangat dekat kawan-kawan yang membantu aku.. dan tentunya keluarga aku yang sentiasa mengambil berat pasal aku ni..
p/s : kalau tak silap, tahun lepas ada ditampal kat pintu surau KL Sentral tu yang pencuri dikehendaki tu dah berjaya ditangkap.. Alhamdulillah
10 komen SUEPERBS...:
dh mcm tak selamat kan skrg ni even kat surau huhu
ya allah ..kat surau kat kl sentral mmg banyak pencuurikkkkkkkkk!
ezza kalau g smyg kat surau tu , amek air smbhyg pon ezza bawak beg..peduli hapee og nak cakap giler ke ape...
mmg banyak pencurikkkkkk!
err..igtkn selipar je rupanya beg pn nk d kebas jgk..
sedih plak baca tp dugaan b4 raya la kan ? hoho ~
dh ada pglmn so lebih berhati2 lps ni..
entah apa yang pencuri fikir. kena malas tapi nak cari jalan senang je cari duit. isk2.
MOHD NASER.com
bagus pencuri tu dah tertangkap. hopefully x jadi lagi, k! :)
erk,yke? takut kan..
kawan baik saya pun handphone dia kena curi dalam surau masa dia tengah ambil air sembahyang~
pencuri ni makin lama, makin berani~
haishh, menyusahkan org betul pencurik ni, memang kalau hilang duit tu tak rasa sedih sangat, tapi mengenangkan doc2 penting tu yg rasa malas nak menyetelkannye, plus kene marah ngn mak bapak plk tu,,,,
ni boleh dijadikan pengajaran.tengs 4 sharing.
hada pula,,hilang phone dekat rumah kawan hada sendiri..xdapat bayangkan perasaan ni..nak tuduh..di luah mati emak ditelan mati bapak rasa.stress sangat sangat. phone tu pula hadiah dari abng hada..dahtu pula baru jer dpt..sedih..masyaallah memang sungguh sedih..untuk cover balik n tak nak abng hada atau sesape tau..hada keluarkan duit hmpr 1k dekat bank untuk beli phone y sama jenis.sama warna.sampai skrng keluarga hada xtau hal ni.kwn hada? hmm tahla..
perghhh!mencurik dlm surau.x agak btul dorang nih...
Post a Comment