Aug 4, 2011

Ada ke kerja yang tak meletihkan?..

Assalamualiakum, salam sejahtera.. 

Ye, aku mengaku aku sangat tidak aktif dengan blog sekarang ni.. tapi tak bermakna aku tak jenguk langsung blog ni.. bukan sombong, cuma aku tak boleh nak bukak laptop..

rasa dah lama sangat menganggur .. kalaulah menganggur dapat duit memang semua la nak jadi penganggur.. tapi kalau jadi blogger pun dapat duit kan? betul.. tapi kalau nak harapkanduit untuk  iklan Nuffnang dengan Advertlets tu, nak bagi duit raya pun entah budak-budak sekarang terima ke tak.. budak-budak sekarang pun dah pandai demand2 ni.. Isyh isyh Isyh..

Oleh sebab itu, aku cari kerja part time.. dapat la jugak duit sementara tunggu dapat kerja ni.. tak kisah la kerja part time kat mana pun (yang penting halal).. alhamdulillah kebetulan kedai tu memang perlukan part timer, so aku terima je lah kerja situ.. kedai mana? hehehe.. tak nak la bagitau.. kerja aku serve customer, so aku sangat berharap customer-customer aku tu di kalangan orang yang aku tak kenal.. aku kan pemalu.. hehehe..

kerja dia senang sebenarnya.. tak perlu perah otak sangat, tapi memang memenatkan.. di tambah lagi dengan bulan puasa.. memang menguji kekuatan iman dan kesabaran yang tinggi.. walaupun kerja senang tapi tetap memenatkan.. dan itulah lumrah nya.. nak cari rezeki memang perlu berusaha.. 

tak kisah la kerja apapun, asalkan dapat jugak duit.. boleh la beli baju raya nanti.. yeah.. nak baju raya.. nak baju raya.. huhu..

ok lah,tu je nak taip..  kena tidur awal, takut tak larat nak kerja esok.. 






4 komen SUEPERBS...:

NasZ said...[Re perbs]

selamat bekerja.. saya pun pernah kerja full time dan part time. memang best sebab tak payah fikir apa2. hehe..

MOHD NASER.com

Acik said...[Re perbs]

tahniah dp kerja! kerja baik2 ye walaupun hanya kerja sementara! :)

sue perbs.. said...[Re perbs]

@NasZbagus lah dh bnyk pngalaman..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Acikthanx acik..